Muka Segar, Ramai Suka

Tubuh yang cukup mendapat vitamin tidak akan mengalami masalah kulit. Untuk mendapat kesegaran kulit, sayur-sayuran dna buah-buahan amat diperlukan. Buah bukan sahaja enak dan sedap dimakan, tetapi air buah juga perlu untuk menjaga kesegaran kulit. Umpamanya buah epal juga perlu untuk menjaga kesegaran kulit. Umpamanya buah epal ia sesuai untuk digunakan sebagai pembersih kulit. Kulit bersih, muka segar.

Bagaimana membersihkan dan menyegarkan muka dengan buah epal? Caranya buah epal dipotong dan dikisar halus. Selepas itu, tapis and ambil air buah epal sahaja. Sapu sari air buah epal pada muka sehingga kering. Kemudiannya, barulah dibersihkan dengan air biasa. Lakukan sehari sekali. Air buah epal ini dapat mengekalkan kulit sentiasa bersih dan segar.

Selain itu, kulit muka yang kering dan tidak berminyak memberi kesegaran kulit. Jika anda mengalami masalah kuit muka berminyak, anda boleh mencuba menggunkan madu untuk mengeringkan kulit muka. Caranya adalah mengambil satu sudu madu lebah, parut sedikit kunyit basah yang telah dibersihkan. Kedua, bahan-bahan tadi dicampurkan. Setelah itu sapulah pada muka anda yang berminyak. Biarkan selama 20 minit setelah itu barulah anda cuci muka anda dengan air bersih.

Kelembapan kulit muka harus dijaga untuk mendapatkan wajah yang berseri dan menawan. Selain dari pelembab yang dijual di kedai-kedai kosmetik, anda juga boleh gunakan bahan-bahan asli untuk melembabkan muka anda. Bahan yang dimaksudkan itu ialah mentimun yang boleh dijadikan pelembab yang sesuai untuk semua kulit dan peringkat umur.

Cara mengguna mentimun sebagai pelembab amat mudah. Sediakan sebiji mentimun, buangkulitnya, selepas itu potong-potong halus, kemudian ramas sehingga berair. Air mentimum tersebut sapukan pada muka anda, biar selama 20 minit, selepas itu cucilakh muka anda dengan air bersih dan keringkan dengan tuala yang bersih. Lakukan rawatan ini tiga kali seminggu. Selain daripada itu, mentimum yang dikisar dan dibubuh sedikit gula boleh dijadikan minuman untuk menurunkan berat badan anda dna boleh juga untuk menghilangkan panas badan. Mentimun yang dijadikan ulam boleh juga merawat sakit darah tinggi dengan makan beberapa hiris mentimun setiap kali anda makan nasi. Banyak kelebihan mentimum.

Jika muka anda kering kerana kekurangan minyak atau terlalu terdedah kepada pendingin udara, anda boleh gunakan air kelapa tua untuk menjadi pelembab muka anda. Caranya adalah bersihkan muka anda terlebih dahulu, selepas itu cuculah pula dengan air kelapa tua, biarkan air itu melekat selama lima belas minit barulah anda cuci muka anda dengan air sejuk. Lakukan sekali setiap kali lepas anda mandi.

Jika anda tidak bermaya dan muka anda kelihatan pucat dan lesu, anda boleh tambahkan tenaga dan selera makan anda denga mencuba petua tradisional ini. Pertama, ambil sepotong lempuyang sebesar ibu jari tangan, kunyit juga sebesar ibu jari tangan. Bahan-bahan ini dibersihkan. Setelah itu ditumbuk halus dan campurkan dengan sedikit air. Campuran ini dibahagikan kepada dua bahagia. Sebahagian darinya dicampur dengan madu lebah dan kuning telur ayam kampong, minumlah ramuan tersebut. Lakukan seminggu sekali, anda akan terasa perubahan pada diri anda. Kedua, ambil segenggam daun inai dan ditumbukkan sehingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis, massukkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah sejuk, makanlah sebiji sehari selepas minum pagi. Makanlah sehingga anda memperolehi hasilnya.

Masalah emosi dan persekitaran yang tidak sihat boleh menjejaskan kesegaran muka juga. Masalah emosi dan persekitaran yang tidak sihat menjadikan suhu badan anda turun naik, kadang-kadang anda mungkin kelihatan letih lesu, masalah ini boleh anda atasi dengan mengamalkan minum air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampong, minumlah pada tengahari. Harap-harap badan dan muka anda akan segar semula.

