Kecantikan itu bermula dengan cintailah diri sendiri

Saya berpendapat bahawa mencitai diri sendiri dan menjadi baik terhadap sesame manusia merupakan sikap hidup yang sihat. Seringkali kita mendengar perkataan, iaitu untuk diri sendiri, saya tidak membeli minyak wangi, apalagi untuk orang lain. Nah, bagaimana kita dapat mencitai orang lain apabila kita bersifat kejam pada diri sendiri. Bagaimana kita dapat mmelayan orang lain, kalau kita begitu kejam dan tidak mencintai diri sendiri?

 

Terdapat ramai wanita yang tidak mencintai diri sendiri. Mereka hanya membeli gaun tiga tahun dan dengan bangga berkata bahawa dia paling suka baju rekaan klasik, baju-baju dia fesyennya semuanya rekaan klasik. Memang fesyen yang klasik baik sekali, namun bukan bererti ketinggaln zaman atau terus-menerus memakai pakaian yang sama. Mereka memakai kasut yang dibeli lima takhun yang lalu ddan satu botol minyak wangi yang digunakan untuk satu tahun. Begitu teliti hanya satu titik yang dititskan pada sapu tangan, sehingga tidak dapat dicium oleh diri sendiri. Mereka begitu teliti dan beranggapan yang dikeluarkan unuk mencantikkan diri sendiri adalah membazir saja.

 

Terdapat pula wanita yang tidak begitu mengutamakan diri sendiri dan mengatakan bahawa walaupun dia tidak berpakaian cantik asalkan suami dan anak-anak mendapatkan apa yang mereka inginkan. Kata-kata tadi seakan-akan mengambarkan bagaimana seorang isteri dan ibu lebih mencintai anak dan suami daripada diri sendiri.

Saya sering mendengar seorang ibu yang sudah lanjut usia mengeluh. ‘’cuba lihat bagaimana nasib saya, anak-anak semua sibuk dengan pekerjaan rumahtangga, mereka tidak mempunyai waktu lagi untuk saya. Sedangkan saya selama ini hidup hanya membaktikan diri untuk anak-anak. Tidak pernah anak saya dijaga oleh pembantu.’’ Kata kasihan lebih tepat untuk wanita serupa ini. Walaupun anak-anaknya mencintainya, mereka juga sedih kerana ibu mereka adalah seorang wanita yang sentiasa mengeluh, bersungut setelah membesarkan anak-anaknya. Ia tidak pernah mengerti bahawa anak-anaknya sudah besar dan sentiasa sibuk. Ia tidak mengerti mengapa anak cucu juga suka meninggalkan nya.

 

Ada seorang isteri yang selama bertahun-tahun tidak mempedulikan keperntingan dirinya sendiri dan mementingkan semua keinginan suaminya. Dari tahun ke tahun wanita tersebut mengenakan pakaian-pakaian yang biasa saja. Tidak sekalipun dia membeli minyak wangi, apalagi mengunjungi pusat kecantikan. Ikatan rambutnya selalu sanggul kecil, seperti lazimnya wanita-wanita yang sejak lahir sudah berasa tua sekali. Rambutnya disapu minyak sehingga Nampak licin berkilat. Pernah beberapa orang temannya mengatakan padanya bahawa sesekali fesyen rambu dan fesyen pakaiannya diganti, supaya memberikan kesegaran. Akan tetapi, wanita tersebut jawab dengan yakin bahawa dia tidak perlu hal-hal yang demikian. Suammi dia paling senang pada wanita yang sederhana. Lagipun apa pentingnya dia bersoleh atau tidak, suaminya masih tetap mencintainya dan anak-anak.

