Suara yang Merdu

Suara merupakan salah satu kunci untuk mencantikkan atau memperhebatkan seseorang. Bayangkan lelaki yang tinggi besar, gagah, tetapi suaranya kecil dan halus. Sungguh tidak menarik, bukan? Oleh kerana itu suara yang merdu merupakan sesuatu yang tak ternilai harganya. Yang dipersoalkan di sini bukanlah suara seorang penyanyi, melainkan suara yang kita gunakan dalam perbualan sehari-hari. Bahkan ada sekolah atau kursus yang memberikan petunjuk mengenai bagaimana supaya kita boleh menggunakan suara dengan baik.

 

Cuba perhatikan seseorang yang sedang marah. Suaranya akan meninggi, kadangkala begitu nyaring dan sumbang, sehingga seperti tin kosong yang jatuh bergelimpangan, mungkin ini yang disebut sebagai suara ‘’pecah’’ atau ‘’sumbang’’. Agar suara kita tidak seperti itu, jalan yang baik adalah berusaha untuk tidak berteriak-teriak walapun sedang marah, kecuali apabila memang anda perlu untuk berteriak, umpamanya ketika ada perompak, pencuri, penjahat atau penyeluk saku.

 

Ada baiknya juga melatih diri bagaimana caranya membaca dan bertutur kata dengan baik. Suami saya juga selalu melatih anak-anak untuk berbicara dengan baik. Mereka disuruh membaca suratkhabar sambil berdiri di atas bangku. Dengan begitu maka kata-kata yang diucapkan akan terdengar lebih jelas, kerana disertai tekanan suara yang baik.

 

Apa yang diperkatakan turut juga menentukakn suara, dan bukan hanya terletak pada bagus tidaknya suara itu. Suara yang merdu akan kehilangan makna bila pemiliknya berbicara terus-menerus tentang segala macam pengetahuan seolah-oleh dirinya sebuah kamus.

 

Suara yang merdu apabila dilengkapi dengan penguasaan cara berdiplomasi yang baik akan merupakan unsur kecantikan seseorang yang amat mempesonakan. Cuba saja anda bayangkan apabila sedang bersama seorang lelaki gagah yang hampir semua pembicaraanya hanya menonjolkan dirinya saja. Tidak menyenangkan, bukan? Begitu pula sebaliknya, ramai wanita yang tidak menyenangkan lelaki kerana terlalu banyak bercakap seperti hendak menunjukkan kepintarannya. Namun, juga akan membosankan bila kita berkawan dengan orang yang begitu dingin dalam perbualan.

 

Sebernarnya mereka yang menguasai seni berbicara, adalah merekan yang tahu cara mendengarkan orang lain berbual. Meskipun demikian, bukan bererti mereka it uterus-menerus hanya menjadi peendengar saja tanpa memberikan pendapatnya. Memang seringkali kita tidak dapat menahan diri untuk terus mengemukakan pendapat. Cara terbaik adalah mendengarkan dulu apa yang orang lain kata, kerana apa yang akan kita katakana, apa yang akan dikatakan orang lain itu belum kita ketahui.

 

Hal yang paling menjemukan adalah apabila berbicara dengan seseorang yang sama sekali tidak mahu mendengar. Akan nampak jelas pada wajahnya seolah-olah dia sedang memikirkan apa y ang akan dikatanya. Juga perlu kita ingat, hendaknya jangan berbicara melulu. Umpamanya, betapa membosankan jika kita mendengarkan seseorang yang hanya berbicara tentang filem atau buku-buku yang dibacanya secara terus-menerus. Setelah berbicara sampai tamat cerita filem yang dilihatnnya, kemudian katanya, ‘’Kamu mesti menonton filem itu…’’ Bukan main…, bukankah cerita filem itu telah diceritakannya dengan lengkap? Begitu juga apabila berbicara dengan orang yang terus-menerus membicarakan suratkhabar atau majalah. Apalagi kalau kita juga melanggan suratkhabar atau majalah yang sama.

 

Berbicara tentang kekayaan sendiri pun, sama ada kekayaan yang dimiliki sekarang atau di masa lalu tidak akan menarik sama sekali. Menyebut-nyebut nama pembesar dan orang terkenal lainnya seolah-olah orang-orang tersebut pernah bermain-main dengan si pembicara, juga amat membosankan. Demikian pula bila berbicara tentang penyakit yang berpanjangan, kerana dapat menimbulkan rasa jijik atau ngeri. Apalagi ketika itu kita sedang makan atau dalam perjalanan menuju ke restoran. Oleh kerana itu ada juga yang terus mengatakan, ‘’Kenapa…, kamu kelihatan lesu sekali. Sakit ya?’’ Ada pula yang mengatakan, ‘’Kasihan sekali anakmu yang sakit itu, apakah sudah sembuh? Atau ‘’Aduuuh…, kamu bertambah gemuk! Kurangkanlah makan.’’ Yang pentingnya, semua itu dimaksudkan untuk mengalihkan tajuk pembicaraan. Mungkin semua itu dilakukan dengan maksud baik, tetapi caranya membuatkan yang terlibat menjadi kurang senan. Apabila ada yang menegur seperti itu, hendaknya janganlah lekas tersinggung.

