Air Pengubatan Segala

Cara menggunakan pengubatan dengan merendamkan anggota badan sama dengan merendam badan di dalam air suam. Langkah tersebut digunakan untuk pertama kali. Sesudah anda masuk ke dalam tempat mandian yang berisi air suam tersebut, dan sudah merasakan sedikit kenyamanan, maka hendaklah ditambah air yang suhu panasnya melebihi dari air yang ada di baldi untuk berendam. Menambah air seperti ini dilakukan secara terus menerus sampai suhu panas air menjadi 42-45 darjah Celsius. Sedangkan lama kita diperbolehkan untuk berendam di dalam tempat mandian tersebut, jika suhu panasnya sebagaimana di atas, adalah sepuluh minit.

Pengubatan tersebut sangat bermanfaat bagi kesihatan badan kita, lebih-lebih untuk memperluas jaringan otot pembuluh darah, dan kegunaan tersebut tidak hanya terbatas pada otot kulit sahaja, namun dapat mengembangkan semua tot yang menyalurkan darah ke semua organ badan bahagian dalam perut. Pengubatan seperti di atas dengan merendam dua tangannya, dapat menghilangkan ganguan dan rasa nyeri di dada dengan cara duduk dan menggunakan pengubatan sebagaimana di atas, akan dapat menyembuhkan kencing batu, batu dalam hempedu dan memudahkan turun batu yang ada di dalam badan.

Seringkali orang yang menggunakan pengubaan sebagaimana di atas, akan mengeluarkan banyak peluh. Apabila dia menghendaki agar peluhnya keluar secara terus menerus, maka sayugianya sesudah melakukan pengubatan tersebut, langsung menutup badan dengan kain. Kerana, dengan cara demikian dapat bermanfaat untuk melangsingkan badan yang terlalu gemuk atau paling tidak dapat memperindah bentuk badan, menyembuhkan penyakit tulang, rematik, dan lain-lain.

Jika pengubatan tersebut bertujuan untuk menyembuhkan penyakit yang telah disebutkan di atas, maka sudah selayaknya apabila seseorang sudah melakukan pengubatan tersebut, lalu keringatnya dbiarkan bercucuran keluar dan secara langsung badannya diselimuti dengan kain, sebagaimana yang akan diterangkan. Apabila seseorang yang melakukan pengubatan itu tidak bertujuan sebagimana yang disebutkan di atas, maka tidak perlu memakai kain untuk menyelimuti badannya, namum hendaklah langsung ke tempat ia berehat dan duduk di atas kerusi secara relaks, menikmati ketenangan jiwa, kejernihan fikiran dan agar semangat berubah menjadi segar kembali. Adapun jangka waktu yang diperlukan untuk istirihat tersebut, cukup setengah jam saja. Perlu diketahui bahawa meluangkan waktu untuk berehat setengah jam tersebut, memang perlu untuk dilakukan, sebagaimana sesudah merendam dengan air dingin. Hal tersebut hendaklah benar-benar diperhatikan, jangan sampai diabaikan.

Antara cara-cara mengubat dengan air adalah, pertama, merendam semua anggota badan dengan air yang suhu panasnya ditingkatkan sedikit demi sedikit itu tidak baik dilakukan terlalu kerap, kerana hal itu mengakibatkan badan letih. Pengubatan seperti di atas , biasanya dilakukan hanya untuk kesihatan dan pengubatan, umpamanya ada orang yang kedinginan sebab kerana berada diluar rumah pada saat hujan turun atau tidak kerana hujan, namun badanya diserang rasa kedingin atau sesudah selamat dari tenggelam. Mengenai cara melakukan pengubatan sebagaimana di atas, adalah ketika badan terasa mengigil kerana kedinginan. Ketika demam menyerang dan peluh banyak yang keluar, atau kerana penyakit lain yang parah.
Kedua, berendam di tempat mandian Challant. Merendam badan dengan air panas ini hendaklah dilakukan agak lama, yakni sampai beberapa jam. Walaupun begitu, panas air tidak boleh kurang dari 40-44 darjah Celsius. Cara berendam seperti ini, dapat meningkatkan suhu panas badan hingga mencapai antara 38-39 darjah Celsius. Banyak bukti, bahawa pesakit dapat ditolong dan dikurangi rasa sakitnya atau bahkan disembuhkan penyakitnya dengan menggunakan pengubatan seperti di atas secara rutin, walaupun tidak menggunakan berbagai pengubatan lain. Akan tetapi, pengubatan seperti ini memerlukan seorang ahli dan yang telah berpengalaman dengan baik, selalu mengontrol dan memberikan pengarahan yang baik kepada peskit ketika menjalankan pengubatan seperti ini.

Ketiga, berendam dan sikat. Suhu panas air yang digunakan cukup sederhana, iaitu pertengahan antara merendam badan dengan air dingin dan merendam badan dengan air panas. Yakni suhu panas yang diperlukan untuk melakukan pengubatan seperti ini, adalah pertengahan di antara keduanya. Kadang-kadang suhu panas air yang diperlukan untuk melakukan pengubatan seperti inin adalah 35 darjah Celsius. Selain dari itu, pesakit selalu membawa sikat dan pengubatan ini untuk menyembuhkan penyakit kulit, lebih-lebih kulit yang terserang penyakit kudis, gatal-gatal dan lain-lain. Sesuatu yang harus dikerjakan sebelum melakukan pengubatan, hendaklah sikat yang akan dibuat untuk membersihkan harus dibersihkan lebih dahulu dengan air panas, agar baksil dan bakteria yang kemungkinan melekat padanya, dapat dibasmikan. Lalu sikat itu digunakan untuk emnggosok badan dengan cara yang baik dan usahakan dapat menggosok seluruh badan secara merata.

Keempat, merendam anggota badan denga air sejuk dan panas secara bergantian. Dalam melakukan pengubatan ini, diperlukan dua jenis air, yakni air panas dan sejuk. Kerana, air panas itu dapat dijadikan sebagai pengembang otot yang selalu mengalirkan darah, baik ke otot dan urat yang besar mahupun urat kecil atau urat halus. Dengan begitu, darah yang mengalir melalui oto tersebut akan bertambah banyak. Sedangkan jika dalam keadaan begitu orang merendam badannya lagi ke air dingin, yang berfungsi sebagai penyempit aliran oto penyalur darah, maka darah yang berada di dalam akan dapat dikeluarkan sebahagiannya. Pengubatan seperti ini dapat dijadikan untuk melatih jimnastik otot dan urat bahagian dalam badan. Dengan begitu, pembuluh darah akan menjadi kuat dindingnya dan peredaran darahnya juga akan bertambah lancer.