 

Penampilan wanita ini amat berlainan dengan suaminya yang selalu nampak kemas. Memang si suami sering mengatakan, ‘’Yang diperlukan lelaki ialah wanita yang data mengerti akan keinginan suami. Lihat isteri saya, dia selalu mengutamakan suami dan anak-anak. Apabila suami isteri itu muncul di tempat umu, jelas benar perbezaan mereka. Suami kelihatan gagah, berpakaian cantik, sesuai dalam penampilan, sementara isteri begitu hodoh, sama sekali tiddak menarik.

 

Satu ketika wanita itu membuat kejuatan. Dia memotong pendek rambutnya, mengenakan pakaian fesyen yang baru, begitu juga bersoleh. Perubahan seratus lapan puluh darjah ini membuat dia kelihatan aneh. Katanya penuh penyesalan bahawa dari suami dia belum mempunyai apa-apa, dari suami dia belum mempunyai pangkat dia yang mendampinginya, dia berjimat cermat asalkan suami dan anak-anak dapat hidup senang. Dan sekarang, setelah suami dia mempunyai wang dan kedudukan, suami dia berkahwin lain. Inilah kisah seorang wanita yang akhirnya belajar juga mencintai dirinya, tetapi perubahan mendadak pada dirinya membuat kita berasa hairan kerana kita sudah biasa dengan penampilannya yang asak saja.

 

Saya mengenali seorang wanita yang ditinggalkan suaminya keraa berkahwin dengan wanita lain. Lama wanita ini mengongkong diri dalam kesedihan. Tidak peduli pada penampilan dan mengelakkan diri dari makanan yang berlemak. Akibatnya berat badannya mencapai 80kg. Dia juga menjadi pemarah dan gugup. Akhirnya seorang teman dapat menyakinkannya, jika dia mahu hidup lebih lama, dia seharusnya mencintai dirinya sendiri. Mulailah ia menjaga dirinya sebaik mungkin. Dalam masa enam bulan berat badannya berkurangan dan dia mulai gemar bersolek, memenjakan drinya dengan pakaian dan minyak wangi. Ia mengikuti kursus-kursus, bukan hanya kursus memasak tetapi juga kursus Bahasa asing untuk menambahkan pengetahuannya. Katanya sambil tersenyum, ‘Sekarang saya berasa lebih bahagia. Saya dapat memanjakan diri saya dan tidak perlu lagi menunggu dimanjakan oleh orang lain. Tahu tidak, sewaktu saya menjadi isteri, saya memikirkan tugas saya adalah perkara kedua dalam kehidupan saya, yang paling utama adalah suami dan anak-anak. Begitulah, semua wang yang ada untuk kepentingan suami dan anak, perabot rumak yang baru. Saya sendiri hampir tidak pernah membeli bedak, apalagi minyak wangi. Hasilnya, suami saya terpikat pada perempuan lain yang rupanya lebih canti. Cuba kalau saya sejak dahulu mementingkan kehidupan saya, mungkin sampai hari ini kami masih tetap suami isteri.

 

Sekarang wanita ini nampak jauh lebih menarik. Ia menjadi wanita yang peramah dan bertemu lelaki yang mencintainya. Dia berkata bahawa suaminy sekarang tidak jauh berbeza dengan suami dia yang dahulu, Cuma dia bukan lagi seperti dulu. Di samping wanita-wanita di atas, saya juga mempunyai ramai kenalan wanita dan lelaki yang mencintai diri sendiri. Mereka suka berdandan, senang memanjakan dirinya dan juga senang memanjakan orang lain. Mereka tidak jemu pada diri sendiri dan akan membahagi apa yang dimiliki dengan orang lain.

 

Bagaimana kita mahu menjaga sesuatu yang tidak kita cintai? Apabila kita mencintai diri sendiri, kita mahu menjaganya dengan baik. Memang ada juga orang yang hanya mementingkan dirinya sendiri, lalu tidak peduli pada orang lain, sehingga teman-temannya dan mereka yang mengelilinginya nampak seperti janggal. Ia hanya cantik sendiri, tetapi bagaimana mungkin dapat disebut cantik apabila kita memang sengaja ingin dikelilingi oleh mereka yang hodoh? Takut membahagi sesuatu yang kita miliki kerana bimbang disaingi merupakan cara hidup yang tidak baik.

