Kesihatan dan Perubahan di Kalangan Remaja Gadis

Perubahan-perubahan ketika memasuki alam remaja. Perubahan fizikal yang berlaku supaya anda berubah dari kanak-kanak kepada gadis remaja bergantung kepada perubahan dalam hormone tubuh anda. Perubahan ini berlaku tanpa anda sedri. Perubahan yang pertama berlaku semasa anda berumur lapan tahun.

Kelenjar yang dinamakan kelenjar adrenal mula menghasilkan sejumlah hormon yang bertambah iaitu androgen adrenal. Adrenal juga ialah siri pertama kelenjar yang juga akan berlaku dalam tempuh empat atau lima tahun yang akan dating. Dan begitu ketara dalam tempuh dua tahun sebelum datang haid iaitu sebelum anda baligh. Sifat kelenjar ini juga dikawal oleh kawasan penting bahagian bawah otak anda yang dinamakan hipotalamus. Hipotalamus mengeluarkan hormone yang berjalan tidak jauh ke kelenjar pituitari yang menyebabkan hormone baru tercipta. Mesej hormone yang pertama daripada hipotalamus menyebabkan sel tertentu dalam pituitary mengeluarkan hormone menyebabkan tubuh anda membesar.

Apabila hormone ini masuk ke dalam darah anda bertindak bersama androgen adrenal anda mula menjadi tinggi. Anda mungkin menyedari bahawa ketika anda berumur 10 hingga 13 tahun anda menjadi tinggi dengan tiba-tiba. Mungkin lebih tinggi daripada rakan lelaki anda yang sebaya. Tidak lama selepas hormone pembesaran dikeluarkan, hipotalamus menghantar mesej hormone lagi ke pituitary. Mesej ini dihantar ke sel tertentu dalam pituitary yang menyebabkan hormone yang menggalak ovari. Hormon ini dinamakan hormone gonado trofik. Sebenarnya hormone yang mengeluarkan gonardotrofik telah dihasilkan oleh hipotalamus untuk beberapa tahun. Akan tetapi sehingga sekarang, hanya sejumlah kecil sahaja yang dihasilkan. Apabila anda berumur kira-kira 10 tahun. Perubahna berlaku dan hormone ini dihasilkan oleh hipotalamus dalam pancutan, kira-kira dalam setiap 1 ½ jam. Pancutan dan denyutan nadi adalah faktor penting untuk bermulanya baligh.

Denyutan nadi menggalakkan kelenjar pituitary mengeluarkan hormone gonadotrofik. Terdapat dua jenis hormone. Hormon pertama ialah hormon merangsang folikel kerana ia  merangsang pembesaran, estrogen hormone seks wanita dikeluarkan. Hormon gonadotrofik yang kedua ia lah hormone pelutein. Ia bertindak pada folikel yang membesar dan hormone yang menyebabkan telur dikeluarkan daripadanya setiap bulan. Proses ini dinamakan ovulasi. Lazimnya ovulasi tidak berlaku sehingga dua atau tiga tahun selepas baligh. Estrogen yang dikeluarkan dengan kadar yang bertambah oleh ovary anda mempunyai kesan yang meluas. Ia menukar tubuh anda bersifat keanak-anakan kepada gadis remaja kebanyakkannya disebabkan oleh estrogen. Sebahagian kecil terutama bulu yang tumbuh pada vulva dan ketiak anda disebabkan oleh hormone yang lain yang dinamakan androgen. Androgen dikeluarkan dalam ovary dan kelenjar adrenalnya.

Di samping perubahan yang dapat anda lihat, estraogen bertindak ke atas tisu yang membentuk ruang alat kelamin. Estrogen menjadikan faraj, Rahim dan tiub Fallapio membesar. Dinding faraj anda menjadi tebal dan anda akan dapati bahawa sedikit rembesan dikeluarkan dari faraj anda. Rahim anda membesar dan saraf anda menjadi tebal dan pelapikya terbentuk tiub Fallopio anda menjadi panjang. Semakin lama semakin banyak estrogen yang dirembeskan dan perubahan dari segi bentuk tubuh anda semakin jelas. Kemudian lazimnya ketika berumur 13 tahun, anda telah didatangi haid pertama,

Perubahan fizikal semasa remaja berlaku pada tahap yang berbeza. Pada umur 9-10 tahun, perubahan tubuh berlaku dimana pelviks tulang mula terbentuk. Lemak mula terkumpul pada punggung dan peha. Maka bentuk tubuh bertukar and puting mula tumbuh. Pada umur 10-11 tahun, buah dada mula tumbuh bulu-bulu halus mulai tumbuh jarang pada kulit kemaluan bahagian luar. Pada umur 11-14 tahun pual, buah dada bertambah besar dan berbentuk kon. Bahagian puting menjadi jelas dan kehitam-hitaman. Bahagian alat kelamin dalam bertambah besar Rahim bertambah lembab dan lender keluar. Bulu ari-ari menjadi tebal dan keriting. Apabila sampai umar 13-15 tahun, buah dada menjadi bulat. Puting terbonjol keluar. Punggung menjadi bulat kerana lemak terkumpul. Haid yang pertama datang. Bulu ari-ari kasar tebal dan keriting. Pada umur 16-17 tahun, pembesaran tubuh terhenti anda telah mencapai peringkat dewas. Kedatangan haid teratur.

Dari remaja awal sehingga berumur 16 tahun, gadis tersebut amat memberi perhatian tentang pembesaran tubuh dan wajahnya yang begitu cepat. Dia akan membandingkan perkembangannya dengan orang lain yang sebaya dengannya. Dia amat memberi perhatian apa orang lain tanggaptentang wajahnya. Jika dia tidak suka dengan wajahnya dia akan menjadi muram dan gelisah. Dia suka tidur. Semasa remaja pertengahan, iaitu umur 15 hingga 17 tahun, tarikan seks terhadap lelaki semakin kuat, dia perlu berperilaku sama dengan rakan sebaya ssamalah seperti dia perlu menerima nilai ibu bapanya. Dia akan tersinggung dengan teguran daripada orang dewasa yang dirasakannya tidak adil dan akan tersinggung perasaan jika ibu bapanya tidak mengambil perhatian secara serius terhadap masalah dan kegelisahannya. Kehidupan fantasinya semakin bertambah dan rencam. Imej tubuhnya terus semakin menjadi penting. Dia akan mencuba stail rambut dan persolekan. Dia mula risaukan jerawat. Akhir sekali, dari remaja lewat bermual dari umur 17 tahun, remaja tersebut telah melewati waktu kebingungan. Dia akan mencapai tahap kebebasan yang dibenarkan oleh ibu bapanya. Dia akan mewujudkan perhubungan yang lebih matang. Dia mempunyai idea yang lebih jelas tentang apa yang hendak dlakukan dalam hidupnya. Dia akan berasa risau dan akan perilaku ibu bapanya terutama jika mereka mempunyai perhubungan yang kurang baik, selalu bergaduh dan uat minum.

Muka Segar, Ramai Suka

Tubuh yang cukup mendapat vitamin tidak akan mengalami masalah kulit. Untuk mendapat kesegaran kulit, sayur-sayuran dna buah-buahan amat diperlukan. Buah bukan sahaja enak dan sedap dimakan, tetapi air buah juga perlu untuk menjaga kesegaran kulit. Umpamanya buah epal juga perlu untuk menjaga kesegaran kulit. Umpamanya buah epal ia sesuai untuk digunakan sebagai pembersih kulit. Kulit bersih, muka segar.

Bagaimana membersihkan dan menyegarkan muka dengan buah epal? Caranya buah epal dipotong dan dikisar halus. Selepas itu, tapis and ambil air buah epal sahaja. Sapu sari air buah epal pada muka sehingga kering. Kemudiannya, barulah dibersihkan dengan air biasa. Lakukan sehari sekali. Air buah epal ini dapat mengekalkan kulit sentiasa bersih dan segar.

