Keyakinan Diri yang Mempersonakan

Seorang wanita yang menjalan kaki menjadi tumpuan kalangan ramai. Hal ini kerana dia mempunyai keyakinan diri yang mempersonakan. Caranya berjalan, berbicara, berpakaian lengkap dan bersolek amat sempurna. Penampilannya begitu menyakinkan dan ramah. Tapi, tahukah anda bahawa sebenarnya wanita ini sama seperti wanita lain, sering dilanda rasa cemas, keraguan, tidak yakin pada diri sendiri, dan kadang-kadang gugup dan takut.

 

Kelebihan wanita di atas adalah kemahuannya untuk belajar dan usahanya untuk menghapuskan semua perasaan yang merugikan. Dia belajar bagaimana berpakaian serta bersolek yang baik. Dia menyedari bahawa sikap berdiri dengan tubuh bongkok memberi kesan tidak bertulang punggung. Begitu juga cita-cita yang berlebihan, persaingan yang tidak sihat memberi kesan bahawa dia adalah wanita yang keras.

 

Wanita yang kita kagumi tadi telah melalui jalan yang sukar untuk melengkapkan dirinya. Hasilnya memang menakjubkan. Nampak ketenangan, kedewwasaan, kematangan jiwa, dan kesesuaian menghias diri. Kita tidak harus menempuh jalan yang sukar kerana kita jaga dapat belajar dari pengalaman orang lain. Melihat pada kesalahan orang lain akan jauh lebih baik daripada belajar dari pengalaman buruk sendiri. Semoga pendapat yang saya kemukakan mengandungi sesuatu yang bermanfaat.

 

Saya telah berbicang dengan wanita-wanita yang saya kagumi. Dari mereka saya tahu bahawa jalan kehidupan mereka tidaklah mudah. Ada dari mereka yang mempunyai pengalaman pahit, merasa susah, dan mengalami kekecewaan. Namun semua itu tidak membuat mereka menjadi manusia yang berdiam diri. Saya sendiri sering mengalami sesuatu yang nampaknya tidak menyenangkan tetepi memberikan kekuatan pada saya, asalkan kita tahu bagaimana membuat keadaan yang buruk menjadi sebaliknya.

 

Seringkali terdengar ucapan, ‘’ Tentu saja dia tidak dapat merawat diri…, tentu saja dia kelihatan tua walaupun sebenarnya dia masih muda…, soalnya dia banyak menderita.’’ Sesungguhnya ada sesuatu penderitaan yang membuat wanita menjadi cantik, lembut, tetepi tabah. Pengalaman batin dapat membuat seseorang menjadi lebih bersifat manusia. Ini pula yang membuat jiwa menjadi matang yang akhirnya menimbulkan keanggunan, membangkitkan rasa terpesona.

 

Saya berpendapat, merupakan usaha yang besar dan tidak mudah untuk sepenuhnya menjadi wanita yang mempunyai keseimbangan, kerana wanita diharapkan menjadi isteri, ibu yang baik, di samping kekasih yang menawan, lembut dan menarik. Malahan darinya pula diharapkan agar dapat dijadikan tempat menampung suka-duka keluarga, suami dan anak-analnya. Selain itu diharapkan pula agar dia setiap saat dapat menjaga kebersihhan rumah,, mengatur perbelanjaan dengan baik, menjaga rumahtangga dn masih banyak perkerjaan di rumah yang tidak pernah selesai.

 

Apabila dia mempunyai karier akan timbul masalah yang lain lagi. Dia harus pandai-pandai membahagi waktu. Apabila seorang wanita tanpa karier laai dalam rumahtangga, maka yang disalahkan dan dicemuh adaalh wanita itu sendiri. Malahan kemungkinan besar yang disalahkan adalah suaminya yang tidak cukup memberikan perhatian terhadap isterinya. Sedangkan wanita karier yang kebetulan tidak menyedidakan makan pagi yang enak, oleh itu bukan hanya wanita itu yang disalahkan, tetapi juga kariernya, bahawa sebenarnya wanita itu terlalu mementingkan kariernya.