 

Mereka yang percaya pada diri sendiri tidak akan bimbang disaingi. Mereka akan sentiasa mambahagi pengetahuannya kepada orang lain. Mereka akan menggalakkan kaumnya untuk memberi perhatian kecantikkan atau hal penting lainnya.

 

Keyakinan Diri yang Mempersonakan

Seorang wanita yang menjalan kaki menjadi tumpuan kalangan ramai. Hal ini kerana dia mempunyai keyakinan diri yang mempersonakan. Caranya berjalan, berbicara, berpakaian lengkap dan bersolek amat sempurna. Penampilannya begitu menyakinkan dan ramah. Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya wanita ini sama seperti wanita lain, sering dilanda rasa cemas, keraguan, tidak yakin pada diri sendiri, dan kadang-kadang gugup dan takut.

 

Kelebihan wanita di atas adalah kemahuannya untuk belajar dan usahanya untuk menghapuskan semua perasaan yang merugikan. Dia belajar bagaimana berpakaian serta bersolek yang baik. Dia menyedari bahawa sikap berdiri dengan tubuh bongkok memberi kesan tidak bertulang punggung. Begitu juga cita-cita yang berlebihan, persaingan yang tidak sihat memberi kesan bahawa dia adalah wanita yang keras.

 

Wanita yang kita kagumi tadi telah melalui jalan yang sukar untuk melengkapkan dirinya. Hasilnya memang menakjubkan. Nampak ketenangan, kedewwasaan, kematangan jiwa, dan kesesuaian menghias diri. Kita tidak harus menempuh jalan yang sukar kerana kita jaga dapat belajar dari pengalaman orang lain. Melihat pada kesalahan orang lain akan jauh lebih baik daripada belajar dari pengalaman buruk sendiri. Semoga pendapat yang saya kemukakan mengandungi sesuatu yang bermanfaat.

 

Saya telah berbicang dengan wanita-wanita yang saya kagumi. Dari mereka saya tahu bahawa jalan kehidupan mereka tidaklah mudah. Ada dari mereka yang mempunyai pengalaman pahit, merasa susah, dan mengalami kekecewaan. Namun semua itu tidak membuat mereka menjadi manusia yang berdiam diri. Saya sendiri sering mengalami sesuatu yang nampaknya tidak menyenangkan tetepi memberikan kekuatan pada saya, asalkan kita tahu bagaimana membuat keadaan yang buruk menjadi sebaliknya.

 

Seringkali terdengar ucapan, ‘’ Tentu saja dia tidak dapat merawat diri…, tentu saja dia kelihatan tua walaupun sebenarnya dia masih muda…, soalnya dia banyak menderita.’’ Sesungguhnya ada sesuatu penderitaan yang membuat wanita menjadi cantik, lembut, tetepi tabah. Pengalaman batin dapat membuat seseorang menjadi lebih bersifat manusia. Ini pula yang membuat jiwa menjadi matang yang akhirnya menimbulkan keanggunan, membangkitkan rasa terpesona.

 

Saya berpendapat, merupakan usaha yang besar dan tidak mudah untuk sepenuhnya menjadi wanita yang mempunyai keseimbangan, kerana wanita diharapkan menjadi isteri, ibu yang baik, di samping kekasih yang menawan, lembut dan menarik. Malahan darinya pula diharapkan agar dapat dijadikan tempat menampung suka-duka keluarga, suami dan anak-analnya. Selain itu diharapkan pula agar dia setiap saat dapat menjaga kebersihhan rumah,, mengatur perbelanjaan dengan baik, menjaga rumahtangga dn masih banyak perkerjaan di rumah yang tidak pernah selesai.