Muka yang cantik dan licin

Setiap wanita begitu teliti menjaga kecantikan wajahnya, kadang-kadang berbagai krim dari berbagai jenama digunakan untuk mendapatkan kulit yang licin dan halus. Tetapi apa gunanya anda berbelanja besar jika hasilnya tidak memuaskan?

Satu cara yang mudah untuk melicinkan kulit ialah dengan buah tomato. Senang dan murah cara ini. Ambil sebiji buah tomato yang telah dimasakkan dan dibersihkan. Selepas itu, belah dua buah tomato tersebut dan sapukanlah tomato yang satu bahagian itu ke kulit muka anda. Biarkan kering selama beberapa minit. Kemudian, cucilah dengan air bersih dan keringkan dengan tuala. Tomato yang sebahagian lagi anda boleh makan, atau dibuat jus untuk diminum. Amalkan petua ini selama seminggu atau setelah kelihatan hasilnya.

Kalau anda rasa kulit muka anda kasar, anda boleh menggunakan putih telur untuk menegang dan melicinkan kulit muka anda. Bersihkan muka anda dengan air bersih dan keringkannya dengan tuala bersih. Kemudian, sediakan sebiiji putih telur dan sapukan putih telur tersebut pada muka anda, dan biarkan kering. Putih telur tersebut dibiarkan melekat pada kulit selama satu jam. Anda dinasihat tidak bercakap semasa rawatan muka dijalankan. Bersihkan muka anda dengan air suam selepas satu jam. Ulangi cara ini setiap hari sebelum tidur. Kuulit anda akan kelihatan licin bersinar.

Selain putih telur, air asam jawa juga bantu dalam melicinkan kulit muka. Ambil air asam jawa sebanyak satu cawan, atau campur dengan limau nipis, bancuk sehingga pekat, sapu pada muka dan biarkan selama satu jam. Lakukan seminggu dua kali. Cara ini bukan saja melicinkan dan menghaluskan kulit tetapi juga boleh menjaga kulit daripada terkena penyakit kulit.

Jika muka anda ditumbuhi tompok hitam yang sukar diubati, anda boleh gunakan buah pinang masak untuk mengubatinya. Cara untuk menggunakan buah pinang untuk menghilangkan tompok hitam adalah ambil sebiji pinang masak, kemudiannya kupas kulitnya sehingga bersih. Selepas itu, buah pinang masah dikacip dan sapukan pada tompok hitam di muka anda yang mempunyai tompok hitam. Lakukan dua kali sehari sehingga sembuh.

Bintik-bintik hitam pada muka pula boleh dihilangkan dengan menggunakan daun pegaga. Cara menggunakan petua ini adalah cucikan 10 helai daun pegaga dengan air garam, selepas itu tumbuk halus dan campurkan dengan bedak sejuk  yang  sudah dimasukkan ke dalam sedikit air suam. Ulangi setiap malam dan cuci dengan air bersih keesokkan hari. Lakukan petua ini setiap malam sehingga bintik-bintik hitam anda hilang

Bagaimana pula kalau terdapat jerawat? Ramai remaja menginginkan muka yang licin dan cantik. Akan tetapi, ramai remaja mengalami masalah jerawat, yang kadang kala sukar untuk diubati. Jika anda mempunyai masalah jerawat yang sukar dirawat, cuba anda gunakan tepung sagu yang dicampur dengan sedikit air untuk mengubati jerawat anda. Sapukan tepung sagu yang bercampur air itu seperti anda memakai bedak sejuk pada setiap malam. Pada keesokan harinya cucilah dengan air suam. Amalankan sehingga jerawat anda sembuh.

Selain daripada tepung sagu, sapukan muka anda dengan bedak batu sebelum tidur setiap malam. Cara sapu lebih kurang sama dengan penggunaan tepung sagu. Bedak batu dicuci pada keesokkan hari selepas bangun dari tidur dengan air bersih dan lap dengan tuala kering. Lakukan cara ini setiap malam. Selain itu, kurangkan makanan berlemak dan berminyak, dan banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan.

Satu lagi cara untuk menghilangkan jerawat adalah menggunakan bawnag putih, Bawang putih amat sesuai untuk digunakan untuk menghapuskan jerawat batu. Untuk menggunakan cara ini, ambil seulas bawang putih dan bersihkannya. Kemudian, titk sedikit, sapukan pada jerawat yang sedang tumbuh, jerawat batu anda akan hilang segera.