Bersyukurlah dan Jauhi Hidup Di Luar Batasan

Sebenarnya kecantikkan hakiki selalu dibayangi ketenangan jiwa. Bagaimana ingin cantik apabila siang malam memerah otak, supaya kehidupan dapat menandingi si A, B atau C yang kaya raya itu? Malahan ada yang mengharapkan kehidupan seperti wanita yang mereka kenal melalui majalah. Mereka ingin menjadi jet-set sehingga  terpaksa berhutang untuk memenuhi kehidupan yang ada di luar batas kemampuan. Akibatnya mereka terlibat dengan masalah hutang dan sentiasa tidak tenang.

 

Keinginan hidup di luar batas kemampuan mendorong suami melakukan hal-hal yang boleh menggoncangkan rumahtangga. Ramai wanita yang akhirnya berurusan dengan pihak berkuasa hanya kerana inginkan kehidupan di luar batas kemampuan. Seharusnya kecantikan jangan dijadikan alat untuk mendapatkan sesuatu yang tidak wajar kerana usaha serupa ini akan menjadikan wanita mangsa dari kecantikan. Statistik yang diadakan oleh pakar-pakar menunjukkan bahawa ramai sekali wanita cantik yang mengalami kesukaran dalam hidupnya. Ketika kecantikkan mulai pudar, mereka mulai kehilangan keseimbangan kerana yang mereka jaga bukan kecantikkan batiniah melainkan kecantikan lahiriah.

 

Salah satu unsur utama untuk menjaga kecantikkan hakiki adalah menghindarkan hidup di luar batas kemampuan. Jika tidak demikian, wanita akan kelihatan cemas selalu dan kebimbangan merupakan perkata penting dari berbagai-bagai gangguan jasmani. Kita menjadi gugup akibat daripada kecemasann yang lahir pada kulit. Kulit akan menderita kerananya, timbul bisul ataupun gangguan lainnya pada wajah. Malahan penyakit gatal-gatal pada seluruh badan seringkali ditimbulkan oleh perasaan cemas.

 

Hidup memang tidak selalunya tenang, tetapi apabila kita ingin melatih diri untuk hidup dalam batas kemampuan, maka sedikitnya kebimbangan itu berkurang. Betapa pentingnya hidup dalam batasan kemampuan pada zaman pengguna ini. Manusia dipujuk dengan berbagai-bagai iklan, dirayu oleh benda-benda yang ingin dijual oleh para pengusaha. Apabila kita mampu, hal itu tidak menjadi masalah. Jika tidak, hidup kita menjadi tidak tenang. Padahal perkara utama kecantikan hakikik adalah ketenangan jiwa. Adakalanya kita terseret pada satu kehidupan yang sebenar tidak sesuai dengan kemampuan kita. Kita membeli pakaian, alat perabot rumahtangga dan barang kegunaan lainnya. Hal serupa ini seringkali dilakukan kerana kita ingin mewah, akibatnya hidup kita menjadi tidak tenang.

 

Bersyukur dan berpuas hati dengan keadaan diri sendiri tidak bererti sombong diri. Kita menerima keadaan diri sambil mencuba memperbaiki apa yang kurang dan menerima kekurangan yang tidak dapat diperbaiki. Apabial selalunya ada tentangan dalam hati kerana tidak puas hati dengan keadaan diri sendiri, maka selamanya kita tidak berbahagia sehingga wajah kita menjadi tegang dan muram. Apabila terdapat kekurangan pada diri kita, baik itu rohani atau jasmani, kita cari jalan untuk memperbaikinya. Bila tidak dapat diperbaiki, terimalah secara wajar dan belajarlah hidup dengan kekurangan itu.