 

Apabila dia mempunyai karier akan timbul masalah yang lain lagi. Dia harus pandai-pandai membahagi waktu. Apabila seorang wanita tanpa karier laai dalam rumahtangga, maka yang disalahkan dan dicemuh adaalh wanita itu sendiri. Malahan kemungkinan besar yang disalahkan adalah suaminya yang tidak cukup memberikan perhatian terhadap isterinya. Sedangkan wanita karier yang kebetulan tidak menyedidakan makan pagi yang enak, oleh itu bukan hanya wanita itu yang disalahkan, tetapi juga kariernya, bahawa sebenarnya wanita itu terlalu mementingkan kariernya.

 

Saya sesekali merenungkan tentang kehidupan wanita di abad yang lalu. Ketika itu belum ramai wanita menuntut untuk mengembangkan bakatnya. Sekarang banyak kesempatan bagi wanita untuk maju. Inikah yang membuat wanita menghadapi berbagai-bagai masalah? Saya tidak ingin memanjangkan masalah ini. Yang jelas kita tidak hidup di abad yang lalu.

 

Seringkali saya juga merasa kagum pada wanita-wanita yang kelihatan tidak mempunyai masalah, selain mengurus anak dan suami. Sebaliknya saya juga menerima banyak surat dari merka yang pernah membaca penulisan saya. Umumnua mereka menyampaikan rasa kagum pada diri saya sebagai wanita yang Berjaya dalam karier. Bahkan banyak juga yang secara langsung menyatakan, ‘’Saya kagum pada anda. Cuba kalau saya dapat menulisi seperti anda’’. Saya pun sering mendengar, menerima surat, dari wanita yang merasa bosan kerana merasa terkongkong dalam kehidupan berumahtangga. Mungkin kerana hidup mereka hanyalah memasak, menguruskan anak-anak, pewaris, mendampingi suami dan menunggu suami pulang dari pejabat.

 

Sebaliknya saya pun banyak berbincang dengan wanita yang nampaknya Berjaya dalam karier. Mereka adalah teman-teman rapat yang saya suka memerhatikan, apabila mereka tidak mempunyai karier maka halangan-halangan yang sesekali hadir mungkin tidak menjadi masalah pada diri mereka. Kemudian saya pun terfikir…, kalau saya bukan penulis maka kehidupan saya mungkin lebih tenang lagi. Andaikata saya bukan penulis yang dikenali ramai maka saya tidak akan selalu ditampilkan.

 

Seorang penulis dan pencipta model yang berjaya mengatakan, bahawa wanita akan menderiat apabila dia tidak mempunyai pilihan lain, selain bersama suami kerana dia tidak pandai mengurus dirinya sendiri. Dia semata-mata bersama suaminya kerana dia sangat bergantung kepada lelaki ini, yang memberi nafkah, makan dan minum padanya.

 

Memang, sering juga saya berjumpa dengan wania yang menceritakan bahawa mereka sebenarnya sudah tidak mencintai suaminya lagi. Namun mereka masih tetap menjadi isteri, semata-mata kerana inginkan kesenangan, ataupun kerana anak-anak. Telah dijelaskan bahawa perkahwinan adalah ikatan lahir batin antara dua manusia. Kerana itu kehadiran kita sebagai isteri, bukan semata-mata menyerahkan diri dan menumpang makan serta minum pada suami. Tugas suami dan isteri sudah ditentukan, sebagai ketua keluarga dan pembantu. Memang kalau kita berpegang pada prinsip agama, maka tidak perlulah wanita merasa hampa apabila kehadirannya di dunia semata-mata sebagai isteri, ibu dan wanita yang mengurus rumahtangga. Sesungguhnya, saya luahkan, bahawa tidak ada tugas mahupun karier yang lebih indah dan bererti, juga mulia bagi wanita daripada menjadi isteri dan ibu yang baik.

