Muka yang cantik dan licin

Setiap wanita begitu teliti menjaga kecantikan wajahnya, kadang-kadang berbagai krim dari berbagai jenama digunakan untuk mendapatkan kulit yang licin dan halus. Tetapi apa gunanya anda berbelanja besar jika hasilnya tidak memuaskan?

Satu cara yang mudah untuk melicinkan kulit ialah dengan buah tomato. Senang dan murah cara ini. Ambil sebiji buah tomato yang telah dimasakkan dan dibersihkan. Selepas itu, belah dua buah tomato tersebut dan sapukanlah tomato yang satu bahagian itu ke kulit muka anda. Biarkan kering selama beberapa minit. Kemudian, cucilah dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. Tomato yang sebahagian lagi anda boleh makan, atau dibuat jus untuk diminum. Amalkan petua ini selama seminggu atau setelah kelihatan hasilnya.

Kalau anda rasa kulit muka anda kasar, anda boleh menggunakan putih telur untuk menegang dan melicinkan kulit muka anda. Bersihkan muka anda dengan air bersih dan keringkannya dengan tuala bersih. Kemudian, sediakan sebiiji putih telur dan sapukan putih telur tersebut pada muka anda, dan biarkan kering. Putih telur tersebut dibiarkan melekat pada kulit selama satu jam. Anda dinasihat tidak bercakap semasa rawatan muka dijalankan. Bersihkan muka anda dengan air suam selepas satu jam. Ulangi cara ini setiap hari sebelum tidur. Kuulit anda akan kelihatan licin bersinar.

Selain putih telur, air asam jawa juga bantu dalam melicinkan kulit muka. Ambil air asam jawa sebanyak satu cawan, atau campur dengan limau nipis, bancuk sehingga pekat, sapu pada muka dan biarkan selama satu jam. Lakukan seminggu dua kali. Cara ini bukan saja melicinkan dan menghaluskan kulit tetapi juga boleh menjaga kulit daripada terkena penyakit kulit.

Jika muka anda ditumbuhi tompok hitam yang sukar diubati, anda boleh gunakan buah pinang masak untuk mengubatinya. Cara untuk menggunakan buah pinang untuk menghilangkan tompok hitam adalah ambil sebiji pinang masak, kemudiannya kupas kulitnya sehingga bersih. Selepas itu, buah pinang masah dikacip dan sapukan pada tompok hitam di muka anda yang mempunyai tompok hitam. Lakukan dua kali sehari sehingga sembuh.

Bintik-bintik hitam pada muka pula boleh dihilangkan dengan menggunakan daun pegaga. Cara menggunakan petua ini adalah cucikan 10 helai daun pegaga dengan air garam, selepas itu tumbuk halus dan campurkan dengan bedak sejuk  yang  sudah dimasukkan ke dalam sedikit air suam. Ulangi setiap malam dan cuci dengan air bersih keesokkan hari. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam anda hilang

Bagaimana pula kalau terdapat jerawat? Ramai remaja menginginkan muka yang licin dan cantik. Akan tetapi, ramai remaja mengalami masalah jerawat, yang kadang kala sukar untuk diubati. Jika anda mempunyai masalah jerawat yang sukar dirawat, cuba anda gunakan tepung sagu yang dicampur dengan sedikit air untuk mengubati jerawat anda. Sapukan tepung sagu yang bercampur air itu seperti anda memakai bedak sejuk pada setiap malam. Pada keesokan harinya cucilah dengan air suam. Amalankan sehingga jerawat anda sembuh.

Selain daripada tepung sagu, sapukan muka anda dengan bedak batu sebelum tidur setiap malam. Cara sapu lebih kurang sama dengan penggunaan tepung sagu. Bedak batu dicuci pada keesokkan hari selepas bangun dari tidur dengan air bersih dan lap dengan tuala kering. Lakukan cara ini setiap malam. Selain itu, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Satu lagi cara untuk menghilangkan jerawat adalah menggunakan bawnag putih, Bawang putih amat sesuai untuk digunakan untuk menghapuskan jerawat batu. Untuk menggunakan cara ini, ambil seulas bawang putih dan bersihkannya. Kemudian, titk sedikit, sapukan pada jerawat yang sedang tumbuh, jerawat batu anda akan hilang segera.