Gaya Hidup Moden dan Sakit Pinggang

Dalam era peradaban moden, penyakit-penyakit menjadi semakin merebak, dan menjadi antara penyebab utama gangguan kepada kehidupan umum. Walaupun begitu, manusia masih terus lalai dan ambil mudah tentang gaya hidup mereka seharian. Mereka masih meletakkan keutamaan kesihatan di tempat yang agak rendah. Setelah terkena satu-satu penyakit, dan terlantar berhari-hari malah berbulan-bulan, barulah mereka sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Namun dalam banyak kes keadaannya sudah terlambat. Pada masa itu barulah mereka menyesal, sesalan datang menerpa-nerpa, jika boleh seluruh kekayaan yang dimiliki ingin ditukarkan dengan kesihatan yang semakin jauh menghilang. Namun ada juga golongan yang bersikap bersahaja kerana berasa bahawa setiap orang akhirnya pasti akan mati.

Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup moden adalah sakit pinggang. Istilah sakit pinggang bermaksud lenguh dan sakit-sakit di bahagian pinggang dan punggung. Gejala ini adalah sesuatu yang umum dan sebahagian besar kita pernah mengalaminya. Penyebabnya juga terlalu umum. Sakit pinggang sering dialami oleh mereka yang bekerja terlalu banyak dan duduk terlalu lama, sering membongkok, mengangkat barang-barang berat, berolahraga yang agak keras atau sesekali berman setelah sudah lama tidak melakukan senaman. Wanita mengandung juga seing mengadu sakit pinggang dan punggung. Memandu kenderaan untuk perjalanan yang jauh juga boleh menyakitkan pinggang.

Rasa sakit tersebut mungkin diakibatkan oleh ketegangan oto. Sebab-sebab lain ialah kerana terjadinya kelainan pada diska antara tulang belakang, sehingga mengakibatkan osteartritis dan prolapse. Prolaps diska antara vertebra terjadi apabila pembungkus diska menjadi lemah sakit di bahagian pinggang dan punggung. Gejala ini adalah sesuatu yang umum dan sebahagian dan menonjol ke sisi yang kemudiannya menekan urat saraf yang ada di tengah tulang belakang in akan menimbulkan rasa sakit yang amat sangat sehingga menyebabkan seseorang sukar bergerak, bangun atau berjalan.

Seseorang yang mengalami keadaan begini perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. Walau bagaimanapun, kebanyakkan sakit pinggang akan hilang begitu saja setelah beristirehat beberapa hari. Di samping itu, anda perlu tidur telentang dengan meletakkan bental di bawaah lutut, dan menyapukan minyak kuda atau balsam di bahagian pinggang yang sakit. Jika perlu, ambillah ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Ada juga penyakit lain yang menunjukkan gejala sakit pinggang, misalnya sakit buah pinggang, kecederaan akibat kemalangan, infeksi, sakit dalam saluran pencernaan, system reproduksi, atau akibat ketumbuhan. Sakit pinggang yang bukan disebabkan oleh penyakit yang tersebut dapat dicegah dengan melakukan beberapa panduan berikut sama ada di tempat kerja ataupun di rumah.

Panduan pertama adalah cara duduk. Kebanyakan orang yang bekerja di pejabat lazimnya duduk selama antara 40-80 jam seminggu. Mereka sering diserang sakit pinggang akibat duduk yang terlalu lama, tambahan pula mereka lazimnya kurang bersenam kerana ketidakcukupan masa. Untuk itu, sewaktu berkerja, cubalah duduk tegak tetapi santai, dengan punggung dan belakang anda rata ke sandaran kerusi.

Panduan kedua adalah posisi berdiri. Jika pekerjaan kita memerlukan kita berdiri atau berjalan dalam jangka masa yang agak lama, maka berdiri dan berjalanlah dengan tegap dan tegak. Untuk wanita, elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi. Seorang pakar bedah mungkin mengalami sakit pinggang kerana selain berdiri, mereka terpakso membongkok, dalam wakt yang agak lama semasa menjalankan pembedahan.

Panduan ketiga adalah mengurangkan membongkok. Sesetengah orang menjalankan kerja memungut, mengangkat dan memindahkan sesuatu dari satu tempat ke satu tempat lain. Untuk mencegah sakit pinggang, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada membongkok. Bengkokkanlah lutut kita, lalu angkatlah benda tersebut sedekat mungkin ke ara tubuh. Cuba dapatkan bantuan rakan-rakan sekiranya benda tersebut agak berat.

Panduan keempat adalah posisi memandu kenderaan. Sewaktu memandu, cubalah bersandar sepenuhnya, dan jika perlu, tambahkan lapik atau bantal pada tempat bersandar. Ubahsuaikan kedudukan kerusi pemandu sehingga kaki kita dapat memijak pedal dengan selesa. Untuk perjalanan jauh, luangkanlah masa untuk berhenti dan berehat sekejap, mungkin dua atau tiga kali setiap dua jam memandu. Andainya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, bawalah bertenang. Suasana tegang hanya akan memburukkan lagi rasa sakit pinggang.

Panduan kelima adalah posisi tidur. Kedudukan sewaktu tidur juga perlu diambil kira. Tidurlah di atas tilam yang agak padak dan anjal. Jangan tidur di atas tilam yang terlalu lembut kerana ini akan menyakitkan tulang belakang. Jiaka kita suka tidur mengiring, bengkokkanlah lutut ke depan.

Akhir sekali, sebaik-baiknya cubalah amalkan gaya hidup yang aktif. Selalulah berolahraga, meskipun yang ringan tetapi biarlah konsisten, agar otot tetap sihat dan kuat sehingga dapat menahan beban dan tekanan fizikal.