 

Tiap orang harus memiliki keperibadian, atau cara hidup. Jangan sampai kehadirannya dalam keluarga hanya sebagai wanita yang menumpang makan dan minum pada suami. Harga diri seorang isteri banyak bergantung pada penghargaan suami. Begitu pula sebagai wanita, kita harus berusaha jangan sampai wanita dihargai semata-mata kerana dia adalah isteri orang ini, ataupun isteri pegawai itu. Dia dihargai, dicintai, kerana dia adalah dirinya sendiri, peribadi yang menyenangkan serta mempunyai kemampuan dan harga diri. Hal ini tidak harus dipunyai oleh wanita kerana dia mempunyai karier di luar rumah

 

 

Kepentingan Air untuk Kesihatan

Sebagaimana yang diketahui, air membentuk dua pertiga daripada berat badan, 83 peratus daripada darah, 75 peratus daripada otot dan 85 peratus daripada otak adalah air bahkan 22 peratus daripada berat tulang adalah air. Air merupakan satu daripada enam kumpulan zat makanan dan air sangat penting untuk tubuh lebih daripada yang lain. Buktinya, kita dapat bertahan hidup untuk beberapa minggu tanpa amakanan, tetapi Cuma dapat bertahan untuk beberapa hari jika tidak ada air. Dalam keadaan bagaimanapun, biasanya kita lebih berupaya menahan kelaparan daripada kehausan. Secara amnya, kita mendapatkan air daripada tiga sumber utama, iaitu makanan, minuman dan metabolisme dalam tubuh.

Hampir kesemua makanan yang kita ambil mengandungi air kecuali beberapa jenis makanan sepert lemak, minyak masak dan makanan kering. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi antara 90 peratus hingga 95 peratus air, selebihnya serat, vitamin dan mineral. Ikan dan daging mengandungi 50 peratus hingga 65 peratus air, 90 peratus daripada berat susu yang kita minum terdiri daripada berat air.

Apakah jenis minuman yang kita minum dalam dua tiga hari yang lalu semasa sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam? Kebanyakan minman kita adalah the, kopi, minuman ringan. Tidak ramai orang yang minum air masak dengan secukupnya. Teh dan kopi memang menyegarkan kerana ia mengandungi kafein yang dapat merangsang pusat saraf kita dan apabila dicampurkan susu dan gula, ia juga memberi tenaga. Minuman teh dan kopi sangat sedikit khasiatnya. Sebaliknya, pengambilan kopi dan teh yang berlebihan dan berterusan adalah tidak baik untuk kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan dan punca tekanan. Teh dan kopi herba pula tidak mempunyai kesan seperti itu kerana tidak mengandungi kafein.

Sebernanya, minuman ringan seperti lemonad dan sirap terdiri daripada perasa pemanis atau bergas karbonat agar rasanya sedap dan menyegarkan. Tetapi minuman jenis ini memerlukan belanja yang lebih, dan di samping itu, juga mungkin menjadi punca pengambilan gula yang berlebihan. Oleh itu, lebih baik dan menguntungkan jika minuman ringan tersebut diambil daripada jus buah-buahan segar yang diperah sendiri. Walaubagaimanpun, air minuman yang terbaik untuk kita ialah air masak.

Kuantiti air yang perlu diminum dalam kehidupan sehari-hari mungkin banyak bergantung pada individu, keadaan cuaca dan sebagainya. Kebanyakan kita cuma minum apabila terasa haus. Sebenarnya, rasa haus bukanlah pengukur yang tepat terhadap keperluan air tubuh. Seseorang yang sihat dan dalam keadaan cuaca yang biasa, perlu minum antara enam gelas hingga lapan gelas sehari. Air perlu lebih; banyak diminum jika seseorang itu banyak berpeluh akibat bersukan atau terdedah pada cuaca panas. Jika difikirkan sekali lalu memang agak sukar untuk meminum air sebanyak itu sekaligus. Tetapi pengambilannya boleh diatur dan dibahagi-bahagikan dalam jangka waktu dan pagi hingga malam. Air yang paling baik ialah air masak.