 

Jika berbicara tentang agama (kecuali kalau memang sedang ceramah) hendaknya dilakukan pada tempatnya. Dan apabila tidak menyukai makanan yang disajikan, tidak perly memberi kritikan. Misalnya suatu saat ada yang berkata, ‘’Eeehh..! Kamu makan katak, ya? Saya tidak suka katak, jijik ah!’’ Apalagi ketika berkata begitu disertai dengan gerakan-gerakan atau mimik muka yang menandakan dia benar-benar merasa jijik.

 

Mari kita bincang kembali tentang suara. Berbicara tentang kecantikan bukan hanya terbatas pada wajah ataupun penampilan lahiriah saja. Seperti yang telah dikemukakan, selain penampilan fizik masih ada lagi unsur yang lebih penting, iaitu mengapa seseorang boleh dikatakan cantik dan menarik. Mengapa hal itu tidak habis-habis dibicarakan?

 

Memang begitulah wanita. Mereka selalu mengharapkan cinta, kerana itu mereka juga mengharapkan keindahan dan kecantikan. Seuara memang tidak terlalu nampak, tetapi sebenarnya mempunyai pengaruh yang sangat besar. Malahan seseorang belum tentu dikatakan cantik sebelum terdengar suaranya. Saya fikit secara umumnya kita pernah terpesona oleh suara seseorang, baik melaluii piring hitam mahupun ketika menyanyi di pentas, atau juga suara kita sendiri yang kita dengar di radio.

 

Bersahaja memang nampaknya dapat membuat seseorang wanita menjadi tenang, tidak mempedulikan penampilan, tidak menepati janji, dan masih banyak lagi yang lainnya. Apabila sifat ini dibiarkan berlarut-larutan, kita akan dikenali seperti lazimnya penampilan kita, baik cara, gaya, mahupun citarasa. Akan tetapi kita juga dapat dikenal sebagai peribadi yang jujur, rapi, berpakaian baik, berdisiplin dan sebagainya. Hanya kita yang dapat menentukan mana yang baik dan buruk.

Isi Almari Melambangkan Kecantikan dan Cara Hidup

Seringkali wanita dilanda masalah pakaian. Mungkin anda pernah juga mengalami saat-saat di mana anda bingung ketika memilik pakaian apa yang akan dipakai. Ketika hendak pergi ke kampus anda tidak tahu memilih pakaian. Mungkin juga anda pernah terlambat datang ke pejabat kerana sibuk memilih pakaian yang akan dipakai. Atau anda tidak tahu ketika memilih pakaian untuk dipakai makan tengahari bersama keluarga di salah sebuah restoran.

 

Begitulah, seringkali kita dihadapkan pada kebingungan dalam memilih pakaian yang akan kita pakai. Bahkan pernah terjadi salah seorang keluarga terdekat saya membatalkan pergi ke pesta kerana tidak tahu pakaian apa yang harus dipakainya. Padahal dia sebenarnya memiliki dua almari pakaian penuh dengan pakaian dan kain serta kebaya.

 

Seringkali kebingungan yang dialami di atas disebabkan almari pakaian kita tidak dalam keadaan teratur. Susunan almari yang kemas sebenarnya melambangkan juga cara hidup, malahan juga pemikiran kita. Tak ubahnya seperti tempat tinggal kita saja, apabila meletakkan sesuatu di merata tempat, tidak teratur, tidak kemas, akan sukar menjumpainya kembali.

 

Keadaan yang tidak teratur membuat seseorang menjadi bingung, sehingga apapun yang dicarinya, misalnya mancis api, pensil atau pakaian dalam sendiri, akan memakan masa yang cukup lama untuk mendapatannya. Sebelum bertemu benda yang dicari, almari buku, bilik kerja, bilik tidur atau almari pakaian terpaksa digeledah sehingga berselerak, seperti kapal pecah.

 

Adalah baik sekali dalam dua atau tiga kali setahun kita mengadakan penyusunan dalam susunan pakaian. Dengan sendirinya kita mengadakan kebersihan almari tersebut. Pembersihan seta penyusunan bagi susunan pakaian itu mungkin memakan masa beberapa hari. Kerana itu, pilihlah hari di mana anda lapang, sehingga anda tidak perlu melakukannya secara tergesa-gesa. Sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa, hasilnya kurang baik.

