Menjauhilah Perosak Kecantikan

Tubuh seorang wanita yang terpelihara baik bukan saja menampakkan keindahan, tetapi juga disiplin, citarasa dan gaya hidup. Misalnya berat anda naik lebih dari 10 kg, hendaklah anda pergi berjumpa doktor untuk bertanyakan apa yang sepatutny anda lakukan. Jangan kurangkan makan secara tidak tentu saja atau melakukan gerak badan tanpa memeriksa diri terlebih dahulu.

 

Bila anda merasa terlalu gemuk kerana terlalu banyak makan, cubalah bertanya pada diri sendiri, apa yang menyebabkan anda makan terlalu banyak. Apakah kerana anda selalu menginginkan sesuatu untuk makan? Ataukah kerana anda terlalu terdorong untuk makan tanpa tahu apa sebabnya? Mungkin latar belakang ddari kebiasaan ini adalah kerana kesepian. Mengapa anda tidak mencari jalan keluar yang lebih baik kalau anda tahu puncanya? Anda harus mengetahui sendiri apa yang menjadi latar belakang kebiasaan buruk itu dan yakinlah bahawa anda dapat menghilangkan kebiasaan buruk tersebut bila anda ingin melakukannya.

 

Kalau anda mahu kurangkan makan, anda boleh mengharapkan pada suatu saat dapat mengenakan pakaian dengan fesyen yang sebelumnya tidak pernah dipakai kerana tubuh anda terlalu gemuk. Bayangkanlah, pada saat ini anda bertubuh langsing dan mengenakan pakaian yang amat anda hajati tersebut. Jadi, bila anda melihat kek yang sedap atau ais krim kesayangan, cepat katakana pada diri sendiri, ‘’Aku ingin langsing seperti yang kubayangkan tadi!’’ Hindarilah dari makanan-makanan itu. Kalau anda tidak dapat menahan diri, rasailah sedikit dan letakkan sendok kemudian katakan pada diri sendiri bahawa anda pantang dengan semua makanan yang manis-manis. Hasilnya akan sangat menakjubkan. Anda dikagumi oleh ana-anak, suami dan teman-teman. Ada juga dapat mengenakan fesyen pakaian yang selama ini hanya ada dalam bayangan saja. Di samping itu, berat badan yang berlebihan tidak baik untuk tekanan darah dan jantung.

 

Ramai orang yang dapat menahan diri dan akhirnya mereka menikmati hasilnya. Bila orang lain dapat melakukannya, mengapa anda tidak? Memang tidak mudah, tetapi anda pasti ddapat melakukannya. Yang penting anda mempunyai tekad. Katakana pada diri sendiri, ‘’Kalau orang lain boleh, mengapa saya tidak?’’

 

Seringkali kita berjumpa orang-orang yang kerana ingin menurunkan berat badannya, hanya makan satu kali saja sehari. Kerana terlalu menahan diri dengan makan hanya satu kali, maka kesempatan itu mereka gunakan untuk makan secara berlebih-lebihan. Tidak baik bila and mengabaikan makan pagi. Ini boleh diterima akal kerana kebanyakan kita bekerja pada waktu pagi. Pada masa ini kita memerlukan banyak tenaga untuk berfikir atau melakukan pekerjaan fizikal. Menurut satu kajian, kanak-kanak yang tidak makan di waktu pagi menjadi lembab dan tidak dapat menerima pelajaran di sekolah dengan baik.

 

Saya mempunyai beberapa kenalan dan sanak saudara yang berbadan gemuk. Mereka sering mengatakan bahawa mereka cuma makan satu kali saja sehari, tetapi hairan tetap gemul! Memang benar mereka hanya makan sekali saja sehari, tapi sekali makan empat piring nasi, belum lagi lauk-pauk dan gorengan lainnya. Rasa lapar yang ditahan-tahan seharian tersebut dilepaskan.

 

Ada juga orang yang menganggap makan bukan lagi semata-mata agar dapat hidup, melainkan menjadikannya sebagai tujuan utamanya. Kerana itu soal makanan saja dapat menjadikan mereka marah sekali. Di meja makan mereka dapat ‘naik darah’ hanya kerana sayur sawi kurang masin misalnya. Masih banyak lagi cerewet lainnya mengenai makanan.

 

Ada juga orang yang sarapan pada pukul lapan pagi, kemudian pukul sepuluh minum kopi sambil makan pisang goreng atau makan kuih. Pukul satu makan tengahari, kemudian minum ais krim pada pukul tiga, pukul lima petang minum teh sambil makan biskut. Pada lapan malam makan lagi, diteruskan dengan minum the dan makan kuih-muih pada pukul sepuluh, dan seterusnya hanya dengan makan.

 

Ketika menonton TV tangan tidak berhenti-henti mencapai pisang goreng, biskut atau makanan ringan lainnya. Melihat hal seperti itu, saya teringat pada jutaan manusia yang masih ditimpa kelaparan. Sebagai contoh, saudara-saudara kita yang tinggal di Ethiopia, di satu bahagian dunia orang menderita kelaparan, sementara di bahagian duna yang lain orang makan sekenyang-kenyangnya hingga perut-perut melendut ke pinggang, kanan dan kiri, atas dan bawah kerana terlalu kenyang.

 

Makan tak henti-henti akan membuat seseorang tidak lagi nampak menarik. Kerana itu untuk mempertahankan berat badan yang ideal, makanlah secukupnya saja dan banyaklah bergerak; bukan makan sebanyak-banyakya kemudian bergerak sedikit sahaja.

 

Makanan menang berkaitann rapat dengan kehidupan. Citarasa dan gaya hidup kita banyak sekali terpancar melalu cara kita makan. Selalu ada orang yang tidak akan membiarkan begitu saja jualan mee goreng, berlalu di depan rumahnya. Sebentar kemudian air cendol, rojak, gado-gado dan masih banyak jualan lainnya. Halaman rumah seolah-olah telah menjadi tempat gerai menjual makanan. Saya juga suka gelojoh, namun tidak menjadikan sebagai gaya hidup tapi sebagai sampingan saja.

 

Ada wanita yang apabila anak atau suaminya mahu makan, terus memesan mee di gerai. Mengapa demikian? Cara dan gaya hiduplah yang menjadi penyebab. Dia suka berjam-jam main daun terup, kadangkala sendiran saja untuk sekadar menilik nasih. Bahkan ada yang sampai terlibat dalam permainan judi. Ada juga yang setelah meninggalkan ruman sehari suntuk, lalu makan di tempat tidur. Ada pula yang begitu kotor dan tanpa menggosok gigi terus mengisi mulutnya penuh dengan makanan. Ini benar-benar tidak lucu, sama sekali tidak menarik, bahkan dapat dikatakan pengotor. Sebagai akibatnya, tempat tidur dipenuhi semut. Sungguh tidak menyenangkan bila semut-semut itu kemudian merayap-rayap ke mana-mana di dalam bilik tidur anda atau sampai ke seluruh anggota badan.