Cara memiliki berat badan yang sesuai

Hampir setiap majalah wanita menulis tentang cara memiliki berat badan yang sesuai. Entah sudah berapa banyak wang yang dikeluarkan oleh para wanita untuk membeli ubat-ubat pengurus badan, belum lagi belanja yang dikeluarkan untuk keluar masuk salun, mengurut badan atau mandi wap, agar dapat menurunkan berat badan.

 

Bagi saya, menjaga keseimbangan berat badan itu merupakan seni tersendiri kerana saya sendiri atau keluarga, terutamanya suami saya, menggemari makanan yang lazat. Banyak saat yang menggembirakan terjadi di meja makan, bersama anak-anak, sanak keluarga, serta sehabat handai. Begitu juga, banyak saat mesra yang terjadi ketika makan di bawah cahaya lilin dengan iringan lagu yang romantic.

 

Makanan merupakan salah satu cara yang baik untuk mengenal kebudayaan suatu bangsa. Pengalaman mengajarkan kepada saya untuk menikmati makanan, bukan makan secara berlebih-lebihan. Biarpun lazatnya makanan itu, apabila terlalu kenyang, akhirnya ktia akan merasa sesak nafas pula. Saya rasa tidak ada makanan yang tidak baik, asalkan tidak dimakan secara berlebih-lebihan.

 

Sikap terhadap makanan ini sudah harus dibentuk sejak masa kanak-kanak lagi. Semasa masih kanak-kanak, jangan menggunakan makanan sebagai alat untuk menghukum atau untuk menyatakan kasih saying dan penghargaan. Selalu kita dengar seorang ibu mengatakan, “Nak…, jangan nakal! Kalau berhenti menangis, nanti mak bagi gula-gula.’’ Hal serupa ini akan berakibat buruk, apabila berhadapan dengan suatu masalah, anak tersebut akan mencari penyelesaian pada makanan. Akhirnya yang didapati bukanlah penyelesaian, melainkan lemak dan daging berkilo-kilo yang melekat di tubuh.

 

Melalui perbincangan serta buku-buku yang saya baca, saya mengetahui bahawa badan yang terlalu gemuk seringkali terjadi kerana rasa tertekan atau masalah-masalah kejiwaan lainnya yang dipendam. Hal ini tidak ubahnya dengan merekan yang terlalu kurus. Masalah tersebut adakalanya mengenai suami yang mempunyai wanita lain, suami yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, atau mungkin juga kerana rasa rendah diri, cemburu, iri hati, kesedihan yang berpanjangan, takut atau cemas.

 

Tentunya tidak semua orang menjadi gemuk kerana terlalu banyak makan, sedang merasa cemas atau dalam penderitaan. Banyak kenalan wanita saya yang berbadan gemuk kerana mereka memang tidak perlu melangsingkan badan. Apabila seseorang teta langsing walaupun nafsu makannya cukup baik, mereka merupakan seorang yang beruntung, sebab walaupun banyak makan ia tetap langsing. Saya berpendapat mereka akan tetap langsing dari tahun ke tahun kerana walaupun banyak makan, merekan juga banyak bergerak atau bekerja. Tidak ada kegiatan atau hanya duduk-duduk saja, makan, kemudian tidur, bangun dan makan lagi, akan membuat seseorang menjadi gemuk.

 

Seringkali kita mendengar ucapan, “Saya makan sedikit saja, tapi tidak juga menjadi kurus.’’ Memang benar dia makan sedikit tetapi tidak banyak bergerak, bahkan gelas di depan hidung pun disuruh pembantu mengambilnya. Saya dan keluarga suka makan makanan yang lazat, tetapi tidak secara berlebih-lebihan. Makan banyak merupakan suatu kebiasaan, tidak lagi berdasarkan keperluan. Sebenarnya yang diperlukan adalah makanan yang cukup, berzat dan kalau boleh lazat.

 

Jumlah makanan yang kita perlukan harus disesuaikan dengan jumlah tenaga yang kita keluarkan. Orang yang tidak banyak bekerja, atau berfikit, akan menjadi gemuk, sekalipun mereka tidak banyak makan. Kerana itu, makanan yang diperlukan oleh penarik beca jauh lebih banyak daripada seseorang pemandu. Jarang kita melihat penarik beca berbadan gemuk, tetapi banyak pemandu yang berperut gendut.

 

Kita masing-masing seharusnya dapat mengetahui apakah kita tergolong gemuk, terlalu gemuk, kurus, terlalu kurus, atau sedang-sedang saja. Apabila berat badan saya meningkat menjadi 58 kg dengan tinggi badan 160 cm, saya akan Nampak agak gemuk. Kalau mencapai 59-60 kg, bererti saya benar-benar gemuk. Saya selalu mengatur agar berat badan saya berada di antara 55 hingga 56 kg, sehingga apabila pergi bersiar-siar bersama suami sambil menikmati makanan yang lazat, saya tidak perlu takut menjadi terlalu gemuk.

 

Apabila berat badan saya 55-56 kg, bererti saya masih kekurangan 2 kg. Setelah makan dan menikmati suasana mesra, keesokan harinya saya tidak berdiam diri,, melainkan naik ke atas timbangan. Jika ternyata berat badan nak satu atau dua kilogram, saya dapat menghilangkannya dengan senaman dan makan bubur sayur selama satu atau dua hari, atau juga sup dan buah-buahan saja. Bubur sayur hanya mengandungi sedikit beras, selebihnya adalah sayuran yang banyak mengandungi vitamin. Makanan ini dimakan bersama sambal dan tomato yang juga banyak mengandungi vitamin C.

 

Saya mempun

yai jadual, apabila makan agak banyak, saya akan mengimbanginya dengan senaman selama setengah jam. Apabila saya makan secara berlebihan, saya akan melakukan senaman selama satu jam. Malah kadang-kadang labih kerana sekali badan bergerak, rasanya tak mahu berhenti. Terus-terang, saya tidak suka pada senaman yang menggunakan kiraan. Hal serupa itu tidak menarik bagi say, tetapi saya suka sekali berjoget dan menari. Kalau sudah berjoget atau menari, tubuh kita langsung terlibat dengan lagu dan nada. Gerakan-gerakan akan bersatu dengan irama.

 

Sebenarnya tubuh wanita adalah sebuah keindahan yang telah mengilhamkan para pelukis ataupun para pengukir dan penyair dalam karyanya. Terpulang pada anda, dan terselah pula cara anda merawat anggota tubuh. Usia yang bertambah tentu akan menimbulkan perubahan pada kulit dan otot badan kita. Henddaklah perubahan ini terjadi kerana peredaran masa, bukan kerana kecuaian kita merawat tubuh badan.