 

Saya sesekali merenungkan tentang kehidupan wanita di abad yang lalu. Ketika itu belum ramai wanita menuntut untuk mengembangkan bakatnya. Sekarang banyak kesempatan bagi wanita untuk maju. Inikah yang membuat wanita menghadapi berbagai-bagai masalah? Saya tidak ingin memanjangkan masalah ini. Yang jelas kita tidak hidup di abad yang lalu.

 

Seringkali saya juga merasa kagum pada wanita-wanita yang kelihatan tidak mempunyai masalah, selain mengurus anak dan suami. Sebaliknya saya juga menerima banyak surat dari merka yang pernah membaca penulisan saya. Umumnua mereka menyampaikan rasa kagum pada diri saya sebagai wanita yang Berjaya dalam karier. Bahkan banyak juga yang secara langsung menyatakan, ‘’Saya kagum pada anda. Cuba kalau saya dapat menulisi seperti anda’’. Saya pun sering mendengar, menerima surat, dari wanita yang merasa bosan kerana merasa terkongkong dalam kehidupan berumahtangga. Mungkin kerana hidup mereka hanyalah memasak, menguruskan anak-anak, pewaris, mendampingi suami dan menunggu suami pulang dari pejabat.

 

Sebaliknya saya pun banyak berbincang dengan wanita yang nampaknya Berjaya dalam karier. Mereka adalah teman-teman rapat yang saya suka memerhatikan, apabila mereka tidak mempunyai karier maka halangan-halangan yang sesekali hadir mungkin tidak menjadi masalah pada diri mereka. Kemudian saya pun terfikir…, kalau saya bukan penulis maka kehidupan saya mungkin lebih tenang lagi. Andaikata saya bukan penulis yang dikenali ramai maka saya tidak akan selalu ditampilkan.

 

Seorang penulis dan pencipta model yang berjaya mengatakan, bahawa wanita akan menderiat apabila dia tidak mempunyai pilihan lain, selain bersama suami kerana dia tidak pandai mengurus dirinya sendiri. Dia semata-mata bersama suaminya kerana dia sangat bergantung kepada lelaki ini, yang memberi nafkah, makan dan minum padanya.

 

Memang, sering juga saya berjumpa dengan wania yang menceritakan bahawa mereka sebenarnya sudah tidak mencintai suaminya lagi. Namun mereka masih tetap menjadi isteri, semata-mata kerana inginkan kesenangan, ataupun kerana anak-anak. Telah dijelaskan bahawa perkahwinan adalah ikatan lahir batin antara dua manusia. Kerana itu kehadiran kita sebagai isteri, bukan semata-mata menyerahkan diri dan menumpang makan serta minum pada suami. Tugas suami dan isteri sudah ditentukan, sebagai ketua keluarga dan pembantu. Memang kalau kita berpegang pada prinsip agama, maka tidak perlulah wanita merasa hampa apabila kehadirannya di dunia semata-mata sebagai isteri, ibu dan wanita yang mengurus rumahtangga. Sesungguhnya, saya luahkan, bahawa tidak ada tugas mahupun karier yang lebih indah dan bererti, juga mulia bagi wanita daripada menjadi isteri dan ibu yang baik.

 

Tiap orang harus memiliki keperibadian, atau cara hidup. Jangan sampai kehadirannya dalam keluarga hanya sebagai wanita yang menumpang makan dan minum pada suami. Harga diri seorang isteri banyak bergantung pada penghargaan suami. Begitu pula sebagai wanita, kita harus berusaha jangan sampai wanita dihargai semata-mata kerana dia adalah isteri orang ini, ataupun isteri pegawai itu. Dia dihargai, dicintai, kerana dia adalah dirinya sendiri, peribadi yang menyenangkan serta mempunyai kemampuan dan harga diri. Hal ini tidak harus dipunyai oleh wanita kerana dia mempunyai karier di luar rumah