Kepentingan Air untuk Kesihatan

Sebagaimana yang diketahui, air membentuk dua pertiga daripada berat badan, 83 peratus daripada darah, 75 peratus daripada otot dan 85 peratus daripada otak adalah air bahkan 22 peratus daripada berat tulang adalah air. Air merupakan satu daripada enam kumpulan zat makanan dan air sangat penting untuk tubuh lebih daripada yang lain. Buktinya, kita dapat bertahan hidup untuk beberapa minggu tanpa amakanan, tetapi Cuma dapat bertahan untuk beberapa hari jika tidak ada air. Dalam keadaan bagaimanapun, biasanya kita lebih berupaya menahan kelaparan daripada kehausan. Secara amnya, kita mendapatkan air daripada tiga sumber utama, iaitu makanan, minuman dan metabolisme dalam tubuh.

Hampir kesemua makanan yang kita ambil mengandungi air kecuali beberapa jenis makanan sepert lemak, minyak masak dan makanan kering. Buah-buahan dan sayur-sayuran mengandungi antara 90 peratus hingga 95 peratus air, selebihnya serat, vitamin dan mineral. Ikan dan daging mengandungi 50 peratus hingga 65 peratus air, 90 peratus daripada berat susu yang kita minum terdiri daripada berat air.

Apakah jenis minuman yang kita minum dalam dua tiga hari yang lalu semasa sarapan pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam? Kebanyakan minman kita adalah the, kopi, minuman ringan. Tidak ramai orang yang minum air masak dengan secukupnya. Teh dan kopi memang menyegarkan kerana ia mengandungi kafein yang dapat merangsang pusat saraf kita dan apabila dicampurkan susu dan gula, ia juga memberi tenaga. Minuman teh dan kopi sangat sedikit khasiatnya. Sebaliknya, pengambilan kopi dan teh yang berlebihan dan berterusan adalah tidak baik untuk kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan ketagihan dan punca tekanan. Teh dan kopi herba pula tidak mempunyai kesan seperti itu kerana tidak mengandungi kafein.

Sebernanya, minuman ringan seperti lemonad dan sirap terdiri daripada perasa pemanis atau bergas karbonat agar rasanya sedap dan menyegarkan. Tetapi minuman jenis ini memerlukan belanja yang lebih, dan di samping itu, juga mungkin menjadi punca pengambilan gula yang berlebihan. Oleh itu, lebih baik dan menguntungkan jika minuman ringan tersebut diambil daripada jus buah-buahan segar yang diperah sendiri. Walaubagaimanpun, air minuman yang terbaik untuk kita ialah air masak.

Kuantiti air yang perlu diminum dalam kehidupan sehari-hari mungkin banyak bergantung pada individu, keadaan cuaca dan sebagainya. Kebanyakan kita cuma minum apabila terasa haus. Sebenarnya, rasa haus bukanlah pengukur yang tepat terhadap keperluan air tubuh. Seseorang yang sihat dan dalam keadaan cuaca yang biasa, perlu minum antara enam gelas hingga lapan gelas sehari. Air perlu lebih; banyak diminum jika seseorang itu banyak berpeluh akibat bersukan atau terdedah pada cuaca panas. Jika difikirkan sekali lalu memang agak sukar untuk meminum air sebanyak itu sekaligus. Tetapi pengambilannya boleh diatur dan dibahagi-bahagikan dalam jangka waktu dan pagi hingga malam. Air yang paling baik ialah air masak.

Dalam tubuh kita, glukosa dibbakar untuk mendapatkan tenaga. Hasil sampingannya ialah karbon dioksida dna wap air kurang daripada separuh air dikeluarkan melalui paru-paru tetapi separuh lagi akan tinggal tetap dalam badan sebagai sumber utama air untuk tubuh. Tubuh kita mempunyai makanisme sendiri untuk mengatur keluar masuknya air supaya kandungan air dalam tubuh sentiasa seimbang. Air dikeluarkan daripada tubuh kita dengan beberapa cara. Antaranya adalah melalui buah pinggang sebagai air seni, melalui kulit sebagai peluh, melalui paru-paru sebagai wap semasa pernafasan dan juga keluar bersama dengan najis.

Air yang keluar bersama-sama dengan najis tidak begitu ketara banyaknya dan hanyalah lebihan daripada air yan tidak terserap dan cukup untuk membuatkan najis mudah untuk dikeluarkan. Biasanya kuanti air masuk dan air keluar adalah seimbang agar kita tidak kekurangan air atau kelebihan air. Keseimbangan pengambilan dan pembuangan air dalam tubuh. Didapati jumlah air yang diminum adalah sama dengan air yang dikeluarkan melalui buah pinggang. Keadaan ini agak mudah disukat dan ia menjadi asas untuk carta imbangan cecair di wad hospital. Carta ini berguna sebagai panduan utnuk mengetahui secara kasar ufngsi buah pinggang. Dalam kes seperti disentri atau cirit-birit, air yang hilang melalui najis sangat banyak menyebankan pengahidratan dan boleh juga mengakibatkan kematian kecuali langkah-langkah penghidratan semula dilakukan dengan segara.

Air memainkan fungsinya dalam pelbagai cara dalam tubuh. Air merupakan medium dalam badan. Kira-kira 83 peratus daripada darah merupakan aliran air. Darah terdiri daripada serum, iaitu medium pengangkutan pelbagai zat makanan ke semua sel dalam tubuh dan sebagai medium pengangkutan bahan-bahan hasil metabolism yang tidak berguna dan sel tersebut untuk dibuang keluar tubuh. Penimbunan atau pengumpulan racun atau hasil metabolisme dalam tubuh akan menambahkan pelbagai keadaan yang tidak menyenangkan atau penyakit.

Air juga berguna sebagai pelincir organ tubuh agar senang berfungsi dan bergerak di antara satu dengan yang lain tanpa berlakunya pengeseran yang mengakibatkan keadaan kesat. Permukaan luar boleh mata dilapis air. Tanpa air ini, permukaan akan menjadi kering yang mungkin mengakibatkan terjadinya inflamasi dan akhirnya mungkin menyebabkan kabur dan buta. Air mata, di samping sebagai pelindung dan pencuci kotoran, juga berfungsi untuk meratakan permukaan kornea sehingga dapat memperjelas penglihatan. Dalam setiap sendi pada tubuh kita, terdapat cairan yang bertindak sebagai pelincir dan pelindung agar tulang tidak saling bergesel secara kasar. Kekurangan air ini akan menyebabkan tulang di seendi bergeseran sesame sendiri dan menjadi haus. Akibatnya, kita akan mengalami penyakit sendi.

Selain itu, air berfungsi sebagai pelembap. Seluruh permukaan jaringan paru-paru, iaitu kira-kira  70mm selalu berada dalm kadaan basah. Tanpa air yang membasahi kantung udara yang berjumlah 300 jut ini, maka oksigen tidak akan dapat menembusi dinding pampam untuk masuk ke dalam kapilari darah. Karbon dioksida pula tidak dapat keluar dan kapilari darah itu untuk dibuang. Air pelembap ini juga membuatkan paru-paru menjadi lentur sehingga dapat mengembang dan mengempis dalam proses pernafasan.