Selain itu, kulit muka yang kering dan tidak berminyak memberi kesegaran kulit. Jika anda mengalami masalah kuit muka berminyak, anda boleh mencuba menggunkan madu untuk mengeringkan kulit muka. Caranya adalah mengambil satu sudu madu lebah, parut sedikit kunyit basah yang telah dibersihkan. Kedua, bahan-bahan tadi dicampurkan. Setelah itu sapulah pada muka anda yang berminyak. Biarkan selama 20 minit setelah itu barulah anda cuci muka anda dengan air bersih.

Kelembapan kulit muka harus dijaga untuk mendapatkan wajah yang berseri dan menawan. Selain dari pelembab yang dijual di kedai-kedai kosmetik, anda juga boleh gunakan bahan-bahan asli untuk melembabkan muka anda. Bahan yang dimaksudkan itu ialah mentimun yang boleh dijadikan pelembab yang sesuai untuk semua kulit dan peringkat umur.

Cara mengguna mentimun sebagai pelembab amat mudah. Sediakan sebiji mentimun, buangkulitnya, selepas itu potong-potong halus, kemudian ramas sehingga berair. Air mentimum tersebut sapukan pada muka anda, biar selama 20 minit, selepas itu cucilakh muka anda dengan air bersih dan keringkan dengan tuala yang bersih. Lakukan rawatan ini tiga kali seminggu. Selain daripada itu, mentimum yang dikisar dan dibubuh sedikit gula boleh dijadikan minuman untuk menurunkan berat badan anda dna boleh juga untuk menghilangkan panas badan. Mentimun yang dijadikan ulam boleh juga merawat sakit darah tinggi dengan makan beberapa hiris mentimun setiap kali anda makan nasi. Banyak kelebihan mentimum.

Jika muka anda kering kerana kekurangan minyak atau terlalu terdedah kepada pendingin udara, anda boleh gunakan air kelapa tua untuk menjadi pelembab muka anda. Caranya adalah bersihkan muka anda terlebih dahulu, selepas itu cuculah pula dengan air kelapa tua, biarkan air itu melekat selama lima belas minit barulah anda cuci muka anda dengan air sejuk. Lakukan sekali setiap kali lepas anda mandi.

Jika anda tidak bermaya dan muka anda kelihatan pucat dan lesu, anda boleh tambahkan tenaga dan selera makan anda denga mencuba petua tradisional ini. Pertama, ambil sepotong lempuyang sebesar ibu jari tangan, kunyit juga sebesar ibu jari tangan. Bahan-bahan ini dibersihkan. Setelah itu ditumbuk halus dan campurkan dengan sedikit air. Campuran ini dibahagikan kepada dua bahagia. Sebahagian darinya dicampur dengan madu lebah dan kuning telur ayam kampong, minumlah ramuan tersebut. Lakukan seminggu sekali, anda akan terasa perubahan pada diri anda. Kedua, ambil segenggam daun inai dan ditumbukkan sehingga halus. Selepas itu gentel kecil-kecil lebih kurang seperti kepala mancis, massukkan ke dalam peti sejuk. Bila sudah sejuk, makanlah sebiji sehari selepas minum pagi. Makanlah sehingga anda memperolehi hasilnya.

Masalah emosi dan persekitaran yang tidak sihat boleh menjejaskan kesegaran muka juga. Masalah emosi dan persekitaran yang tidak sihat menjadikan suhu badan anda turun naik, kadang-kadang anda mungkin kelihatan letih lesu, masalah ini boleh anda atasi dengan mengamalkan minum air kelapa muda setengah gelas kacau dengan sebiji telur ayam kampong, minumlah pada tengahari. Harap-harap badan dan muka anda akan segar semula.

Cantik, Tetapi Tidak Menarik

Sebenarnya lelaki atau wanita yang bagaimankah yang dikatakan menarik? Kita mempunyai ukuran dan pandangan masing-masing mengenai sesuatu yang cantik. Menurut saya, setiap orang mempunyai selera tersendiri mengenai kecantikan. Siapa pun akan merasa senang dan tertarik pada peribadi yang menarik, tetapi ada juga orang yang cantik atau kacak tetapi tidak menarik.

 

Saya selalu belajar untuk menjadi peribadi yang menarik. Bagaimana caranya? Tidak mungkin kita dapat menjadi menarik apabila hati kita penuh dengan dengki, iri hati atau dendam. Menurut apa yang saya pelajari, supaya terlihat menarik kita mesti mempunyai rasa riang dan hati terbuka, murah senyum, senang bernyanyi-nyanyi, dan tidak selalu merungut serta selalu optimis.

 

Ramai wanita yang bergembira dalam hati, tetapi kegembiraan itu tidak terpancar pada wajah mereka. Mereka selalunya diam, duduk di sudut, sehingga mereka tiddak menarik, walaupun sebenarnya cantik dan hanya mengharapkan segala-galanya pada kecantikan belaka. Mereka merasa dengan paras yang cantik itu akan dapat memuat mereka menjadi menarik. Memang ramai lelaki yang tergila-gila pada wanita yang cantik dan manis, tetapi banyak pula lelaki yang mencari kemesraan dan teman hidup dari wanita dengan wajah dan bentuk tubuh yang sederhana. Seorang wanita cantik, meskipun bentuk tubuhnya menggiurkan dan berdandan secantik mungkin tanpa disertai keperibadian yang elok belum dapat dikatakan sempurna. Tidak ubahnya seperti meja makan yang diatur seindah mungkin, meskipun lengkap dengan bunga dan kelengkapan makanan yang dibuat daripada emas atau perak, tetapi makanan yang disajikan semuanya terasa kurang enak dan tawar.

 

Wanita yang hanya mengharapkan segala sesuatu pada kecantikannya, tatkala kacantikannya pudar akan kehilangan rasa percaya diri, begitu juga mereka yang menggunakannya untuk karier. Oleh kerana itu, banyak aktor dan aktres yang kepopularitinya pudar bersamaan dengan pudarnya kecantikan parasnya, kerana mereka bukan mendasarkan bakat. Bahkan ada juga yang tidak dapat menerima kenyataan ini kemudian mengambil jalan mudah.

 

Apakah kriteria atau ciri-ciri orang yang boleh disebut memiliki sifat riang? Mereka adalah orang-orang yang tidak mudah tersinggung, sekalipun dia seorang perasa. Seorang yang benar-benar perasa, tidak semuanya mudah tersinggung. Apabila sedang berada dalam keadaan yang tidak menyenangkan, maka seseorang yang mempunyai sifat humor akan tersenyum dan melakukan sesuatu agar keadaan itu tidak terasa keburukannya. Bila suatu saat seorang wanita bertemu dengan wanita lain di sebuah pesta secara kebetulan memakai pakaian yang sama, maka wanita yang memiliki rasa humor akan mengatakan ‘’ Memang kami sudah sepakat untuk memakai seragam ini.’’ Hal ini akan membuat suasana menjadi lebih hangat dan tidak menimbulkan rasa malu atau kesal.

 

Memang adakalanya kita merasa kesal. Namum, apakah kita harus tampil dengan wajah muram? Bagaimana kalau di hari itu anda didatangi tetamu? Oleh kerananya ketika bersoleh pandanglah wajah itu baik-baik. Alangkah hodohnya jika bermasam muka. Cubalah tersenyum dan katakana pada diri sendiri…, ‘’Apabila tersenyum engkau cantik!’’ Kemudian mulailah bersolek. Tidak mungkin kita memancarkan kehangatan apabila sedang muram. Ooooh…, saya sering sekali menjadi muram. Kalau sudah begini maka otot-otot wajah menjadi kendor dan in membuat saya hodoh sekali. Oleh kerana saya tidak mahu kelihatan hodoh, saya berusaha untuk menghindari otot-otot wajah yang kendor itu. Saya pun tersenyum di depan cermin dan berfikir tentang yang indah-indah, memakai minyak wangi dan menelefon seseorang yang boleh membuat saya ketawa. Saya selalu mengatakan pada diri sendiri, ‘’Apabila muram, maka saya menjadi hodoh dan tidak memiliki kehangatan lagi. Bukan orang lain yang rugi, tetapi diri saya sendiri. Saya tidak akan memberikan peluang pada siapa pun untuk membuat saya berduka.’’

