Bersyukurlah Dengan Kehidupan Anda

Salah satu syarat kecantikan hakiki yang paling penting adalah sikap hidup, baik untuk penampilan ataupun untuk keseimbangan. Perasaan cemas dan rasa tidak puas yang menimpa diri kita adalah disebabkan oleh ketidakmampuan menghayati apa yang kita miliki. Bagi orang yang kaya atau yang hidup dalam serba kekurangan, penghayatan merupakan unsur utama. Ada satu cerita, seorang yang kaya raya mengira ia sedang melihat seseorang yang tidak waras, iaitu seseorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok sedang tersenyum dan menyanyi. Orang kaya ini bertanya, ‘’Bagaimana anda boleh menyanyi-nyanyi dalam keadaan seperti ini?’’ Jawabnya, ‘’Sepotong atap di atas kepala saya, sekeping roti, seteguk air, kalau saya masih mengeluh, bererti saya mengingkari nikmatNya.

 

Seringkali kita berasa tidak puas, menginginkan sesuatu lebih dari sepatutnya, sedangkan yang sebenarnya dapat ditampung hanyalah sebesah buih, lebih dari itu tak akan dapat diterima lagi. Semiskin-miskinnya orang, ada yang tidak dapat merasakan lagi nikmat kerana tidak tahu bersykur atas berkatNya. Seorang wanita mengeluh pada suaminya, ‘’Bang, cuba lihat rumah Nina, pagarnya sudah ditukar, bentuknya seperti pagar rumah di Sepanyol. Rumah kita ini sudah ketinggalan zaman.’’

 

Wanita ini kesal kerana suaminya tdak merubah rumah mereka agar menjadi seperti rumah jirannya. Selama ini dia mambayangkan sebuah rumah berbentuk rumah Sepanyol. Ia malas membersihkan rumah yang mereka miliki, rumah ini membuat dia tidak bahagia. Di sini kita lihat wanita itu tidak menghayati apa yang dia milik. Bagaimana kita dapat berbahagia dan nampak cantik, apabila kita selalu bersungut, merasa tidak puas, ataupun tidak sanggup menghayati apa yang kita miliki? Seseorang yang tidak dapat menghayati miliknya akan mengatakan, ‘’Aaah, baju ini sudah tiga tahun, sudah luntur warnanya, Buat apa diseterika? Biar saja kusut!’’ Ramai wanita mahupun lelaki yang selamanya dalam keadaan tidak kemas, kusut, tidak memperhatikan kebersihan, seakan mereka menunggu sampai datang waktu yang lebih tepat untuk mengurus dirinya. Mereka seakan menunggu bila sudah mempunyai baju dan pakaian yang mahal untuk mengemaskan diri. Beberapa helai pakaian yang mereka miliki tidak mereka hargai dan tidak mereka hayati. Mereka berpendapat harganya tidak seberapa. Bukankah itu hanya pemberian orang? Buukankah itu barang lama? Pernah saya melihat pakaian-pakaian saya kusut setelah saya berikan pada orang lain, padahal ketika diberikan pakaian-pakaian itu masih elok, boleh dikatakan masih baru. Kerana tidak menghayati pemberian saya dan tidak mahu belajar bagaimana cara menjaga ataupun mencuci pakaian dengan baik, jadilah pakaian itu seperti pakaian lama yang sudah buruk sekali. Rupanya ketika dicuci, pakaian itu dicampur dengan kain kotor ataupun bahan lainnya yang tidak seharusnya dicuci dalam satu tempat yang sama.

 

Ada pula wanita yang suka mengatakan bahawa kain itu murah, hanya lima ringgit satu meter. Buatkan pakaian bentuk apa saja, asal jadi sudah. Wanita ini seakan-akan menunggu saat dia dapat membeli kain berharga ribuan ringgit semester, baru dia mahu membentuk pakaian dengan bentuk yang menarik. Ada pula yang berpendapat, ‘’Buat apa bersolek? Asalkan bersih, rapi, sudah cukup. Buat apa bergaya, saya kan sudah tua.’’

 

Hanya kemas atau bersih saja tidak cukup. Tidak berti penampilan kita harus bersih sekali, seperti bilik yang baru dibersihkan. Walaupun sudah tua, tidak berti kita tidak perlu lagi bersolek. Tidak ada salahnya bergaya di masa tua. Tidak mahu lai bersolek kerana sudah tua menunjukkan peribadi yang tidak menghayati masa tuanya. Ia tidak dapat berbahagia dengan keadaannya sekarang, iaitu usia lanjut sebagai rahmatNya. Bukankah elok didengar apabila ada yang mengatakan bahawa nenek nani walaupun sudah tua, tetapi tetap kemas dan menarik. Walaupun di rumah, ia tetap bergaya.

