Bersyukurlah Dengan Kehidupan Anda

Salah satu syarat kecantikan hakiki yang paling penting adalah sikap hidup, baik untuk penampilan ataupun untuk keseimbangan. Perasaan cemas dan rasa tidak puas yang menimpa diri kita adalah disebabkan oleh ketidakmampuan menghayati apa yang kita miliki. Bagi orang yang kaya atau yang hidup dalam serba kekurangan, penghayatan merupakan unsur utama. Ada satu cerita, seorang yang kaya raya mengira ia sedang melihat seseorang yang tidak waras, iaitu seseorang lelaki yang tinggal di sebuah pondok sedang tersenyum dan menyanyi. Orang kaya ini bertanya, ‘’Bagaimana anda boleh menyanyi-nyanyi dalam keadaan seperti ini?’’ Jawabnya, ‘’Sepotong atap di atas kepala saya, sekeping roti, seteguk air, kalau saya masih mengeluh, bererti saya mengingkari nikmatNya.

 

Seringkali kita berasa tidak puas, menginginkan sesuatu lebih dari sepatutnya, sedangkan yang sebenarnya dapat ditampung hanyalah sebesah buih, lebih dari itu tak akan dapat diterima lagi. Semiskin-miskinnya orang, ada yang tidak dapat merasakan lagi nikmat kerana tidak tahu bersykur atas berkatNya. Seorang wanita mengeluh pada suaminya, ‘’Bang, cuba lihat rumah Nina, pagarnya sudah ditukar, bentuknya seperti pagar rumah di Sepanyol. Rumah kita ini sudah ketinggalan zaman.’’

 

Wanita ini kesal kerana suaminya tdak merubah rumah mereka agar menjadi seperti rumah jirannya. Selama ini dia mambayangkan sebuah rumah berbentuk rumah Sepanyol. Ia malas membersihkan rumah yang mereka miliki, rumah ini membuat dia tidak bahagia. Di sini kita lihat wanita itu tidak menghayati apa yang dia milik. Bagaimana kita dapat berbahagia dan nampak cantik, apabila kita selalu bersungut, merasa tidak puas, ataupun tidak sanggup menghayati apa yang kita miliki? Seseorang yang tidak dapat menghayati miliknya akan mengatakan, ‘’Aaah, baju ini sudah tiga tahun, sudah luntur warnanya, Buat apa diseterika? Biar saja kusut!’’ Ramai wanita mahupun lelaki yang selamanya dalam keadaan tidak kemas, kusut, tidak memperhatikan kebersihan, seakan mereka menunggu sampai datang waktu yang lebih tepat untuk mengurus dirinya. Mereka seakan menunggu bila sudah mempunyai baju dan pakaian yang mahal untuk mengemaskan diri. Beberapa helai pakaian yang mereka miliki tidak mereka hargai dan tidak mereka hayati. Mereka berpendapat harganya tidak seberapa. Bukankah itu hanya pemberian orang? Buukankah itu barang lama? Pernah saya melihat pakaian-pakaian saya kusut setelah saya berikan pada orang lain, padahal ketika diberikan pakaian-pakaian itu masih elok, boleh dikatakan masih baru. Kerana tidak menghayati pemberian saya dan tidak mahu belajar bagaimana cara menjaga ataupun mencuci pakaian dengan baik, jadilah pakaian itu seperti pakaian lama yang sudah buruk sekali. Rupanya ketika dicuci, pakaian itu dicampur dengan kain kotor ataupun bahan lainnya yang tidak seharusnya dicuci dalam satu tempat yang sama.

 

Ada pula wanita yang suka mengatakan bahawa kain itu murah, hanya lima ringgit satu meter. Buatkan pakaian bentuk apa saja, asal jadi sudah. Wanita ini seakan-akan menunggu saat dia dapat membeli kain berharga ribuan ringgit semester, baru dia mahu membentuk pakaian dengan bentuk yang menarik. Ada pula yang berpendapat, ‘’Buat apa bersolek? Asalkan bersih, rapi, sudah cukup. Buat apa bergaya, saya kan sudah tua.’’

 

Hanya kemas atau bersih saja tidak cukup. Tidak berti penampilan kita harus bersih sekali, seperti bilik yang baru dibersihkan. Walaupun sudah tua, tidak berti kita tidak perlu lagi bersolek. Tidak ada salahnya bergaya di masa tua. Tidak mahu lai bersolek kerana sudah tua menunjukkan peribadi yang tidak menghayati masa tuanya. Ia tidak dapat berbahagia dengan keadaannya sekarang, iaitu usia lanjut sebagai rahmatNya. Bukankah elok didengar apabila ada yang mengatakan bahawa nenek nani walaupun sudah tua, tetapi tetap kemas dan menarik. Walaupun di rumah, ia tetap bergaya.

 

Menghargai apa yang kita miliki, bererti kita dapat menghargai hidup kita saat ini. Ada yang begitu merindukan masa lalu yang indah dan selalu tidak puas dengan hidup yang sedang dilalui. Mereka mengeluh bahawa zaman sekarang bukan lagi seperti zaman dulu yang dianggapnya seperti biasa. Ada pula yang selalu memimpikan masa mendatang yang diharapkan akan jauh lebih baik dari masa kini. Mereka tidak dapat menghargai keadaanny kini, malahan tidak tahu bagaimana hidup pada masa sekarang. Jangan hairan apabila mereka menjadi insan yang menjemukan, dan orang yang menjemukan pasti tidak menarik, walaupun cantik.

 

Ada seorang wanita yang tidak menghargai kehidupannya masa kini. Dia berkata, ‘’Kalau saya mempunyai rumah yang lebih besar, tentu saya dapat mengaturnya dengan indah sekali. Saya mempunyai bakat dalam bidang hiasan. Tapi apa yang dapat diatur? Rumah ini begitu sempit, lagi pun untuk mengatur rumah dengan baik, kita memerlukan banyak wang. Kata ‘’Kalaulah’’ tidak menolong. Apabila kita mahu, cubalah. Mahu menulis, harus berani menyendiri sampai berjam-jam, harus dapat berdiam diri untuk berjam-jam. Aktif, pandai menikmati hidup dan berbahagia dengan keadaan yang ada merupakan kaedah kecantikan yang mujarab. Seseorang yang tidak pernah berbahagia dengan keadaanya, tidak berbahagia dengan apa yang ia miliki akan terlihat pada wajahnya. Sudut mulut akan menurun dan keadaan serupa ini membuat kita kelihatan seperti orang tua yang tidak puas-puas walaupun sudah hidup begitu lama. Perhatikanlah mereka, tidak cantik, bukan?