 

Apa sebenarnya yang membuat seorang wanita itu merasa senang dan bahagia? Tentu saja ada bermacam-macam faktor. Ada yang berbahagia apabila mempunyai banyak wang, perhiasan, atau pakaian-pakaian yang indah dan mahal. Namum, ada satu hal yang lebih bererti lagi bagi kehidupan seorang wanita, iaitu tatkala dia menyedari bahawa dirinya dimanja, dicintai dan disayangi. Untuk dapat dicintai tentu saja harus mempunyai kualiti. Sebagaimana dengan semua pekerjaan dan usaha yang berhasil, kecantikan pun memerlukan disiplin. Setiap ahli kecantikan memberi petunjuk tentang cara memelihara wajah dan tubuh yang baik. Bagi seorang wanita, merawat diri janganlah dilakukan hanya kerana kebetulan saja. Atau setelah berusia di atas lima puluh tahun lantas melalikan kebersihan dan kecantikan, kerana kecantikan bukanlah soal usia. Seringkali wanita yang sudah mencapai usia pertengahan jauh lebih menarik daripada wanita muda belasa tahun, kerana kecantikan wanita yang sudah berumur ini nampak terpelihara, ditambah dengan tingkahlaku yang menyenangkan pula.

 

Pemeliharaan dan tidur amat penting untuk kecantikan. Mereka yang tidurnya tidak teratus akan tidur pada saat-saat yang seharusnya mereka bangun. Tetapi, pembangunan tidak akan dapat berjalan apabila orang yang melaksanakannya mengantuk. Cukup tidur bukan bererti banyak tidur untuk menghindari pekerjaan. Hal itu hanya akan dilakukan oleh seorang pemalas. Memang kurang tidur membuat kita lesu, tetapi banyak tidur akan membuat wajah kelihatan sembab seperti roti yang mekar kerana tercampur ragi. Senyum juga adalah rahsia kecantikan yang sangat mudah dilakukan dan mura harganya, bahkan tidak perlu dibeli. Senyum membuat kerut-kerut pada wajah menjadi nampak riang, juga membuat mata bercahaya. Untuk dapat tersenyum tentunya kita memerlukan kebahagian, kerana memang tidak mudah, apalagi kalau sedang sedih atau kesal. Namum demikian, cubalah tetap tersenyum. Anda pun akan nampak lebih cantik.

Isi Almari Melambangkan Kecantikan dan Cara Hidup

Seringkali wanita dilanda masalah pakaian. Mungkin anda pernah juga mengalami saat-saat di mana anda bingung ketika memilik pakaian apa yang akan dipakai. Ketika hendak pergi ke kampus anda tidak tahu memilih pakaian. Mungkin juga anda pernah terlambat datang ke pejabat kerana sibuk memilih pakaian yang akan dipakai. Atau anda tidak tahu ketika memilih pakaian untuk dipakai makan tengahari bersama keluarga di salah sebuah restoran.

 

Begitulah, seringkali kita dihadapkan pada kebingungan dalam memilih pakaian yang akan kita pakai. Bahkan pernah terjadi salah seorang keluarga terdekat saya membatalkan pergi ke pesta kerana tidak tahu pakaian apa yang harus dipakainya. Padahal dia sebenarnya memiliki dua almari pakaian penuh dengan pakaian dan kain serta kebaya.

 

Seringkali kebingungan yang dialami di atas disebabkan almari pakaian kita tidak dalam keadaan teratur. Susunan almari yang kemas sebenarnya melambangkan juga cara hidup, malahan juga pemikiran kita. Tak ubahnya seperti tempat tinggal kita saja, apabila meletakkan sesuatu di merata tempat, tidak teratur, tidak kemas, akan sukar menjumpainya kembali.

 

Keadaan yang tidak teratur membuat seseorang menjadi bingung, sehingga apapun yang dicarinya, misalnya mancis api, pensil atau pakaian dalam sendiri, akan memakan masa yang cukup lama untuk mendapatannya. Sebelum bertemu benda yang dicari, almari buku, bilik kerja, bilik tidur atau almari pakaian terpaksa digeledah sehingga berselerak, seperti kapal pecah.

 

Adalah baik sekali dalam dua atau tiga kali setahun kita mengadakan penyusunan dalam susunan pakaian. Dengan sendirinya kita mengadakan kebersihan almari tersebut. Pembersihan seta penyusunan bagi susunan pakaian itu mungkin memakan masa beberapa hari. Kerana itu, pilihlah hari di mana anda lapang, sehingga anda tidak perlu melakukannya secara tergesa-gesa. Sesuatu yang dilakukan dengan tergesa-gesa, hasilnya kurang baik.

 

Suatu ketika pernah saya keluarkan semua isi almari pakaian dan saya letakkan di atas tempat tidur. Tiba-tiba suami saya pulang dari pejabat, bayangkan, itu adalah pelajaran agar kita tidak meletakkan atau memindahkan isi almari, walau sementara saja ke atas tempat tidur. Pekerjaan ini sebaiknya dilakukan satu persatu.

 

Umpamanya, anda mulai dengan membersihkan beg. Periksa semua isi beg itu. Hal ini pernah saya alami ketika saya sibuk mencari sehelai kertas penting. Sebulan kemudian baru kertas itu saya temui di dalam beg. Kerana itu, memeriksa kembali isi beg perlu, siap tahu di dalam beg masih ada benda-benda penting yang tertinggal.

 

Beg yang masih dgunakan, setelah dibersihkan, disimpan kembali dan sebaiknya dibalut dengan sarung. Memang, beg-beg yang baik lazimnya dilengkapi dengan pembalut. Bila anda membeli beg, tidak ada salahnya jika anda meminta pembalutnya. Kalau ada, tentu mereka akan memberikannya. Sedangkan beg-beg yang sudah tidak terpaai sebaiknya diberikan kepada mereka yang masih dapat menggunakannya. Tidak perlu anda simpan, kecuali benda itu mengandungi kenangan.

 

Sebaiknya, pemakaian pakaian dan beg disesuaikan. Kerana itu, tempatkan beg pada susunan beg, atau pada bahagian rak almari yang mudah dilihat, sehingga apabila diperlukan, anda tidak terlalu sukar menemuinya. Perlu juga diperhatikan cara terbaik menyimpan beg, agar terindar dari terguris. Untuk mencegah agar beg tidak berubah bentuk, anda masukkan kertas ke dalam beg hingga penuh.

 

Kasut pun perlu diperiksa mana yang masih boleh anda pakai dan mana yang sudah tidak perlu. Seperti halnya menyimpan beg, menyimpan kasut hendaknya di tempat  yang mudah dicapai. Masukkan pula kertas ke dalam kasut agar bentuknya tidak berubah, atau anda boleh beli alat yang digunakan untuk memelihara bentuk kasut. Lazimnya alat ini diperbuat dari kayu atau besi yang kemudian dimasukkan ke dalam kasut. Jika kasut yang anda beli disertai juga dengan kotak, maka simpanlah kasut itu ke dalam kotaknya.

 

Tapak kasut hendaklah selalu diperiksa, jangan sampai tapak yang sudah rosak masih tetap dipakai. Apabila tapaknya sudah nipis, cepat-cepatlah ditampal, sebab jika ditunggu sampai haus sama sekali, membaikinya akan menjadi lebih sukar. Malahan adakalanya tidak dapat diperbaiki lagi.

 

Memang ramai wanita yang malas mengganti begnya, termasuk saya sendiri. Bila sudah menggunakan satu beg, malas rasanya hendak mengeluarkan isi beg tersebut, seperti sikat, lipstik, cermin, bedak dan lain-lain. Kemudian pada keesokan harinya kita tetap menggunakan beg yang sama namum pakaian yang berbeza, sehingga nampak tidak sesuai.

