Mengetahui Bentuk Tubuh Sendiri

Penting sekali bagi wanita untuk mengetahui bentuk tubuh sendiri. Masing-masing orang mempunyai bentuk badan yang berbeza. Kaki, lengan dan leher, serta anggota tubuh lainnya tidak sama pada setiap orang. Tetapi secara keseluruhan, bentuk tubuh boleh dibahagikan sebagai berikut:

  1. Bentuk tubuh tinggi dengan tulang-tulang kecil serta kaki dan lengan yang panjang

Apabila anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini, hendaklah anda menjaganya agar tidak kelihatan kurus. Tulang-tulang anda kecil, lengan dan kaki anda panjang, jadi sekiranya anda kurus, anda akan kelihatan terlalu tinggi sekali. Mungkin bentuk tubuh anda akan menjadi galah yang panjang. Walaupun demikian anda sangan beruntung kerana tidak perlu sangat menjaga makanan seperti  lazimnya orang-orang yang gemuk. Jika anda dapat menjaga bentuk tubuh anda, anda dapat disebut sebagai seorang yang bertubuh tinggi lampai.

  1. Bentuk tubuh tinggi dengan tulang-tulang besar serta lengan dan kaki yang panjang

Anda tidak boleh menjadi terlalu gemuk. Tulang-tulang yang besar serta lengan dan kaki yang panjang, apabila dilapisi daging atau lemak yang berlebihan, akan membuatkan tubuh anda kelihatan membesar. Tubuh seperti ini lazimnya disebut gemuk tinggi.

  1. Bentuk tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek; dengan tulang-tulang yang kecil

Walaupun berat badan naik, hal ini tidak akan terlalu kelihatan kerana tulang-tulang yang kecil. Tetapi tidak bererti anda tidak perlu mengawal cara makan yang baik.

  1. Bentuk tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek; dengan tulang-tulang besar

Di sini anda harus mengawal berat badan anda kerana sedikit saja berat badan anda bertambah, anda akan kelihatan gemuk.

  1. Bentuk tubuh pendek dengan tulang yang kecil

Walaupun tulang-tulang anda kecil, anda sebaiknya menjaga agar berat badan anda stabil, sebab sedikit saja berat badan anda bertambah, anda akan kelihatan berbadan pendek, gemuk, ataupun bulat.

  1. Bentuk tubuh pendek dengan tulang yang besar

Mereka yang bertubuh pendek dengan tulang kecil atau besar, hendaknya selalu mengawal berat badannya. Berat badan bertambah satu kilogram saja akan kelihatan dengan jelas. Apabila anda dapat menjaga berat badan anda, anda akan disebut sebagai seorang yang berbadan kecil molek. Pendek dan gemuk tidak banyak berbeza dengan gemuk besar. Potongan rambut yang paling sesuai adalah sama di paras dagu.

 

Pada zaman ini bentuk tubuh yang elok dan cantik adalah yang ‘langsing’, tetapi ‘langsing’ tidak bererti ‘kurus’. Tubuh badan yang langsing menjadi perhatian masyarakat sekarang, sehingga ramai wanita yang berusaha untuk menjadi langsing. Hal ini juga disebabkan oleh pengaruh fesyen.

 

Mereka yang terlalu kurus sebenarnya mengalaimi penyakit yang disebut Anorexia Nervosa. Mereka menderita pertentangan batin dalam kehidupan seksual dan social. Namun saya tidak akan memanjangkan perbincangan mengenai penyakit tersebut kerana itu adalah masalah perbincangan mengenai penyakit tersebut kerana itu adalah masalah perubatan.

 

Saya juga mencadangkan mereka yang terlalu kurus untuk berjumpa doktor. Minum susu, makan vitamin, seta makan dalam jumlah yang banyak saja, tidak akan menolong mereka menjadi gemuk. Sebaliknya, jangan pula membiarkan masalah kurus itu hanya dengan menghiburkan diri di depan kaca sambil mengatakan, “Bukankah kurus itu merupakan gaya yang tak kunjung habis?”

 

Saya telah banyak mengadakan perbincangan dengan wanita mahupun lelaki. Umumnya mereka berpendapat bahawa lebih baik jika lelaki ataupun wannita mempunyai badan yang sedikit agak lebih gemuk daripad kurus kering seperti tulang-belulang saja.

 

Seringkali saya berjumpa wanita-wanita yang sudah menjadi korban gaya dan citarasa. Dari belakang mereka nampaknya begitu berfesyen, tetapi sewaktu melihat betisnya, tak ubah seperti sebatang lidi. Wajah serta pancaran sinar mata mereka seperti dalam keadaan menderita. Mata cengkung ke dalam, pii kempis, leher kaku, tubuh kecil, buah dada leper seperti papan. Seorang suami atau teman lelaki akan lebih suka pada wanita yang agak gemuk daripada yang kurus kering, walaupun wanita kurus kering itu tergolong wanita yang selalu mengikuti peredaran. Ramai lelaki berpendapat bahawa kurus hanya sesuai untuk seorang peragawati, yang profesion benar-benar mempamerkan pakaian.

 

Apabila tubuh anda kurus kerana menjadi korban citarasa, anda sendirilah yang dapat mengubahnya. Begitu pula apabila badan menjadi kurus sekali kerana selalu susah hati, hanya andalah yang dapat mengatasinya. Namum apabila anda terlampau kurus kerana menderita konflik batin, sebaik-baiknya anda hendaklah mendapatkan pertolongan seorang doktor atau psikologi.

 

Yang harus anda perhatikan adalah makan dengan jumlah secukupnya dan tidak memakan makanan yang mengandungi banyak lemak. Salah satu akibat dari

makanana berlemak adalah boleh menimbulkan jerawat. Makanan yang baik adalah makanan yang banyak mengandungi gizi seperti protin yang terdapat dalam sayuran, daging yang tak berlemak, serta buah-buahan yang segar. Aaaah…, anda sungguh berselera. Bayangkan, betapa nikmatnya makanan yang lazat-lazat itu.

 

Saya mempunyai beberapa kenalan yang berbadan kurus. Adakalanya mereka menjadikan kita merasa kesal, sebab apapun yang kita sajikan mereka hanya ambil sedikit saja. Mereka Cuma mengambil dua, tiga sendok nasi saja, sepotong daging, sayur, kemudian berhenti. Setelah kurus, cara makan seperti itu sungguh-sungguh membosankan! Beberapa kenalan lelaki saya mengeluh dan merasa sedih kerana isteri mereka sama sekali tidak mempunyai nafsu makan. Dengan sendirinya kemesraan akan hilang, apalagi kehangatan.