 

Menghargai apa yang kita miliki, bererti kita dapat menghargai hidup kita saat ini. Ada yang begitu merindukan masa lalu yang indah dan selalu tidak puas dengan hidup yang sedang dilalui. Mereka mengeluh bahawa zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dulu yang dianggapnya seperti biasa. Ada pula yang selalu memimpikan masa mendatang yang diharapkan akan jauh lebih baik dari masa kini. Mereka tidak dapat menghargai keadaanny kini, malahan tidak tahu bagaimana hidup pada masa sekarang. Jangan hairan apabila mereka menjadi insan yang menjemukan, dan orang yang menjemukan pasti tidak menarik, walaupun cantik.

 

Ada seorang wanita yang tidak menghargai kehidupannya masa kini. Dia berkata, ‘’Kalau saya mempunyai rumah yang lebih besar, tentu saya dapat mengaturnya dengan indah sekali. Saya mempunyai bakat dalam bidang hiasan. Tapi apa yang dapat diatur? Rumah ini begitu sempit, lagi pun untuk mengatur rumah dengan baik, kita memerlukan banyak wang. Kata ‘’Kalaulah’’ tidak menolong. Apabila kita mahu, cubalah. Mahu menulis, harus berani menyendiri sampai berjam-jam, harus dapat berdiam diri untuk berjam-jam. Aktif, pandai menikmati hidup dan berbahagia dengan keadaan yang ada merupakan kaedah kecantikan yang mujarab. Seseorang yang tidak pernah berbahagia dengan keadaanya, tidak berbahagia dengan apa yang ia miliki akan terlihat pada wajahnya. Sudut mulut akan menurun dan keadaan serupa ini membuat kita kelihatan seperti orang tua yang tidak puas-puas walaupun sudah hidup begitu lama. Perhatikanlah mereka, tidak cantik, bukan?

Makan Sihat, Badan Sihat

Kebanyakan remaja terutamanya gadis belasan tahun memerhati tubuh mereka di hadapan cermin dan inginkan bentuk badan yang berlainan. Ramai menganggap tubuh mereka besar dan mempunyai berat yang berlainan. Ramai gadis memerhati tubuh mereka bahagian demi bahagian, mereka memerhatikan saiz dan bentuk buah dada mereka terlampau besar atau terlampau kecil, atau terlalu terkelepai. Mereka memerhati punggung mereka. Mereka melihat peha sendiri dan mengganggap lebih besar dan lebih buruk daripada hakikat sebenarnya.

Oleh kerana tanggapan mereka, badan mereka gemuk dan buruk sekurang-kurangnya separuh gadis remaja mengamalkan sesuatu bentuk diet. Makai a mungkin mengurangkan kira-kira dua kilogram berat badannya. Walaupun jika dia mengamalkan dietnya, akan tiba keinginan yang kuat untuk makan dan mungkin memuaskan tekaknya. Pemuas tekak terjadi apabila seorang wanita tidak boleh menahan diri apabila ia makan dengan banyaknya lebih banyak daripada biasa yang dimakannya dalam jangka masa yang singkat. Selalunya kurang daripada dua jam. Semasa melegakan tekak dia akan makan apa jua jenis makanan sekalipun, namun selalu memilih makanan yang manis, seperti kek, gula-gula, biskut, coklat atau aiskrim.

Kira-kira sepuluh peratus remaja belasan tahun adalah terlalu gemuk menjelang keremajaan Mutakhir. Di samping itu, jika anda mengambil terlalu banyak makanan yang mengenyangkan tetapi tidak berkhasiat, anda mungkin mengalami masalah kesihatan dalam kehidupan anda di kemudian hari. Kebanyakan orang tidak memilih makanan kerana khasiatnya, mereka memilih makanan kerana rasanya sedap. Remaja belasan tahun suka menikmati snek, minuman ringan dan makanan segera, ini kurang baik untuk kesihatan dalam jangka masa panjang di samping perubahan makanan remaj belasan tahun.