 

Pakaian, kasut, beg dan kelengkapan pakaian lainnya yang tidak pernah anda gunakan tidak perlu disimpan di dalam almari dari tahun ke tahun. Semakin lama, semakin tidak baik apabila ingin anda berikan kepada orang lain. Memang adakalanya kita merasa berat untuk berpisah dengan senua yang telah dibeli dengan harga yang mahal. Padahal pakaian, kasut, serta beg itu sudah terlalu lama dan tidak sesuai lagi untuk kita pakai. Tetapi, jika kita menginginkan almari yang tersusun rapi dan baik, maka tidak ada jalan lain. Jangan biarkan almari dipenuhi benda-benda yang sebenarnya tidak akan perlukan lagi. Bila benda-benda itu masih memenuh almari anda, maka ada kemungkinan suatu masa anda akan memakainya kembali benda-benda yang sudah lama itu, sehingga anda kelihatan tidak menari, bahkan lucu.

 

Bila almari pakaian kita praktis dan rap, dengan sendirinya kehidupan kita akan menjadi lebih teratur, rapid an semakin menyegarkan. Jika almari anda telah tersusun dengan rapi, teratur, maka cubalah pendang sejenak. Nampak manis, bukan? Secara tidak langsung semuanya ini akan mempengaruhi kehidupan anda sehari-hari.

Rambut adalah mahkota wanita

Kecantikan dan keindahan rambut tidak bergantung semata-mata pada potongannya, atau hasil hiasan rambut yang ternama, tetapi pada kesihatan rambut. Kesihatan rambut itu sendiri bergantung pada kesihatan kita secara menyeluruh. Tubuh yang kekurangan vitamin A akan Nampak jelas pada rambutnya yang banyak mengalami keguguran.

 

Penjagaan rambut memainkan peranan penting. Rambut tidak bermulut, jadi tidak dapat menjerit kalau merasa tersiksa. Umpamanya, rambut yang sehari-hari tertutup oleh rambut palsu akan membuat kulit kepala tidak dapat bernafas. Dengan sendirinya hal ini tidak baik bagi pertumbuhan rambut. Selain itu, kulit kepala akan mengeluarkan bau peluh yang kurang menyenangkan.

 

Terlalu banyak menggunakan ubat-ubatan akan menjadikan rambut kering dan mudah gugur. Umpamanya, rambut anda yang dirasakan terlalu kering, anda luruskan menggunakan ubat pelurus rambut. Setelah itu rambut disembur dengan penyembur rambut bahkan ada yang menyemburnya terlalu banyak sehingga rambut nampak seperti lidi penyapu.

 

Memerhatikan atau mengikuti fesyen rambut memang baik, tetapi yang penting adalah menjaga kesihatan rambut itu sendiri. Perhatikan mereka yang terlalu banyak atau terlalu kerap memakai penyembur rambut atau bahan kimia lainnya, rambut merekan akan Nampak kering , layu dan tidak bercahaya. Walaupun cara hidup anda mengharuskan untuk menghias rambut dua kali seminggu, maka rawatlah rambut anda sebaik-baikya.

 

Kita harus mengenali rambut kita terlebih dahulu, kering,normal atau berminyak. Rambut berminyak biasanya diikuti pula dengan kelemumur, tetapi hal ini dapat diatasi apabila rambut dijaga dengan baik. Cucilah rambut anda sekurang-kurangnya dua kali seminggu atau setiap kali merasa kotor. Umpamanya, setelah anda berolah raga di luar rumah atau setelah anda berjalan jauh atau selepas berenang di laut.

 

Rambut yang kering akan kelihatan tidak bercahaya. Rambut yang baik tentunya adalah rambut yang normal. Namum begitu, jarang sekali rambut kita selalu berada dalam keadaan normal, begitu juga wajah. Ada saatnya wajah kita menjadi agak berminyak, kemudian agak kering, rambut pun demikian juga. Jika kita hendak menyikat rambut, kalau boleh kepala dtundukkan kemudian rambut disikat mulai dari tengkuk ke arah depan. Dengan cara seperti ini, rambut yang selama ini menghurai di belakang, pada waktu disikat akan turun ke muka. Ini baik sekali untuk peredaran darah. Tetapi ada yang mengatakan ketika mereka menyikat rambut, terjadi keguguran. Saya berpendapat, kalau memang rambut sudah nak gugur, tanpa disikat rambut itu akan gugur juga. Cara menyikatnya harus berhati-hati, jangan terlalu kasar sampai rambut tertarik-tarik. Bila anda merasa bahawa menyikat rambut itu akan menggugurkan, maka anda tak perlu melakukannya, rambut cukup disikat saja.

 

Setelah rambut disikat dengan lembut, sapukan minyak zaitun, kemudian kapala diurut secara perlahan. Setelah itu dicelupkan tuala ke dalam air hangat dan bungkuskan tuala tersebut ke kepala. Ulang beberapa kali, kemudian cuci rambut sampai bersih. Banyak syampu yang kini berada di pasaran. Anda boleh memilih salah satu yang sesuai dengan rambut anda. Saya sendiri sejak dahlu selalu memakai syampu dari lidah buaya dan saya jarang sekali menggunakan minyak rambut. Sesekali apabila rambut saya dikering dengan pengering rambut, akan digunakan semacam lotion, kemudian setting lotion sewaktu rambut, digulung dan akhirnya dikeringkan di bawah kap.

 

Jika anda suka mengurut rambut, maka lakukanlah hal itu dengan lembut. Begitu juga ketika meratakan kembali rambut bekas urutan itu, rambut jangan sampai tertarik-tarik. Ingat, rambut tidak boleh berteriak walaupun merasa sakit. Anda pun tidak merasakannya, kecuali bila kulit kepala anda ikut tertarik-tarik. Apabila anda mencuci rambut, usahakan jangan sampai bekas syampu dan kotoran lainnya tertinggal di kulit kepala. Jangan malas membilas rambut berulang kali, sehingga anda yakin rambut sudah benar-benar bersih.

 

Sekarang sudah banyak dihasilkan bahan untuk menyihatkan rambut. Umpamanya condisi rambut, ini memang berguna. Saya sendiri tidak bergantung pada bermacam-macam penyubut rambut yang sering diiklankan itu kerana saya lebih percaya bahawa kesihatan rambut dating dari pemeliharaan, kebersihan rambut serta kulit kepala, dan yang terpenting adalah dari makanan kita setiap hari.

 

Saya juga suka pergi ke salun, tetapi bukan bererti kehidupan saya seoleh berhenti apabila sekali saja tidak pergi ke salun rambutnya sendiri. Di saat saya letih dan merasa perlu bermanja, barulah saya pergi ke salun. Di sana seluruh badan saya diurut, kuku tangan dan kaki dibersihkan, rambut dijaga kemudian dihias. Sesudah itu saya merasa segar kembali dan merasa seperti dimanja. Hal ini saya lakukan di saat saya memang benar-benar memerlukannya.

 

Saya pernah membiarkan rambut saya tumbuh hingga mencapai pinggang, malahan mencapai betis. Suami dan anak-anak senang melihat rambut saya terhurai…, nampak seksi rupanya. Sewaktu masih muda rambut yang panjang dan dibiarkan terhurai itu memang sesuai, tetapi dengan bertambahnya usia, saya merasa tidak sesuai lagi mempunyai rambut yang sedemikian itu. Kemudian say pun mengambil keputusan nekad.

 

Bayangkan saja…, rambut yang mula-mula sepanjang betis itu saya potong hingga ke paras bahu. Suami saya agak keberatan, tetapi saya memberikan alasan yang tepat mengapa saya terpaksa memotong rambut yang panjang itu. Kerana pertambahan usia maka rambut mulai gugu, sedangkan pertumbuhan tidak sesubur seperti waktu masih muda. Rambut yang terlalu panjang itu seolah menjadi beban, terasa berat dan kening menjadi semakin lebar ke belakang. Suami saya memahami alasan saya dan mengatakan bahawa asalkan jangan terlalu pendek.’’

 

Wanita boleh mengikuti fesyen rambut, asalkan tidak sampai menjadi korban fesyen itu sendiri. Ada yang pernah bercerita pada saya bahawa mereka sampai tidur menelentang seminggu lamanya hanya sekadar menjaga agar jangan sampai rambut yang sudah dibentuk dengan bayaran yang mahal itu rosak. Begitu juga wanita ini melarang suaminya memegang kepalanya, sehingga keinginan suami terpaksa dikawal selama satu minggu.