 

Suatu ketika pernah saya keluarkan semua isi almari pakaian dan saya letakkan di atas tempat tidur. Tiba-tiba suami saya pulang dari pejabat, bayangkan, itu adalah pelajaran agar kita tidak meletakkan atau memindahkan isi almari, walau sementara saja ke atas tempat tidur. Pekerjaan ini sebaiknya dilakukan satu persatu.

 

Umpamanya, anda mulai dengan membersihkan beg. Periksa semua isi beg itu. Hal ini pernah saya alami ketika saya sibuk mencari sehelai kertas penting. Sebulan kemudian baru kertas itu saya temui di dalam beg. Kerana itu, memeriksa kembali isi beg perlu, siap tahu di dalam beg masih ada benda-benda penting yang tertinggal.

 

Beg yang masih dgunakan, setelah dibersihkan, disimpan kembali dan sebaiknya dibalut dengan sarung. Memang, beg-beg yang baik lazimnya dilengkapi dengan pembalut. Bila anda membeli beg, tidak ada salahnya jika anda meminta pembalutnya. Kalau ada, tentu mereka akan memberikannya. Sedangkan beg-beg yang sudah tidak terpaai sebaiknya diberikan kepada mereka yang masih dapat menggunakannya. Tidak perlu anda simpan, kecuali benda itu mengandungi kenangan.

 

Sebaiknya, pemakaian pakaian dan beg disesuaikan. Kerana itu, tempatkan beg pada susunan beg, atau pada bahagian rak almari yang mudah dilihat, sehingga apabila diperlukan, anda tidak terlalu sukar menemuinya. Perlu juga diperhatikan cara terbaik menyimpan beg, agar terindar dari terguris. Untuk mencegah agar beg tidak berubah bentuk, anda masukkan kertas ke dalam beg hingga penuh.

 

Kasut pun perlu diperiksa mana yang masih boleh anda pakai dan mana yang sudah tidak perlu. Seperti halnya menyimpan beg, menyimpan kasut hendaknya di tempat  yang mudah dicapai. Masukkan pula kertas ke dalam kasut agar bentuknya tidak berubah, atau anda boleh beli alat yang digunakan untuk memelihara bentuk kasut. Lazimnya alat ini diperbuat dari kayu atau besi yang kemudian dimasukkan ke dalam kasut. Jika kasut yang anda beli disertai juga dengan kotak, maka simpanlah kasut itu ke dalam kotaknya.

 

Tapak kasut hendaklah selalu diperiksa, jangan sampai tapak yang sudah rosak masih tetap dipakai. Apabila tapaknya sudah nipis, cepat-cepatlah ditampal, sebab jika ditunggu sampai haus sama sekali, membaikinya akan menjadi lebih sukar. Malahan adakalanya tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Memang ramai wanita yang malas mengganti begnya, termasuk saya sendiri. Bila sudah menggunakan satu beg, malas rasanya hendak mengeluarkan isi beg tersebut, seperti sikat, lipstik, cermin, bedak dan lain-lain. Kemudian pada keesokan harinya kita tetap menggunakan beg yang sama namum pakaian yang berbeza, sehingga nampak tidak sesuai.

 

Pakaian, kasut, beg dan kelengkapan pakaian lainnya yang tidak pernah anda gunakan tidak perlu disimpan di dalam almari dari tahun ke tahun. Semakin lama, semakin tidak baik apabila ingin anda berikan kepada orang lain. Memang adakalanya kita merasa berat untuk berpisah dengan senua yang telah dibeli dengan harga yang mahal. Padahal pakaian, kasut, serta beg itu sudah terlalu lama dan tidak sesuai lagi untuk kita pakai. Tetapi, jika kita menginginkan almari yang tersusun rapi dan baik, maka tidak ada jalan lain. Jangan biarkan almari dipenuhi benda-benda yang sebenarnya tidak akan perlukan lagi. Bila benda-benda itu masih memenuh almari anda, maka ada kemungkinan suatu masa anda akan memakainya kembali benda-benda yang sudah lama itu, sehingga anda kelihatan tidak menari, bahkan lucu.

 

Bila almari pakaian kita praktis dan rap, dengan sendirinya kehidupan kita akan menjadi lebih teratur, rapid an semakin menyegarkan. Jika almari anda telah tersusun dengan rapi, teratur, maka cubalah pendang sejenak. Nampak manis, bukan? Secara tidak langsung semuanya ini akan mempengaruhi kehidupan anda sehari-hari.