Tip untuk Tidur Lena dan Berkualiti

Tidur merupakan perkara yang amat penting dalam penjagaan kesihatan. Kalau seseorang tidak rehat secukup, atau tidak tidur secukupnya, dia tidak ada semangat untuk mengatasi cabaran hidup harian. Dalam artikel ini, kita akan bincangkan bagaimana untuk tidur lena supaya kita tenaga dan semangat yang secukupnya untuk mengatasi segala cabaran hidup yang menantikan.

 

Untuk mendapatkan tidur yang berkualiti, bantal dan tilam memainkan peranan yang amat-amat penting. Semasa pemilihan bantal tidur dan tilam, ada beberapa perkara yang perlu dipertimbangkan.  Terdapat banyak jenis bantal dalam pasaran, antaranya adalah bantal bulu kapas atau bulu pelepah, bantal busa memori & busa, bantal ergonomic, bantal poliester dan lain-lain. Oleh itu, kita perlu memilih bantal yang paling sesuai dan selesa untuk tidur.

 

Semasa memilih bantal tidur, ketinggian bantal adalah perkara yang perlu kita timbangkan. Setiap orang mempunyai strucktur badan yang membeza, ada orang memerlukan bantal yang lebih tinggi, ada yang memerlukan bantal yang lebih rendah. Anda adalah dinasihat untuk mencuba bantal yang anda mahu beli. Beli bantal yang menyokong kepala dan leher anda, dan selesa. Bantal yang terlalu tinggi atau rendah boleh menyebabkan leher tiada sokongan dan salah posisi. Hal ini akan megurangkan qualiti tidur anda.

 

Dalam pemilihan tilam, kriteria yang paling penting dalam pemilihan tilam adalah sokongan terhadap tukang belakang anda. Tilam yang terlalu lembut boleh menyebabkan sakit leher dan belakang, dan lenguh badan apabila bangun. Oleh demikian, adalah disyorkan untuk membeli tilam yang boleh menyokong tulang belakang anda. Kebanyakan tilam yang boleh menyokong struktur badan semasa tidur mempunyai poket spring. Selain sokongan terhadap struktur badan semasa tidur, tilam yang dibeli perlulah ada pengaliran udara yang baik supaya anda tidak berasa panas semasa tidur. Suhu yang selesa amat penting untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Tilam yang baru juga perlu ada fungsi anti pepijat untuk menjaga kesihatan kulit anda.

 

Selain dari bantal dan tilam, tabiat harian seseorang juga akan mempengaruh kualiti tidur seseorang. Antara tabiat baik untuk tidur adalah menjadualkan waktu tidur setiap hari. Tidur pada waktu yang sama boleh membuatkan badan kita biasa dengan kitaran waktu tidur dan meningkatkan kualiti tidur anda. Namun begitu, untuk mengekalkan konsistensi waktu tidur memerlukan disiplin yang tinggi.

 

Kadang-kala, tekanan dari kehidupan seharian juga boleh mengurangkan qualiti tidur. Oleh itu, adalah penting untuk kita belajar cara untuk menangani tekanan-tekanan yang di hadapi setiap hari. Aktiviti fizikal merupakan cara yang efektif untuk mengurangkan tekanan hidup dan boleh membuatkan anda mendapat tidur yang berkualiti dan lebih cepat tidur. Namun begitu, jangan bersenam kuat sebelum tidur kerana tubuh dan otak kita akan menghadapi kesukaran untuk tukar ke mod rehat.

 

Jangan minimum mininuman yang mempunyai kafein dan jangan makan 3 jam sebelum tidur. Mininuman kafein seperto kopi dan the boleh mengakibatkan kesukaran untuk tidur, justeru menyebabkan masalah tidur. Jikalau anda makan makanan pada lewat malam, ini akan menjejaskan quality tidur kerana usus-usus anda perlu berkerja untuk menghadamkan makanan yang dimakan.

 

Tip atas merupakan cadangan sahaja untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Jikalau anda mempunyai masalah tidur yang serius, anda perlu mendapatkan nasihat daripada doctor. Tidur yang secukup dan berkualiti boleh memulihkan tenaga untuk menghadapi cabaran keesokan hari, manakala tidur yang tidak cukup boleh menjejaskan kesihatan anda.