Rambut adalah mahkota wanita

Kecantikan dan keindahan rambut tidak bergantung semata-mata pada potongannya, atau hasil hiasan rambut yang ternama, tetapi pada kesihatan rambut. Kesihatan rambut itu sendiri bergantung pada kesihatan kita secara menyeluruh. Tubuh yang kekurangan vitamin A akan Nampak jelas pada rambutnya yang banyak mengalami keguguran.

 

Penjagaan rambut memainkan peranan penting. Rambut tidak bermulut, jadi tidak dapat menjerit kalau merasa tersiksa. Umpamanya, rambut yang sehari-hari tertutup oleh rambut palsu akan membuat kulit kepala tidak dapat bernafas. Dengan sendirinya hal ini tidak baik bagi pertumbuhan rambut. Selain itu, kulit kepala akan mengeluarkan bau peluh yang kurang menyenangkan.

 

Terlalu banyak menggunakan ubat-ubatan akan menjadikan rambut kering dan mudah gugur. Umpamanya, rambut anda yang dirasakan terlalu kering, anda luruskan menggunakan ubat pelurus rambut. Setelah itu rambut disembur dengan penyembur rambut bahkan ada yang menyemburnya terlalu banyak sehingga rambut nampak seperti lidi penyapu.

 

Memerhatikan atau mengikuti fesyen rambut memang baik, tetapi yang penting adalah menjaga kesihatan rambut itu sendiri. Perhatikan mereka yang terlalu banyak atau terlalu kerap memakai penyembur rambut atau bahan kimia lainnya, rambut merekan akan Nampak kering , layu dan tidak bercahaya. Walaupun cara hidup anda mengharuskan untuk menghias rambut dua kali seminggu, maka rawatlah rambut anda sebaik-baikya.

 

Kita harus mengenali rambut kita terlebih dahulu, kering,normal atau berminyak. Rambut berminyak biasanya diikuti pula dengan kelemumur, tetapi hal ini dapat diatasi apabila rambut dijaga dengan baik. Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau setiap kali merasa kotor. Umpamanya, setelah anda berolah raga di luar rumah atau setelah anda berjalan jauh atau selepas berenang di laut.

 

Rambut yang kering akan kelihatan tidak bercahaya. Rambut yang baik tentunya adalah rambut yang normal. Namum begitu, jarang sekali rambut kita selalu berada dalam keadaan normal, begitu juga wajah. Ada saatnya wajah kita menjadi agak berminyak, kemudian agak kering, rambut pun demikian juga. Jika kita hendak menyikat rambut, kalau boleh kepala dtundukkan kemudian rambut disikat mulai dari tengkuk ke arah depan. Dengan cara seperti ini, rambut yang selama ini menghurai di belakang, pada waktu disikat akan turun ke muka. Ini baik sekali untuk peredaran darah. Tetapi ada yang mengatakan ketika mereka menyikat rambut, terjadi keguguran. Saya berpendapat, kalau memang rambut sudah nak gugur, tanpa disikat rambut itu akan gugur juga. Cara menyikatnya harus berhati-hati, jangan terlalu kasar sampai rambut tertarik-tarik. Bila anda merasa bahawa menyikat rambut itu akan menggugurkan, maka anda tak perlu melakukannya, rambut cukup disikat saja.

 

Setelah rambut disikat dengan lembut, sapukan minyak zaitun, kemudian kapala diurut secara perlahan. Setelah itu dicelupkan tuala ke dalam air hangat dan bungkuskan tuala tersebut ke kepala. Ulang beberapa kali, kemudian cuci rambut sampai bersih. Banyak syampu yang kini berada di pasaran. Anda boleh memilih salah satu yang sesuai dengan rambut anda. Saya sendiri sejak dahlu selalu memakai syampu dari lidah buaya dan saya jarang sekali menggunakan minyak rambut. Sesekali apabila rambut saya dikering dengan pengering rambut, akan digunakan semacam lotion, kemudian setting lotion sewaktu rambut, digulung dan akhirnya dikeringkan di bawah kap.