 

Saya pernah membace sebuah cerita tentang seorang lelaki yang amat terpesona akan kecantikan seorang wanita yang dijumpainya pada satu pesta. Lelaki ini sedang mencari pegawai untuk ditempatkan pada gedung yang akan menjual perhiasan-perhiasan dari logam yang bermutu serta batu permata yang terpilih. ‘’Saya rasa andalah yang saya cari selama ini. Saya mempunyai gedung perhiasan ternama dan saya memerlukan wanita seperti anda untuk menjadi model dan menjual perhiasan-perhiasan itu. Pekerjaan anda hanya memperagakan cincin dan perhiasan lainnya.’’ Wanita tersebut tersenyum sambil menunjukkan tangannya, ‘’Aaaah… tak mungkin, tengok ni betapa hodohnya jari dan tangan saya.’’

 

Lelaki tadi amat terkejut, ternyata tangan wanita itu memang hodoh. Pada mulanya dia tidak memperhatikan tangan wanita itu. Setelah lama kemudian, dia melihat kembali tangan yang hodoh itu dan memperhatikan penampilan wanita itu keseluruhannya. Dia merasakan bahawa wanita itu seorang yang menarik tetapi sayang, wanita itu terlalu menonjolkan kehodohan tangannya. Kata-kata semacam ada kekuatan. Apabila berulang kali kita katakana pada diri sendiri atau pada orang lain, bahawa kita tidak menarik, maka apa yang diucapkan itu akan menjadi kenyataan. Setiap kali bersolek kita mengatakan, ‘’Uuuh, hodoh benar bibir saya, uuuh besarnya telinga saya.’’ Maka kehodohan semakin terasa. Cuba perhatikan apabila kita memuji seseorang. Misalnya kita katakana, ‘’cantik bajumu, kamu kelihatan langsing.’’

 

Kemungkinan besar yang dipuji akan menjawab, ‘’Aaaah baju ini, baju dah lama, sebenarnya saya sudah tidak suka. Tapi kebetulan tak ada baju yang sudah diseterika. Kan saya ni kurus? Saya baru diserang sakit dalam badan. Cuba lihat kulit saya jadi kering, mata saya cengkung. Semuanya ini saya selindungi dengan bersolek. Sebenarnya saya ini sudah tua. Apabila kita dipuji, biasakanlah mengucapkan terima kasih. Bukankah kalimat ini lebih indah dan baik daripada kalimat yang panjang berjela-jela yang menyusahkan diri sendiri?

 

Dara kenalan saya seorang wanita Amerika, telah memberikan ilham pada saya untuk menulis. Baik wanita mahupun lelaki, anak kecil, atapun orang dewasa. Semasa kali pertama berjumpa dengan Dara kita akan tertarik. Apa sebenarnya yang membuat wanita ini menarik? Saya melihat hidungnya besar sekali, badannya, tinggi, tulang-tulangnya besar, tetapi secara keseluruhan dia amat menarik bagaikan besi berani. Saya perhatikan cara-cara dia bercakap. Dia memang petah bercakap. Semasa berbual dengannya kita merasakan seolah-olah menjadi orang penting, sedikitnya untuk Dara yang sedang berhadapan dengan kita. Lalu merasakan bahawa sesungguhnya kita mendapatkan perhatian penuh darinya. Apabila dalam kesedihan kita berbual dengan Kathy, kita berasa seperti bayi yang sedang menangis lalu dpeluk dan ditimang oleh ibu. Seorang kenalan lelaki mengatakan, ‘’ Entah kenapa, tapi ada sesuatu pada Dara yang membuat lelaki berasa kagum padanya.’’

 

Dara memberitahu pada saya, ‘’Sejak masih tahun, saya sudah menyedari bahawa saya ini tidak cantik. Tapi saya perhatikan mata saya sangat indah. Saya lalu memperlihatan apa yang saya rasa indah itu. Apabila saya bercakap saya bukan hanya bercakap dengan mulut dan bibir, tapi mata saya pun turut bergerak. Saya mempelajaricara bersolek agar mata saya pun turut bergerak. Saya mempelajari cara bersolek agar mata saya ini lebih cantik. Apa yang perlu diperlihatkan saya perlihatkan. Begitu kerana tulang-tulang saya besar, maka saya akan berusaha agar sentiasa langsing.’’