Wajah dan Kaki Harus Sama Bersih

Pernah seorang lelaki berkata, ‘’Wajahnya memang cantik, tubuhnya juga indah, tapi cuba lihat kuku kakinya, jari-jariya, kotornya!’’ Seringkali kita mendengar seseorang dipuji, tetapi selalu diikuti oleh kata ‘tetapi’. Memang tidak ada yang sempurna di dunia ini, tetapi hendaknya ketidak sempurnaan itu bukan disebabkan oleh kelalaian kita terhadap kebersihan diri sendiri. Kita seringkali melihat wanita atau lelaki yang cantik dan gagah, tetapi kuku-kuku jarinya kelihatan begitu hitam penuh dengan kekotoran.

 

Kebersihan sebenarnya bermual dari mandi secara teratur. Belakang telinga digosok, begitu pula celah-celah jari kaki dan tangan, kemudiannya ketiak, serta semua lekukan anggota badan baik yang nampak dari luar ataupun tidak. Seminggu sekali mandilah dengan sempurna. Ertinya, apabila ingin mandi di rumah, rendamlah badan dalam air hangt-hangat kuku. Anda boleh menyiram badan berulang-kali kemudian menggosokkannya sampai bersih. Rambut dicuci bersih, kuku dipotong, jangan dibiarkan sampai terlalu panjang.

 

Kalau anda tidak mempunyai masa untuk mengeccat kuku, biarkanlah kuku tersebut dengan warna aslinya. Ada wanita yang mengecat kukunya tetapi kemudian membiarkan beberapa kuku lainnya dengan cat kuku yang sudah lama. Sungguh tidak kemas dan tidak elok dipandang mata!

 

Kaki sama pentingnya dengan tangan. Untuk menjadi ratu cantik, maka penilaian yang paling utama adalah kaki yang cantik. Walaupun tidak berminat untuk mengikuti pertandingan ratu cantik, anda tidak boleh mengabaikan perawatan kaki. Kita hanya mempunyai sepasang kaki, di atas kaki itulah kita dapat berdiri dengan kaki itulah kita berjalan. Jadi kaki dan kuku perlu dirawat. Jangan memperlakukan anggota badan kita yang satu ini seperti pelapik kaki saja, terbentang di muka pintu, dipijak dan digosok. Seperti juga perawatan tangan, kaki hendaknya diurut dan disapu krim. Tidak ada perbezaan dalam cara merawat kaki dan wajah sertan anggota badan yang lainnya.

 

Bagi saya, krim untuk wajar sesuai juga untuk digunakan pada kaki. Kerana itu, kaki dan wajah hendaknya sama bersihnya. Jangan sampai hanya wajah saja yang lebih bersih daripada kaki dan anggota badan yang lainnya. Manalah tahu, ada seseorang ingin mencium kaki dan kuku anda.

 

Kaki yang tidak lurus memang merupakan petanda buruk yang tidak dapat dihindarkan lagi, tetapi jari-jari kaki yang tidak dijaga merupakan kecuaian pemiliknya sendiri. Kuku kaki yang dijaga menunjukkan keperibadian seseorang, baik lelaki ataupun wanita.

 

Ada orang yang tidak menghiraukan bahagian bawah tubuhnya. Yang dipelihara hanyalah bahagian di paras pusat ke atas. Mereka tidak mempedulikan pakaian dalamnya. Asal memakai pakaian yang cantik sudah cukup. Seluar dalam tidak menjadi soal. Begitulah, mereka hanya merawat wajah, sementara kaki dan kasut diabaikan. Mereka berpendapat lebih baik membeli perhiasan daripada kasut. Ada juga mereka yang beranggapan bahawa membeli kasut merupakan suatu pembaziran. Kerananya, mereka seringkali mengenakan kasut lama dan kotor yang hampir tidak pernah dibersihkan. Mereka berpendapat kasut hanya sebagai alas kaki sahaja.

 

Yang lebih buruk lagi, ada yang mengenakan kasut mahal tetapi kakinya tidak dijaga. Cuba perhatikan orang-oranag yang ada di sekitar anda, pasti ada lelaki yang memakai sarung kaki yang lusuh. Sarung kaki itu mungkin sudah longgar, sehingga berkerut bahkan samai melorot. Begitu juga apabila mereka membuka kasut di khalayak ramai, kaki mereka mengeluarkan bau yang busuk. Bukan saja mereka cuai pada diri sendiri, tetapi juga tidak bertimbang rasa terhadap keadaan sekeliling melalui kaki mereka yang berbau itu. Orang seperti ini cenderung berbuat cuai juga dalam hal-hal lainnya. Kebersihan badan kita menampakkan disiplin hidup. Kalau kita cuai terhadap badan sendiri, apalagi dengan urusan yang berhubungan dengan orang lain.

 

Keadaan kuku jari kaki memang tidak terlalu kelihatan seperti halnya wajah. Namum dari hal-hal yang kecil dapatlah dilihat bagaimana seorang merawat dirinya sendiri. Tentu masih banyak lagi pengecualian. Banyak orang yang kaki dan kukunya kotor tapi baik hati. Namum bukankah jauh baik apabila kebaikan itu diikuti dengan kuku dan kaki yang bersih? Bukankah penampilan pertama adalah apa yang Nampak dari luar? Yang akan memberikan kesan pertama bukan hanya wajah. Keadaan kaki dan kuku yang bersih akan terus menyentuh hati.

 

Dalam suatu penerbangan, saya duduk bersebelahan dengan seorang lelaki keturunan Perancis. Dia berpakaian rapi, duduk di kelas satu. Ketika saya perhatikan, kukunya kotor tidak terkira. Dari perbualan kami, tahulah saya bahawa lelaki itu bekerja sebagai penjaga lembu. Yang menjadi tanda tanya bukan pekerjaannya menjaga lembu, tetapi kukunya yang kotor.

 

Ramai orang yang sanggup mengeluarkan banyak wang untuk membeli pakaian mahal,, tetapi tidak mahu membeli ketip kuku. Mereka yang berkuku kotor, mungkin juga malas mencuci rambut. Kuku-kuku kotor mungkin kerana sering menggaru kepala. Kebersihan kuku tidak bergantung kepada cara kita masing-masing. Kerana itu, seorang mekanik yang setiap hari membetulkan kereta atau motosikal, tidak mungkin berkuku kotor dan hitam.

 

Seorang wanita yang selalu memasak dan mencuci dapur, tidak mungkin mempunyai tangan dan kuku yang kotor, sekadar untuk membuktikan bahawa dia pandai memasak dan mempunyai dapur-dapur yang bersih. Memang sering kita mendengar wanita mengatakan, ‘’Aaaiih…, tangan saya kasar sekali, tapi…, saya bukan seperti kamu yang tidak pernah ke dapur. Sampai dapur pun saya cuci sendiri. Pembantu saya tidak boleh dipercayai.’’

 

Menurut pendapat saya, jauh lebih baik kita dihormat kerana mempunyai tangan dan kuku yang bersih, daripada dikagumi kerana mempunyai dapur yang bersih. Namum hal ini tidak bererti dapur di rumah say tidak bersih. Sebenarnya, kecantikan merupakan kesatuan yang merangkumi seluruh keadaan kita, baik secara lahiriah atau rohaniah, termasuk cara hidup.

Cara memiliki berat badan yang sesuai

Hampir setiap majalah wanita menulis tentang cara memiliki berat badan yang sesuai. Entah sudah berapa banyak wang yang dikeluarkan oleh para wanita untuk membeli ubat-ubat pengurus badan, belum lagi belanja yang dikeluarkan untuk keluar masuk salun, mengurut badan atau mandi wap, agar dapat menurunkan berat badan.