 

Jika anda suka mengurut rambut, maka lakukanlah hal itu dengan lembut. Begitu juga ketika meratakan kembali rambut bekas urutan itu, rambut jangan sampai tertarik-tarik. Ingat, rambut tidak boleh berteriak walaupun merasa sakit. Anda pun tidak merasakannya, kecuali bila kulit kepala anda ikut tertarik-tarik. Apabila anda mencuci rambut, usahakan jangan sampai bekas syampu dan kotoran lainnya tertinggal di kulit kepala. Jangan malas membilas rambut berulang kali, sehingga anda yakin rambut sudah benar-benar bersih.

 

Sekarang sudah banyak dihasilkan bahan untuk menyihatkan rambut. Umpamanya condisi rambut, ini memang berguna. Saya sendiri tidak bergantung pada bermacam-macam penyubut rambut yang sering diiklankan itu kerana saya lebih percaya bahawa kesihatan rambut dating dari pemeliharaan, kebersihan rambut serta kulit kepala, dan yang terpenting adalah dari makanan kita setiap hari.

 

Saya juga suka pergi ke salun, tetapi bukan bererti kehidupan saya seoleh berhenti apabila sekali saja tidak pergi ke salun rambutnya sendiri. Di saat saya letih dan merasa perlu bermanja, barulah saya pergi ke salun. Di sana seluruh badan saya diurut, kuku tangan dan kaki dibersihkan, rambut dijaga kemudian dihias. Sesudah itu saya merasa segar kembali dan merasa seperti dimanja. Hal ini saya lakukan di saat saya memang benar-benar memerlukannya.

 

Saya pernah membiarkan rambut saya tumbuh hingga mencapai pinggang, malahan mencapai betis. Suami dan anak-anak senang melihat rambut saya terhurai…, nampak seksi rupanya. Sewaktu masih muda rambut yang panjang dan dibiarkan terhurai itu memang sesuai, tetapi dengan bertambahnya usia, saya merasa tidak sesuai lagi mempunyai rambut yang sedemikian itu. Kemudian say pun mengambil keputusan nekad.

 

Bayangkan saja…, rambut yang mula-mula sepanjang betis itu saya potong hingga ke paras bahu. Suami saya agak keberatan, tetapi saya memberikan alasan yang tepat mengapa saya terpaksa memotong rambut yang panjang itu. Kerana pertambahan usia maka rambut mulai gugu, sedangkan pertumbuhan tidak sesubur seperti waktu masih muda. Rambut yang terlalu panjang itu seolah menjadi beban, terasa berat dan kening menjadi semakin lebar ke belakang. Suami saya memahami alasan saya dan mengatakan bahawa asalkan jangan terlalu pendek.’’

 

Wanita boleh mengikuti fesyen rambut, asalkan tidak sampai menjadi korban fesyen itu sendiri. Ada yang pernah bercerita pada saya bahawa mereka sampai tidur menelentang seminggu lamanya hanya sekadar menjaga agar jangan sampai rambut yang sudah dibentuk dengan bayaran yang mahal itu rosak. Begitu juga wanita ini melarang suaminya memegang kepalanya, sehingga keinginan suami terpaksa dikawal selama satu minggu.

Kaedah-kaedah Untuk Mencegah Rambut Gugur dan Bercabang

Rambut adalah amat penting dalam ketampilan atau imej  seseorang. Orang yang kekurangan rambut atau botak kelihatan lebih tua dari umur yang sebenarnya. Oleh itu, semakin banyak product mencegah rambut dikeluarkan di pasaran and mendapatkan sambutan yang baik. Akan tetapi, kebanyakan produk penjagaan rambut dalam pasaran adalah tidak organik.

 

Dalam artikel ini, kita akan bincangkan kaedah-kaedah dan tip untuk pencegahan rambut gugur, dan menjaga kesihatan kulit kepala. Kaedah-kaedah ini menggunakan cara-cara traditional dan bahan semulajadi yang mudah didapati di sekeliling kita.