Untuk mencapai keperluan khasiat seharian, seseorang boleh mengamalkan diet tinggi protein dan rendah karbohidrat diperlukan. Pengamal begini bebas mengambil protein dan lemak tetapi dilarang mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran. Diet ini akan menyebabkan keturunan berat badan secara drastic. Rassa lapar selama menjalankan diet hampir tidak terasa. Selain itu, seseorang juga boleh memilih untuk mengamal diet rendah kalori, tinggi protein, vitamin dan mineral. Diet ini dapat menurunkan berat badan dengan cepat, mudah dilakukan kerana anda hanya menambah air sahaja. Pada awalnya memang enak tetapi akhirnya akan membosankan bekalan vitamin dan mineral mencukupi. Makanan yang diberikan berupa formula diet dalam bentuk cecair yang telah ditentukan komposisinya baik segi kalori mahupun zat-zatnya.

Selain itu, seseorang juga boleh memilih diet redah kalori, tinggi serat ataupun diet dengan jumlah bebas. Diet rendah kalori, tinggi serat adalah pengambilan lemak dan protein sangat dibatasi. Makanan yang berasal dari haiwan tidak digalakan. Bagaimanapun diet ini memberi rasa kenyang yang lama. Diet dengan jumlah bebas memberikan anda makan jenis makanan yang tertentu dan jumlahnya tidak dibatasi. Diet ini memudahkan berat badan turun kerana kalori semakin menurun akibat kebosanan pengambilan makanan yang sama setiap hari.

Walaubagaimanapun, diet seimbang amat digalakkan. Diet seimbang selain daripaa jumlah kalori yang diberi ia juga menekankan komposisi ddari zat-zat yang membentukkannya. Komposisi ini sebaiknya mengandungi lima puluh hingga enam puluh peratus karbohidrat, dua puluh hingga tiga puluh peratus lemak, lima belas hingga dua puluh peratus protein. Ini adalah kumpulan diet yang terbaik. Kerugian dari diet rendah kalri seimbang ini tidak memberikan penurunan berat badan yang drastic. Ini menyebabkan sukar diterima oleh yang inginkan penurunan yang cepat.

Diet rendah kalori seimbang ini terbahagi kepada dua kumpulan, iaitu perancangan pemakanan yang teratur dan diet hanya membatasi lemak. Perancangan pemakanan yang teratutur, iaitu makanan yang diberikan ditentukan jenisnya, begitu juga dengan jumlah yang akan dimakan selama program. Zat-zat yang masuk ke jumlahnya seimbang dan jumlah kalori yang diberikan sekitar 1200 kalori setiap hari. Diet hanya membatasi lemak pula menguntung dari segi diet ini antara lain, zat yang diambil cukup untuk keperluan tubuh. Pola menu yang dianjurkan sama seperti menu seharian, makanan tetep enak dan ia bersifat mendidik kerana membina kebiasaan makan yang baik. Diet yang termasuk dalam kumpulan ini diet rendah kalori yang seimbang.

Sesetengah orang makan disebabkan dipengaruhi oleh emosi, terutamanya wanita. Ramai orang makan untuk melegakan perasaan mereka. Malah mengikut emosi dianggap sebagai normal dan sukar dihindarkan. Tanda-tanda yang menunjukkan anda makan berdasarkan emosi adalah apabila anda makan kerana dipengaruhi perasaan bukan didorong oleh rasa lapar. Kebosanan ialah punca utama orang makan mengikut emosi. Rasa bosan wujud disebabkan tahap kecergasan dan keupayaan mental berada di paras minima. Justeru itu dalam keadaan begini makanan dapat menghilangkan kebosanan dengan berkesan kerana ada sesuatu untuk dilakukan.

Kajian yang dijalankan oleh penyelidik psikologi melaporkan bahawa mereka yang mempunyai keinginan makan yang kuat juga lebih mudah dilanda rasa bosan terutama pada waktu petang dan malam berbanding dengan mereka yang tidak gemar makan. Dalam kes begini, makan dijadikan jalan keluar untuk melegakan kebosanan kerana perasaan yang tidak tenteram. Kesunyian juga mendorong seseorang supaya makan. Kesunyian boleh dijadi aibat kurang pergaulan atau menghadapi masalah dalam perhubungan. Makanan dijadikan sebagai teman yang menawarkan keselesaan dan keyakinan.

Makan secara berterusan menyebabkan anda lebih teruk,, kerana ia menyebabkan berat badan bertambah, rasa bersalah dan boleh juga menggoncang keyakinan diri. Kesan daripada ini mungkin boleh mempengaruhi hubungan anda dengan orang lain. Kebosanan, semangat, rasa marah, ketegangan adalah lumrah dalam kehidupan tetapi menggunakan makan sebagai penyelesaian atau untuk mengelakkannya, bukan langkah terbaik untuk melegakan perasaan. Sebaliknya boleh mendatangkan kesan sampingan yang boleh membawa risiko pada diri sendiri.