 

Bagi saya, menjaga keseimbangan berat badan itu merupakan seni tersendiri kerana saya sendiri atau keluarga, terutamanya suami saya, menggemari makanan yang lazat. Banyak saat yang menggembirakan terjadi di meja makan, bersama anak-anak, sanak keluarga, serta sehabat handai. Begitu juga, banyak saat mesra yang terjadi ketika makan di bawah cahaya lilin dengan iringan lagu yang romantic.

 

Makanan merupakan salah satu cara yang baik untuk mengenal kebudayaan suatu bangsa. Pengalaman mengajarkan kepada saya untuk menikmati makanan, bukan makan secara berlebih-lebihan. Biarpun lazatnya makanan itu, apabila terlalu kenyang, akhirnya ktia akan merasa sesak nafas pula. Saya rasa tidak ada makanan yang tidak baik, asalkan tidak dimakan secara berlebih-lebihan.

 

Sikap terhadap makanan ini sudah harus dibentuk sejak masa kanak-kanak lagi. Semasa masih kanak-kanak, jangan menggunakan makanan sebagai alat untuk menghukum atau untuk menyatakan kasih saying dan penghargaan. Selalu kita dengar seorang ibu mengatakan, “Nak…, jangan nakal! Kalau berhenti menangis, nanti mak bagi gula-gula.’’ Hal serupa ini akan berakibat buruk, apabila berhadapan dengan suatu masalah, anak tersebut akan mencari penyelesaian pada makanan. Akhirnya yang didapati bukanlah penyelesaian, melainkan lemak dan daging berkilo-kilo yang melekat di tubuh.

 

Melalui perbincangan serta buku-buku yang saya baca, saya mengetahui bahawa badan yang terlalu gemuk seringkali terjadi kerana rasa tertekan atau masalah-masalah kejiwaan lainnya yang dipendam. Hal ini tidak ubahnya dengan merekan yang terlalu kurus. Masalah tersebut adakalanya mengenai suami yang mempunyai wanita lain, suami yang tidak mempunyai pekerjaan tetap, atau mungkin juga kerana rasa rendah diri, cemburu, iri hati, kesedihan yang berpanjangan, takut atau cemas.

 

Tentunya tidak semua orang menjadi gemuk kerana terlalu banyak makan, sedang merasa cemas atau dalam penderitaan. Banyak kenalan wanita saya yang berbadan gemuk kerana mereka memang tidak perlu melangsingkan badan. Apabila seseorang teta langsing walaupun nafsu makannya cukup baik, mereka merupakan seorang yang beruntung, sebab walaupun banyak makan ia tetap langsing. Saya berpendapat mereka akan tetap langsing dari tahun ke tahun kerana walaupun banyak makan, merekan juga banyak bergerak atau bekerja. Tidak ada kegiatan atau hanya duduk-duduk saja, makan, kemudian tidur, bangun dan makan lagi, akan membuat seseorang menjadi gemuk.

 

Seringkali kita mendengar ucapan, “Saya makan sedikit saja, tapi tidak juga menjadi kurus.’’ Memang benar dia makan sedikit tetapi tidak banyak bergerak, bahkan gelas di depan hidung pun disuruh pembantu mengambilnya. Saya dan keluarga suka makan makanan yang lazat, tetapi tidak secara berlebih-lebihan. Makan banyak merupakan suatu kebiasaan, tidak lagi berdasarkan keperluan. Sebenarnya yang diperlukan adalah makanan yang cukup, berzat dan kalau boleh lazat.

 

Jumlah makanan yang kita perlukan harus disesuaikan dengan jumlah tenaga yang kita keluarkan. Orang yang tidak banyak bekerja, atau berfikit, akan menjadi gemuk, sekalipun mereka tidak banyak makan. Kerana itu, makanan yang diperlukan oleh penarik beca jauh lebih banyak daripada seseorang pemandu. Jarang kita melihat penarik beca berbadan gemuk, tetapi banyak pemandu yang berperut gendut.

 

Kita masing-masing seharusnya dapat mengetahui apakah kita tergolong gemuk, terlalu gemuk, kurus, terlalu kurus, atau sedang-sedang saja. Apabila berat badan saya meningkat menjadi 58 kg dengan tinggi badan 160 cm, saya akan Nampak agak gemuk. Kalau mencapai 59-60 kg, bererti saya benar-benar gemuk. Saya selalu mengatur agar berat badan saya berada di antara 55 hingga 56 kg, sehingga apabila pergi bersiar-siar bersama suami sambil menikmati makanan yang lazat, saya tidak perlu takut menjadi terlalu gemuk.

 

Apabila berat badan saya 55-56 kg, bererti saya masih kekurangan 2 kg. Setelah makan dan menikmati suasana mesra, keesokan harinya saya tidak berdiam diri,, melainkan naik ke atas timbangan. Jika ternyata berat badan nak satu atau dua kilogram, saya dapat menghilangkannya dengan senaman dan makan bubur sayur selama satu atau dua hari, atau juga sup dan buah-buahan saja. Bubur sayur hanya mengandungi sedikit beras, selebihnya adalah sayuran yang banyak mengandungi vitamin. Makanan ini dimakan bersama sambal dan tomato yang juga banyak mengandungi vitamin C.

 

Saya mempun

yai jadual, apabila makan agak banyak, saya akan mengimbanginya dengan senaman selama setengah jam. Apabila saya makan secara berlebihan, saya akan melakukan senaman selama satu jam. Malah kadang-kadang labih kerana sekali badan bergerak, rasanya tak mahu berhenti. Terus-terang, saya tidak suka pada senaman yang menggunakan kiraan. Hal serupa itu tidak menarik bagi say, tetapi saya suka sekali berjoget dan menari. Kalau sudah berjoget atau menari, tubuh kita langsung terlibat dengan lagu dan nada. Gerakan-gerakan akan bersatu dengan irama.

 

Sebenarnya tubuh wanita adalah sebuah keindahan yang telah mengilhamkan para pelukis ataupun para pengukir dan penyair dalam karyanya. Terpulang pada anda, dan terselah pula cara anda merawat anggota tubuh. Usia yang bertambah tentu akan menimbulkan perubahan pada kulit dan otot badan kita. Henddaklah perubahan ini terjadi kerana peredaran masa, bukan kerana kecuaian kita merawat tubuh badan.

Mengetahui Bentuk Tubuh Sendiri

Penting sekali bagi wanita untuk mengetahui bentuk tubuh sendiri. Masing-masing orang mempunyai bentuk badan yang berbeza. Kaki, lengan dan leher, serta anggota tubuh lainnya tidak sama pada setiap orang. Tetapi secara keseluruhan, bentuk tubuh boleh dibahagikan sebagai berikut:

  1. Bentuk tubuh tinggi dengan tulang-tulang kecil serta kaki dan lengan yang panjang

Apabila anda mempunyai bentuk tubuh seperti ini, hendaklah anda menjaganya agar tidak kelihatan kurus. Tulang-tulang anda kecil, lengan dan kaki anda panjang, jadi sekiranya anda kurus, anda akan kelihatan terlalu tinggi sekali. Mungkin bentuk tubuh anda akan menjadi galah yang panjang. Walaupun demikian anda sangan beruntung kerana tidak perlu sangat menjaga makanan seperti  lazimnya orang-orang yang gemuk. Jika anda dapat menjaga bentuk tubuh anda, anda dapat disebut sebagai seorang yang bertubuh tinggi lampai.

  1. Bentuk tubuh tinggi dengan tulang-tulang besar serta lengan dan kaki yang panjang

Anda tidak boleh menjadi terlalu gemuk. Tulang-tulang yang besar serta lengan dan kaki yang panjang, apabila dilapisi daging atau lemak yang berlebihan, akan membuatkan tubuh anda kelihatan membesar. Tubuh seperti ini lazimnya disebut gemuk tinggi.

  1. Bentuk tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek; dengan tulang-tulang yang kecil

Walaupun berat badan naik, hal ini tidak akan terlalu kelihatan kerana tulang-tulang yang kecil. Tetapi tidak bererti anda tidak perlu mengawal cara makan yang baik.

  1. Bentuk tubuh sedang, tidak tinggi dan tidak pula pendek; dengan tulang-tulang besar

Di sini anda harus mengawal berat badan anda kerana sedikit saja berat badan anda bertambah, anda akan kelihatan gemuk.

