Cantik, Tetapi Tidak Menarik

Sebenarnya lelaki atau wanita yang bagaimankah yang dikatakan menarik? Kita mempunyai ukuran dan pandangan masing-masing mengenai sesuatu yang cantik. Menurut saya, setiap orang mempunyai selera tersendiri mengenai kecantikan. Siapa pun akan merasa senang dan tertarik pada peribadi yang menarik, tetapi ada juga orang yang cantik atau kacak tetapi tidak menarik.

 

Saya selalu belajar untuk menjadi peribadi yang menarik. Bagaimana caranya? Tidak mungkin kita dapat menjadi menarik apabila hati kita penuh dengan dengki, iri hati atau dendam. Menurut apa yang saya pelajari, supaya terlihat menarik kita mesti mempunyai rasa riang dan hati terbuka, murah senyum, senang bernyanyi-nyanyi, dan tidak selalu merungut serta selalu optimis.

 

Ramai wanita yang bergembira dalam hati, tetapi kegembiraan itu tidak terpancar pada wajah mereka. Mereka selalunya diam, duduk di sudut, sehingga mereka tiddak menarik, walaupun sebenarnya cantik dan hanya mengharapkan segala-galanya pada kecantikan belaka. Mereka merasa dengan paras yang cantik itu akan dapat memuat mereka menjadi menarik. Memang ramai lelaki yang tergila-gila pada wanita yang cantik dan manis, tetapi banyak pula lelaki yang mencari kemesraan dan teman hidup dari wanita dengan wajah dan bentuk tubuh yang sederhana. Seorang wanita cantik, meskipun bentuk tubuhnya menggiurkan dan berdandan secantik mungkin tanpa disertai keperibadian yang elok belum dapat dikatakan sempurna. Tidak ubahnya seperti meja makan yang diatur seindah mungkin, meskipun lengkap dengan bunga dan kelengkapan makanan yang dibuat daripada emas atau perak, tetapi makanan yang disajikan semuanya terasa kurang enak dan tawar.

 

Wanita yang hanya mengharapkan segala sesuatu pada kecantikannya, tatkala kacantikannya pudar akan kehilangan rasa percaya diri, begitu juga mereka yang menggunakannya untuk karier. Oleh kerana itu, banyak aktor dan aktres yang kepopularitinya pudar bersamaan dengan pudarnya kecantikan parasnya, kerana mereka bukan mendasarkan bakat. Bahkan ada juga yang tidak dapat menerima kenyataan ini kemudian mengambil jalan mudah.

 

Apakah kriteria atau ciri-ciri orang yang boleh disebut memiliki sifat riang? Mereka adalah orang-orang yang tidak mudah tersinggung, sekalipun dia seorang perasa. Seorang yang benar-benar perasa, tidak semuanya mudah tersinggung. Apabila sedang berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan, maka seseorang yang mempunyai sifat humor akan tersenyum dan melakukan sesuatu agar keadaan itu tidak terasa keburukannya. Bila suatu saat seorang wanita bertemu dengan wanita lain di sebuah pesta secara kebetulan memakai pakaian yang sama, maka wanita yang memiliki rasa humor akan mengatakan ‘’ Memang kami sudah sepakat untuk memakai seragam ini.’’ Hal ini akan membuat suasana menjadi lebih hangat dan tidak menimbulkan rasa malu atau kesal.

 

Memang adakalanya kita merasa kesal. Namum, apakah kita harus tampil dengan wajah muram? Bagaimana kalau di hari itu anda didatangi tetamu? Oleh kerananya ketika bersoleh pandanglah wajah itu baik-baik. Alangkah hodohnya jika bermasam muka. Cubalah tersenyum dan katakana pada diri sendiri…, ‘’Apabila tersenyum engkau cantik!’’ Kemudian mulailah bersolek. Tidak mungkin kita memancarkan kehangatan apabila sedang muram. Ooooh…, saya sering sekali menjadi muram. Kalau sudah begini maka otot-otot wajah menjadi kendor dan in membuat saya hodoh sekali. Oleh kerana saya tidak mahu kelihatan hodoh, saya berusaha untuk menghindari otot-otot wajah yang kendor itu. Saya pun tersenyum di depan cermin dan berfikir tentang yang indah-indah, memakai minyak wangi dan menelefon seseorang yang boleh membuat saya ketawa. Saya selalu mengatakan pada diri sendiri, ‘’Apabila muram, maka saya menjadi hodoh dan tidak memiliki kehangatan lagi. Bukan orang lain yang rugi, tetapi diri saya sendiri. Saya tidak akan memberikan peluang pada siapa pun untuk membuat saya berduka.’’

 

Apa sebenarnya yang membuat seorang wanita itu merasa senang dan bahagia? Tentu saja ada bermacam-macam faktor. Ada yang berbahagia apabila mempunyai banyak wang, perhiasan, atau pakaian-pakaian yang indah dan mahal. Namum, ada satu hal yang lebih bererti lagi bagi kehidupan seorang wanita, iaitu tatkala dia menyedari bahawa dirinya dimanja, dicintai dan disayangi. Untuk dapat dicintai tentu saja harus mempunyai kualiti. Sebagaimana dengan semua pekerjaan dan usaha yang berhasil, kecantikan pun memerlukan disiplin. Setiap ahli kecantikan memberi petunjuk tentang cara memelihara wajah dan tubuh yang baik. Bagi seorang wanita, merawat diri janganlah dilakukan hanya kerana kebetulan saja. Atau setelah berusia di atas lima puluh tahun lantas melalikan kebersihan dan kecantikan, kerana kecantikan bukanlah soal usia. Seringkali wanita yang sudah mencapai usia pertengahan jauh lebih menarik daripada wanita muda belasa tahun, kerana kecantikan wanita yang sudah berumur ini nampak terpelihara, ditambah dengan tingkahlaku yang menyenangkan pula.

 

Pemeliharaan dan tidur amat penting untuk kecantikan. Mereka yang tidurnya tidak teratus akan tidur pada saat-saat yang seharusnya mereka bangun. Tetapi, pembangunan tidak akan dapat berjalan apabila orang yang melaksanakannya mengantuk. Cukup tidur bukan bererti banyak tidur untuk menghindari pekerjaan. Hal itu hanya akan dilakukan oleh seorang pemalas. Memang kurang tidur membuat kita lesu, tetapi banyak tidur akan membuat wajah kelihatan sembab seperti roti yang mekar kerana tercampur ragi. Senyum juga adalah rahsia kecantikan yang sangat mudah dilakukan dan mura harganya, bahkan tidak perlu dibeli. Senyum membuat kerut-kerut pada wajah menjadi nampak riang, juga membuat mata bercahaya. Untuk dapat tersenyum tentunya kita memerlukan kebahagian, kerana memang tidak mudah, apalagi kalau sedang sedih atau kesal. Namum demikian, cubalah tetap tersenyum. Anda pun akan nampak lebih cantik.