 

Kaedah pertama memerlukan jus dari 3 biji limau nipis. Limau Nipis yang disediakan dicampurkan dengan dua biji putih telur. Sapukan di seluruh bahagian rambut dan dibiarkan selama 2 jam. Selepas itu, cuci rambut anda dengan air bersih.

 

Kaedah kedua untuk mencegah rambut gugur, sediakan segenggam halba dan beberapa keeping buah sintok, rendamkan dalam air selama 2 hingga 3 jam. Kemudian, rebus sehingga air menjadi warna air menjadi perang dan pekat. Tumbukkan ramuan sehingga hancur dan sapukan pada rambut anda, kemudian biarkan selama beberapa minit. Cuci rambut anda dengan air bersih selepas rawatan. Ulangi proses ini sekali seminggu.

 

Kaedah ketiga untuk mencegah rambut gugur adalah dengan menggunakan lendir daun lidah buaya, lendir pokok bunga raya dan lendir pokok litup bumi. Masukkan semua ke dalam satu bekas, kemudian masukkan sedikit minyak zaitun (2 hingga 3 sudu). Sapukan pada rambut yang bersih selepas mandi, dan bungkus dengan tuala selama 30 minit. Kaedah ini boleh digunakan sebelum tidur dan cuci rambut anda keesokan pagi. Ulangi proses ini sekali seminggu, rambut anda tidak akan gugur dan kurang beruban.

 

Seterusnya, kaedah keempat untuk mencegah rambut gugur. Kaedah ini memerlukan segenggam kacang hijau sahaja. Rebuskan kacang hijau sehinggal air tinggal 1/3, dan biarkan air sejuk. Kemudian, sapukan pada akar rambut sebelum tidur. Cuci rambut keesokan hari. Amalkan tabiat ini setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

 

Kaedah kelima memerlukan sebiji kelapa. Ambil santan dalam kelapa dan masak santan sehingga minyak santan keluar. Biarkan minyak santan sejuk. Sapukan di atas kepala sebelum anda tidur. Bersihkan dengan air keesokan pagi.

 

Seterusnya, adalah kaedah untuk mengamalkan akar rambut yang sihat. Akar rambut yang sihat, boleh mengurangkan keguguran rambut. Terdapat 2 cara traditional, iaitu dengan menggunakan lobak merah dan batang serai. Care yang pertama, basahkan kepala dengan air lobak merah dan urut perlahan-lahan selama 10 minit. Cara kedua, merebus 5 batang serai dengan 2 gelas air sehingga mendidih. Sejukan, kemudian sapukan air rebusan serai di akar rambut. Ulangi proses ini setiap hari untuk hasil yang memuaskan.

 

Setelah mengurangkan keguguran rambut, langkah seterusnya adalah untuk mengelak rambut bercabang. Untuk mengelakkan rambut bercabang, anda memerlukan sehelai daun lidah buaya, bersihkan dan potong kube. Seterusnya, peraskan daun lidah buaya sehingga lendir daun keluar dan campurkan bersama air cuci beras yang kali kedua. Sapukan intipati tersebut ke kulit kepala dan rambut. Ulangi proses ini sehari 2 kali dan anda akan mendapat hasil yang memuaskan.

 

Rambut merupakan elemen yang penting dalam ketampilan seseorang. Penjagaan rambut sihat seharusnya dilakukan setiap hari. Semoga mencuba cara-cara di atas, dan berharap anda boleh memperoleh hasil yang diinginkan.