  1. Bentuk tubuh pendek dengan tulang yang kecil

Walaupun tulang-tulang anda kecil, anda sebaiknya menjaga agar berat badan anda stabil, sebab sedikit saja berat badan anda bertambah, anda akan kelihatan berbadan pendek, gemuk, ataupun bulat.

  1. Bentuk tubuh pendek dengan tulang yang besar

Mereka yang bertubuh pendek dengan tulang kecil atau besar, hendaknya selalu mengawal berat badannya. Berat badan bertambah satu kilogram saja akan kelihatan dengan jelas. Apabila anda dapat menjaga berat badan anda, anda akan disebut sebagai seorang yang berbadan kecil molek. Pendek dan gemuk tidak banyak berbeza dengan gemuk besar. Potongan rambut yang paling sesuai adalah sama di paras dagu.

 

Pada zaman ini bentuk tubuh yang elok dan cantik adalah yang ‘langsing’, tetapi ‘langsing’ tidak bererti ‘kurus’. Tubuh badan yang langsing menjadi perhatian masyarakat sekarang, sehingga ramai wanita yang berusaha untuk menjadi langsing. Hal ini juga disebabkan oleh pengaruh fesyen.

 

Mereka yang terlalu kurus sebenarnya mengalaimi penyakit yang disebut Anorexia Nervosa. Mereka menderita pertentangan batin dalam kehidupan seksual dan social. Namun saya tidak akan memanjangkan perbincangan mengenai penyakit tersebut kerana itu adalah masalah perbincangan mengenai penyakit tersebut kerana itu adalah masalah perubatan.

 

Saya juga mencadangkan mereka yang terlalu kurus untuk berjumpa doktor. Minum susu, makan vitamin, seta makan dalam jumlah yang banyak saja, tidak akan menolong mereka menjadi gemuk. Sebaliknya, jangan pula membiarkan masalah kurus itu hanya dengan menghiburkan diri di depan kaca sambil mengatakan, “Bukankah kurus itu merupakan gaya yang tak kunjung habis?”

 

Saya telah banyak mengadakan perbincangan dengan wanita mahupun lelaki. Umumnya mereka berpendapat bahawa lebih baik jika lelaki ataupun wannita mempunyai badan yang sedikit agak lebih gemuk daripad kurus kering seperti tulang-belulang saja.

 

Seringkali saya berjumpa wanita-wanita yang sudah menjadi korban gaya dan citarasa. Dari belakang mereka nampaknya begitu berfesyen, tetapi sewaktu melihat betisnya, tak ubah seperti sebatang lidi. Wajah serta pancaran sinar mata mereka seperti dalam keadaan menderita. Mata cengkung ke dalam, pii kempis, leher kaku, tubuh kecil, buah dada leper seperti papan. Seorang suami atau teman lelaki akan lebih suka pada wanita yang agak gemuk daripada yang kurus kering, walaupun wanita kurus kering itu tergolong wanita yang selalu mengikuti peredaran. Ramai lelaki berpendapat bahawa kurus hanya sesuai untuk seorang peragawati, yang profesion benar-benar mempamerkan pakaian.

 

Apabila tubuh anda kurus kerana menjadi korban citarasa, anda sendirilah yang dapat mengubahnya. Begitu pula apabila badan menjadi kurus sekali kerana selalu susah hati, hanya andalah yang dapat mengatasinya. Namum apabila anda terlampau kurus kerana menderita konflik batin, sebaik-baiknya anda hendaklah mendapatkan pertolongan seorang doktor atau psikologi.

 

Yang harus anda perhatikan adalah makan dengan jumlah secukupnya dan tidak memakan makanan yang mengandungi banyak lemak. Salah satu akibat dari

makanana berlemak adalah boleh menimbulkan jerawat. Makanan yang baik adalah makanan yang banyak mengandungi gizi seperti protin yang terdapat dalam sayuran, daging yang tak berlemak, serta buah-buahan yang segar. Aaaah…, anda sungguh berselera. Bayangkan, betapa nikmatnya makanan yang lazat-lazat itu.

 

Saya mempunyai beberapa kenalan yang berbadan kurus. Adakalanya mereka menjadikan kita merasa kesal, sebab apapun yang kita sajikan mereka hanya ambil sedikit saja. Mereka Cuma mengambil dua, tiga sendok nasi saja, sepotong daging, sayur, kemudian berhenti. Setelah kurus, cara makan seperti itu sungguh-sungguh membosankan! Beberapa kenalan lelaki saya mengeluh dan merasa sedih kerana isteri mereka sama sekali tidak mempunyai nafsu makan. Dengan sendirinya kemesraan akan hilang, apalagi kehangatan.

Kecantikan yang Hakiki

Menurut pengalaman saya, yang disebutkan kecantikkan bukan semata-mata penampilan lahiriah, seperti bentuk wajah yang cantik, tubuh yang menggiurkan, ataupun pakaian dan dandanan yang sempurna. Mempunyai wang yang banyak memang dapat membantu mencipta gaya hidup serta citarasa yang memberikan kesan mempesona, cantik atau mengkagumkan. Sebaliknya, wang yang banyak juga dapat mencipta gaya hidup cara lama. Seringkali mereka yang hidup dalam serba kekurangan, mempunyai masalah wang, dapat mencitapkan gaya hidup dan citarasa yang sebaliknya, sehingga memberi kesan yang cantik, menyenangkan dan mempersona.

 

Kecantikan yang hakiki berkaitan masalah citarasa dan gaya hidup. Walaupun kita menggunakan krim yang bermutu pada wajah atau menelan bermacam pil atau jamu awet muda, tidak sekalipun kita merasa dihargai, dikagumi atau dicintai, maka yang timbul pada seluruh penampilan kita hanyalah kelesuan. Untuk dicintai, disayangi dan dikagumi tentu kita harus memiliki sesuatu, antara lain adalah bersifat peramah, menciptakan suasana yang menyegarkan, penampilan lahiriah yang menyenangkan dan cintai diri sendiri.

 

Usahalah agar suasana di sekitar anda menimbulkan kesegaran. Bukan hanya untuk orang lain, tetapi jug untuk diri sendiri. Apabila kita sendiri merasakan kesegaran dan kemesraan, dengan sendirinya orang lain akan merasakannya juga. Hal ini penting dalam kehidupan kita. Cubalah berusaha mencai tempat di mana anda dapat merasakan kesesuaian itu. Dalam keadaan serupa ini kita akan rasa bersih dan menikmati ketenangan. Walaupun bilik anda kecil, hiaskan bilik itu sebaik mungkin. Pernah pada suatu masa, saya menulis di salah sebuah bilik. Dalam bilik yang sama, saya menyimpan perabut dan barang-barang keperluan lainnya. Ketika itu saya tidak mempunyai meja kerja yang khusus. Saya duduk d atas bangku kecil. Saya tempatkan semacan kerusi dari kayu nangka yang saya buat sendiri. Kerusi ini saya cat dengan warna kuning. Lantai yang sempit saya lapik dengan sepoton gpermaidani kuning pemberian suami. Di dalam bilik sempit ini saya senang sekali. Banyak kemesraan bersama sanak keluarga dan handai taulan wujud di bilik ini. Seringkali, walaupun sendirian, saya bersolek, menyembur minyak wangi pada badan saya dan kemudian mendengar muzik.

 

Sekarang bilik saya, yang disebut rumah, dilengkapi dengan meja tulis yang khusus dan juga kelengkapan lainnya untuk keperluan menulis. Semuanya begitu indah, malahan dapat dikatakan mewah, tapi sesungguhnya kebahagiaan saya sekarang ini tidak berbeza dengan kebahagiaan saya berkarya dalam bilik yang sederhana. Pengalaman ini memperlihatkan bahawa kebahagiaan itu banyak bergantung pada sikap kita melahirkan suasana yang mesra. Sebuah rumah tanpa kesegaran hanya merupakan bangunan yang terdiri daripada batu dan besi yang terlalu sejuk.

