Kecantikan yang Hakiki

Menurut pengalaman saya, yang disebutkan kecantikkan bukan semata-mata penampilan lahiriah, seperti bentuk wajah yang cantik, tubuh yang menggiurkan, ataupun pakaian dan dandanan yang sempurna. Mempunyai wang yang banyak memang dapat membantu mencipta gaya hidup serta citarasa yang memberikan kesan mempesona, cantik atau mengkagumkan. Sebaliknya, wang yang banyak juga dapat mencipta gaya hidup cara lama. Seringkali mereka yang hidup dalam serba kekurangan, mempunyai masalah wang, dapat mencitapkan gaya hidup dan citarasa yang sebaliknya, sehingga memberi kesan yang cantik, menyenangkan dan mempersona.

 

Kecantikan yang hakiki berkaitan masalah citarasa dan gaya hidup. Walaupun kita menggunakan krim yang bermutu pada wajah atau menelan bermacam pil atau jamu awet muda, tidak sekalipun kita merasa dihargai, dikagumi atau dicintai, maka yang timbul pada seluruh penampilan kita hanyalah kelesuan. Untuk dicintai, disayangi dan dikagumi tentu kita harus memiliki sesuatu, antara lain adalah bersifat peramah, menciptakan suasana yang menyegarkan, penampilan lahiriah yang menyenangkan dan cintai diri sendiri.

 

Usahalah agar suasana di sekitar anda menimbulkan kesegaran. Bukan hanya untuk orang lain, tetapi jug untuk diri sendiri. Apabila kita sendiri merasakan kesegaran dan kemesraan, dengan sendirinya orang lain akan merasakannya juga. Hal ini penting dalam kehidupan kita. Cubalah berusaha mencai tempat di mana anda dapat merasakan kesesuaian itu. Dalam keadaan serupa ini kita akan rasa bersih dan menikmati ketenangan. Walaupun bilik anda kecil, hiaskan bilik itu sebaik mungkin. Pernah pada suatu masa, saya menulis di salah sebuah bilik. Dalam bilik yang sama, saya menyimpan perabut dan barang-barang keperluan lainnya. Ketika itu saya tidak mempunyai meja kerja yang khusus. Saya duduk d atas bangku kecil. Saya tempatkan semacan kerusi dari kayu nangka yang saya buat sendiri. Kerusi ini saya cat dengan warna kuning. Lantai yang sempit saya lapik dengan sepoton gpermaidani kuning pemberian suami. Di dalam bilik sempit ini saya senang sekali. Banyak kemesraan bersama sanak keluarga dan handai taulan wujud di bilik ini. Seringkali, walaupun sendirian, saya bersolek, menyembur minyak wangi pada badan saya dan kemudian mendengar muzik.

 

Sekarang bilik saya, yang disebut rumah, dilengkapi dengan meja tulis yang khusus dan juga kelengkapan lainnya untuk keperluan menulis. Semuanya begitu indah, malahan dapat dikatakan mewah, tapi sesungguhnya kebahagiaan saya sekarang ini tidak berbeza dengan kebahagiaan saya berkarya dalam bilik yang sederhana. Pengalaman ini memperlihatkan bahawa kebahagiaan itu banyak bergantung pada sikap kita melahirkan suasana yang mesra. Sebuah rumah tanpa kesegaran hanya merupakan bangunan yang terdiri daripada batu dan besi yang terlalu sejuk.

 

Selain itu, usahakan penampilan lahiriah yang menyenangkan. Keramahan tanpa penampilan lahiriah uang menyenangkan akan mendapat belas kasihan ataupun simpati, tetepi bukan pujian. Malahan penampilan ini mungkin merupakan penghalang wanita untuk mencapai tujuannya. Wanita atau lelaki bukan hanya mengharapkan kasih sayang, tetapi juga pujian. Kita ingin disayang, dicintai dan dikagumi sebagai seorang yang menarik, ini apabila kita jujur pada diri sendiri.

 

Ramai wanita yang peramah dan baik hati, tetapi penampila mereka begitu menonjol, kadangkala lalai. Mereka tidak peduli pada penampilan diri dan bersikap semasa bodoh. Tidak mungkin wanita dikagumi sepenuhnya apabila dia tidak peduli pada penampilan lahirahnya. Kerana itu, wanita perlu memelihara dan memberi perhatian pada kecantian sebagimana dia memelihara kesempurnaan jiwanya serta hal-hal lain yang berkaitan dengan kehidupan seorang wanita, baik sebagai ibu, kekasih dan isteri.

 

Saya  mengenali ramai wanita. Ketika pertama kali berkenalan, mereka nampaknya tidak peduli pada soal kecantikkan. Malahan mengata bahawa dia tidak suka bersolek, dia paling benci pada model-model yang aneh, dia lebih suka pada semua yang sederhana. Tetapi selesai kami berbincang, lebih saling mengenali dan saya mencadangkan beberapa cara bersoleh dan berpakaian, mereka nampak mempunyai minat yang besar. Kini mereka gemar bersolek dan nampak lebih menaraik daripada masa lalu. Mereka sendiri memberitahu bahawa setelah selalu bersolek, mereka rasa lebih senang dan lebih bahagia. Memang, apabila itu selalu bersolek, ada kemungkinan ia berasa cantik, dan wanita yang berasa cantik akan lebih ramah terhadap rakan-rakannya. Menghias diri merupakan kainginan yang ada pada seorang wanita. Bukan hanya untuk orang lain, tetepi khas untuk kesempurnaan diri sendiri.