Dalam tubuh kita, glukosa dibbakar untuk mendapatkan tenaga. Hasil sampingannya ialah karbon dioksida dna wap air kurang daripada separuh air dikeluarkan melalui paru-paru tetapi separuh lagi akan tinggal tetap dalam badan sebagai sumber utama air untuk tubuh. Tubuh kita mempunyai makanisme sendiri untuk mengatur keluar masuknya air supaya kandungan air dalam tubuh sentiasa seimbang. Air dikeluarkan daripada tubuh kita dengan beberapa cara. Antaranya adalah melalui buah pinggang sebagai air seni, melalui kulit sebagai peluh, melalui paru-paru sebagai wap semasa pernafasan dan juga keluar bersama dengan najis.

Air yang keluar bersama-sama dengan najis tidak begitu ketara banyaknya dan hanyalah lebihan daripada air yan tidak terserap dan cukup untuk membuatkan najis mudah untuk dikeluarkan. Biasanya kuanti air masuk dan air keluar adalah seimbang agar kita tidak kekurangan air atau kelebihan air. Keseimbangan pengambilan dan pembuangan air dalam tubuh. Didapati jumlah air yang diminum adalah sama dengan air yang dikeluarkan melalui buah pinggang. Keadaan ini agak mudah disukat dan ia menjadi asas untuk carta imbangan cecair di wad hospital. Carta ini berguna sebagai panduan utnuk mengetahui secara kasar ufngsi buah pinggang. Dalam kes seperti disentri atau cirit-birit, air yang hilang melalui najis sangat banyak menyebankan pengahidratan dan boleh juga mengakibatkan kematian kecuali langkah-langkah penghidratan semula dilakukan dengan segara.

Air memainkan fungsinya dalam pelbagai cara dalam tubuh. Air merupakan medium dalam badan. Kira-kira 83 peratus daripada darah merupakan aliran air. Darah terdiri daripada serum, iaitu medium pengangkutan pelbagai zat makanan ke semua sel dalam tubuh dan sebagai medium pengangkutan bahan-bahan hasil metabolism yang tidak berguna dan sel tersebut untuk dibuang keluar tubuh. Penimbunan atau pengumpulan racun atau hasil metabolisme dalam tubuh akan menambahkan pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan atau penyakit.

Air juga berguna sebagai pelincir organ tubuh agar senang berfungsi dan bergerak di antara satu dengan yang lain tanpa berlakunya pengeseran yang mengakibatkan keadaan kesat. Permukaan luar boleh mata dilapis air. Tanpa air ini, permukaan akan menjadi kering yang mungkin mengakibatkan terjadinya inflamasi dan akhirnya mungkin menyebabkan kabur dan buta. Air mata, di samping sebagai pelindung dan pencuci kotoran, juga berfungsi untuk meratakan permukaan kornea sehingga dapat memperjelas penglihatan. Dalam setiap sendi pada tubuh kita, terdapat cairan yang bertindak sebagai pelincir dan pelindung agar tulang tidak saling bergesel secara kasar. Kekurangan air ini akan menyebabkan tulang di seendi bergeseran sesame sendiri dan menjadi haus. Akibatnya, kita akan mengalami penyakit sendi.

Selain itu, air berfungsi sebagai pelembap. Seluruh permukaan jaringan paru-paru, iaitu kira-kira  70mm selalu berada dalm kadaan basah. Tanpa air yang membasahi kantung udara yang berjumlah 300 jut ini, maka oksigen tidak akan dapat menembusi dinding pampam untuk masuk ke dalam kapilari darah. Karbon dioksida pula tidak dapat keluar dan kapilari darah itu untuk dibuang. Air pelembap ini juga membuatkan paru-paru menjadi lentur sehingga dapat mengembang dan mengempis dalam proses pernafasan.