 

Selain itu, usahakan penampilan lahiriah yang menyenangkan. Keramahan tanpa penampilan lahiriah uang menyenangkan akan mendapat belas kasihan ataupun simpati, tetepi bukan pujian. Malahan penampilan ini mungkin merupakan penghalang wanita untuk mencapai tujuannya. Wanita atau lelaki bukan hanya mengharapkan kasih sayang, tetapi juga pujian. Kita ingin disayang, dicintai dan dikagumi sebagai seorang yang menarik, ini apabila kita jujur pada diri sendiri.

 

Ramai wanita yang peramah dan baik hati, tetapi penampila mereka begitu menonjol, kadangkala lalai. Mereka tidak peduli pada penampilan diri dan bersikap semasa bodoh. Tidak mungkin wanita dikagumi sepenuhnya apabila dia tidak peduli pada penampilan lahirahnya. Kerana itu, wanita perlu memelihara dan memberi perhatian pada kecantian sebagimana dia memelihara kesempurnaan jiwanya serta hal-hal lain yang berkaitan dengan kehidupan seorang wanita, baik sebagai ibu, kekasih dan isteri.

 

Saya  mengenali ramai wanita. Ketika pertama kali berkenalan, mereka nampaknya tidak peduli pada soal kecantikkan. Malahan mengata bahawa dia tidak suka bersolek, dia paling benci pada model-model yang aneh, dia lebih suka pada semua yang sederhana. Tetapi selesai kami berbincang, lebih saling mengenali dan saya mencadangkan beberapa cara bersoleh dan berpakaian, mereka nampak mempunyai minat yang besar. Kini mereka gemar bersolek dan nampak lebih menaraik daripada masa lalu. Mereka sendiri memberitahu bahawa setelah selalu bersolek, mereka rasa lebih senang dan lebih bahagia. Memang, apabila itu selalu bersolek, ada kemungkinan ia berasa cantik, dan wanita yang berasa cantik akan lebih ramah terhadap rakan-rakannya. Menghias diri merupakan kainginan yang ada pada seorang wanita. Bukan hanya untuk orang lain, tetepi khas untuk kesempurnaan diri sendiri.

Gaya Hidup Moden dan Sakit Pinggang

Dalam era peradaban moden, penyakit-penyakit menjadi semakin merebak, dan menjadi antara penyebab utama gangguan kepada kehidupan umum. Walaupun begitu, manusia masih terus lalai dan ambil mudah tentang gaya hidup mereka seharian. Mereka masih meletakkan keutamaan kesihatan di tempat yang agak rendah. Setelah terkena satu-satu penyakit, dan terlantar berhari-hari malah berbulan-bulan, barulah mereka sedar akan kepentingan menjaga kesihatan. Namun dalam banyak kes keadaannya sudah terlambat. Pada masa itu barulah mereka menyesal, sesalan datang menerpa-nerpa, jika boleh seluruh kekayaan yang dimiliki ingin ditukarkan dengan kesihatan yang semakin jauh menghilang. Namun ada juga golongan yang bersikap bersahaja kerana berasa bahawa setiap orang akhirnya pasti akan mati.

Salah satu penyakit yang dikaitkan dengan gaya hidup moden adalah sakit pinggang. Istilah sakit pinggang bermaksud lenguh dan sakit-sakit di bahagian pinggang dan punggung. Gejala ini adalah sesuatu yang umum dan sebahagian besar kita pernah mengalaminya. Penyebabnya juga terlalu umum. Sakit pinggang sering dialami oleh mereka yang bekerja terlalu banyak dan duduk terlalu lama, sering membongkok, mengangkat barang-barang berat, berolahraga yang agak keras atau sesekali berman setelah sudah lama tidak melakukan senaman. Wanita mengandung juga seing mengadu sakit pinggang dan punggung. Memandu kenderaan untuk perjalanan yang jauh juga boleh menyakitkan pinggang.

Rasa sakit tersebut mungkin diakibatkan oleh ketegangan oto. Sebab-sebab lain ialah kerana terjadinya kelainan pada diska antara tulang belakang, sehingga mengakibatkan osteartritis dan prolapse. Prolaps diska antara vertebra terjadi apabila pembungkus diska menjadi lemah sakit di bahagian pinggang dan punggung. Gejala ini adalah sesuatu yang umum dan sebahagian dan menonjol ke sisi yang kemudiannya menekan urat saraf yang ada di tengah tulang belakang in akan menimbulkan rasa sakit yang amat sangat sehingga menyebabkan seseorang sukar bergerak, bangun atau berjalan.

Seseorang yang mengalami keadaan begini perlu mendapatkan rawatan daripada doktor. Walau bagaimanapun, kebanyakkan sakit pinggang akan hilang begitu saja setelah beristirehat beberapa hari. Di samping itu, anda perlu tidur telentang dengan meletakkan bental di bawaah lutut, dan menyapukan minyak kuda atau balsam di bahagian pinggang yang sakit. Jika perlu, ambillah ubat tahan sakit seperti parasetamol.

Ada juga penyakit lain yang menunjukkan gejala sakit pinggang, misalnya sakit buah pinggang, kecederaan akibat kemalangan, infeksi, sakit dalam saluran pencernaan, system reproduksi, atau akibat ketumbuhan. Sakit pinggang yang bukan disebabkan oleh penyakit yang tersebut dapat dicegah dengan melakukan beberapa panduan berikut sama ada di tempat kerja ataupun di rumah.

Panduan pertama adalah cara duduk. Kebanyakan orang yang bekerja di pejabat lazimnya duduk selama antara 40-80 jam seminggu. Mereka sering diserang sakit pinggang akibat duduk yang terlalu lama, tambahan pula mereka lazimnya kurang bersenam kerana ketidakcukupan masa. Untuk itu, sewaktu berkerja, cubalah duduk tegak tetapi santai, dengan punggung dan belakang anda rata ke sandaran kerusi.

Panduan kedua adalah posisi berdiri. Jika pekerjaan kita memerlukan kita berdiri atau berjalan dalam jangka masa yang agak lama, maka berdiri dan berjalanlah dengan tegap dan tegak. Untuk wanita, elakkan daripada memakai kasut bertumit tinggi. Seorang pakar bedah mungkin mengalami sakit pinggang kerana selain berdiri, mereka terpakso membongkok, dalam wakt yang agak lama semasa menjalankan pembedahan.

Panduan ketiga adalah mengurangkan membongkok. Sesetengah orang menjalankan kerja memungut, mengangkat dan memindahkan sesuatu dari satu tempat ke satu tempat lain. Untuk mencegah sakit pinggang, seboleh-bolehnya cuba elakkan daripada membongkok. Bengkokkanlah lutut kita, lalu angkatlah benda tersebut sedekat mungkin ke ara tubuh. Cuba dapatkan bantuan rakan-rakan sekiranya benda tersebut agak berat.

Panduan keempat adalah posisi memandu kenderaan. Sewaktu memandu, cubalah bersandar sepenuhnya, dan jika perlu, tambahkan lapik atau bantal pada tempat bersandar. Ubahsuaikan kedudukan kerusi pemandu sehingga kaki kita dapat memijak pedal dengan selesa. Untuk perjalanan jauh, luangkanlah masa untuk berhenti dan berehat sekejap, mungkin dua atau tiga kali setiap dua jam memandu. Andainya anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, bawalah bertenang. Suasana tegang hanya akan memburukkan lagi rasa sakit pinggang.

Panduan kelima adalah posisi tidur. Kedudukan sewaktu tidur juga perlu diambil kira. Tidurlah di atas tilam yang agak padak dan anjal. Jangan tidur di atas tilam yang terlalu lembut kerana ini akan menyakitkan tulang belakang. Jiaka kita suka tidur mengiring, bengkokkanlah lutut ke depan.

Akhir sekali, sebaik-baiknya cubalah amalkan gaya hidup yang aktif. Selalulah berolahraga, meskipun yang ringan tetapi biarlah konsisten, agar otot tetap sihat dan kuat sehingga dapat menahan beban dan tekanan fizikal.