 

Rambut Sihat Bersinar dan Lembut

Artikel ini akan bincang cara untuk mendapatkan rambut yang sihat bersinar and lembut dengan ramuan semulajadi. Terdapat berberapa topik yang akan dibincangkan, antaranya adalah cara melebatkan rambut, meluruskan rambut kerinting dan cara untuk rambut berkilat hitam

 

Bahan untuk melebatkan rambut termasuklah penggunaan jus nanas, minyak kelapa hijau, daun rambutan muda dan daun pandan. Bahan yang digunakan adalah semulajadi dan mudah didapatkan di Malaysia. Cara-caranya adalah seperti berikui:

  1. Jus Nanas

Kisar sebiji nanas sehingga menjadi jus. Biarkan semalaman, barulah lumur di rambut 15-30 minutes. Ulangi proses 3 kali seminggu.

  1. Daun Rambutan

Ramaskan beberapa helai daun rambutan yang sudah dibersihkan ke dalam semangkuk air. Biarkan lendir daun keluar. Sapukan intipati pada rambut dan biarkan 20- 30 minutes, kemudian bersihkan rambut dengan air. Ulangi proses 2 hari sekali.

  1. Minyak Kelapa Hijau

Sapukan minyak kelapa hijau pada rambut dan biarkan semalaman, kemudian bersihkan rambut dengan air. Ulangi proses in selalu untuk hasil yang memuaskan.

  1. Daun Bunga Raya dan Daun Pandan

Bersihkan daun bunga raya dan daun pandan, kemudian ramaskan ke dalam air bersama beberapa helai daun pandan. Sapukan intipati pada rambut dan cuci dengan air bersih seperti menggunakan syampu. Ulangi process seminggu sekali.

 

Anda boleh meluruskan rambut kerinting dengan mengguna bahan-bahan seperti pinang tua, bunga raya, limau, telur, tepung gandum dan kelapa. Cara-caranya adalah seperti berikui:

 

  1. Kupas kulit sebiji pinang tua. Goreng tanpa minyak sehingga hangus. Tumbuk Bersama 2 tangkai bunga raya yang baru mekar sehingga hancul
  2. Gaulkan 3 sudu air limau nipis bersama campuran pinang dan bunga raya sehingga sebati. Lumur di atas kulit kepala selama beberapa minit. Hasilnya, rambut semakin kurus dan tidak lagi bergugur.
  3. Campurkan 2 biji telur dengan sedikit tepung gandum. Basahkan rambut dan sapu campuran telur dengan tepung gandum. Sikat rambut lurus dan biarkan 10 minit. Cuci dengan air bersih, Ulangi proses ini 2 kali seminggu.
  4. Perah sebiji kelapa menggunakan segelas air, perahkan limau nipis, kemudian simpan dalam peti sejuk sehingga bahagian atas menjadi kirm. Gunakan krim ini untuk menyapu kulit kepala dan rambut. Kemudian, tutup dengan tuala panas selama 1 jam dan cuci dengan air bersih. Ulangi proses ini 3 kali seminggu.

 

 

Selain daripada rambut lebat dan rambut lurus, rambut yang hitam kilat juga penting dalam penjagaan imej kita. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti 2 cawan pati santan, 2 batang daun lidah buaya, 5 helai daun pandan dan 1 biji kuning telur. Lain-lain bahan yang diperlukan untuk rambut hitam kilat adalah air kelapa muda, daun sirih dan daun bunga.

 

  1. Kisarkan daun pandan bersama daun lidah buaya dan ambil air sahaja, seterusnya, campurkan pati santan, kuning telur dan kacau sebati. Sapukan di kepala sambal mengurut kepala selama 5 minit, kemudian balut dengan tuala bersih selama 10 minit. Cuci dengan air bersih.
  2. Untuk mendapatkan rambut yang hitam, sapukan air kelapa muda pada rambut dan biarkan sebentar. Kemudian, cuci dengan air bersih. Anda juga boleh menggunakan beberapa helai daun sirih dan daun bunga raya yang dilumatkan, dan rendam di dalam air 1 malam. Kemudian sapukan ke kulit kepala dan urut.

 

Artikel yang seterusnya, kita akan bincangkan kaedah-kaedah untuk mencegah rambut gugur dan bercabang