Peranan Minyak Wangi Dalam Kehidupan Kita

Selama ini saya lihat minyak wangi dijual bersama-sama dengan alat kosmetik ataupun dijual di kedai yang menjual ubat-ubatan. Kerana itu, sering saya bayangkan, bagaimana sekiranya pakaian dalam wanita dan minyak wangi dijual dalam satu kedai. Lebih lengkap rasanya apabila ada kedai seperti itu.

 

Pakaian, kasut, beg dan perhiasan lain, apabila dipakai sekaligus dapat dilihat dengan mata. Pakaian dalam dan minyak wangi juga merupakan pelengkap pakaian. Sekalipun kedua-duanya tidak boleh dilihat, peranannya cukup penting. Tidak nampak, tetapi terbau. Yang terbau itulah yang memainkan peranan yang amat penting bagi penilaian mahupun penghargaan kita terhadap sesuatu.

 

Makanan atau minuman banyak ditentukan oleh baunya, masih dapat dimakan atau tidak. Bau-bauan dapat menimbulkan selera makan, dan dapat membantu kita mengenal daerah mana kita berada sama ada di kawasan penternakan kuda atau sapi, walaupun binatang itu tidak keklihatan, kita dapat meneka melalui bau yang tercium.

 

Sekarang telah banyak dibuat ubat-ubatan anti bau badan melaluiiklan-iklan seoleh-oleh mengatakan bau badan yang busuk akan merosakkan kemesraan. Cinta boleh pudar kerana bau badan yang tidak sedap, meskipun ada pepatah yang mengatakan bahawa cinta lebih kuat daripada maut. Ramai wanita cantic yang mana tidak akan menarik sekiranya mempunyai bau badan yang tidak enak. Saya rasa setiap orang mempunyai cerita yang sama mengenai bau badan. Sedikitnya lelaki yang saya kenal, begitu juga teman-teman wanita saya, boleh dikatakan bercerita tentang kawan mereka yang mempunyai bau badan yang tidak enak. Dan mereka semua menyesali hal begini.

 

Seringkali terdengar ucapan, ‘’Sayang sekali ya…, dia cantic, tetapi jangan mendekatinya…, bau badannya bukan main!’’ Bukan hanya wanita yang dapat mengeluarkan bau badan yang tidak enak, lelaki ada juga. Minyak wangi tidak boleh menolong. Kerana itu, jangan sekali-kali menggunakan minyak wangi untuk menutupi bau badan yang tidak enak.

 

Dewasa ini, wangi-wangian sudah merupakan sebahagian dari keperluan hidup manusia. Tidak hanya terdapat dalam bentuk dupa atau setanggi, tetapi sudah jauh lebih dari itu. Bahkan sekarang ini muncul banyak minyak wangi dalam berbagai bentuk dan bauan. Begitu juga fungsinya, tidak lagi sekadar memberi keharuman, tetapi juga menampilkan citarasa dan gaya hidup.

 

Jika anda hendak memohon sesuatu pekerjaan, sebaiknya anda ingat bahawa wangi-wangian yang digunakan dapat mempengaruhi apakah anda akan diterima atau tidak. Bauan minyak wangi yang terlalu keras yang dipakai oleh wanita ketika memohon pekerjaan, boleh menyebabkan permohonannya ditolak, tambahan lagi jika penemuduganya adalah seorang wanita pula.

 

Begitulah minyak wangi memegang peranan penting dalam kehidupan manusia, tak ubah seperti beg, kasut atau pakaian. Wangi-wangian yang dipakai oleh seseorang dapat menimbulkan rasa mesra, ghairah atau juga membangkitkan kenangan pada orang lain. Kerana itu, seseorang yang biasa dengan wangi-wangian tertentu, di mana pun dia berada apabila dia mencium kembali wangian yang sama, ingatannya terus melayang kembali ke masa dahulu. Kerana itu, ramai orang yang telah putus cinta tidak mahu memakai wangian yang pernah digunakannya ketika ia menjalin percintaan.

 

Seperti halnya fesyen dan warna pakaian, wangian seseorang pun tidak selalu sesuai untuk orang lain. Kerana itu, tidaklah bijaksana untuk membeli wangian hanya kerana kebetulan kita mencium wangian tersebut sewaktu dipakai oleh orang lain.

 

Wangian merupakan sesuatu yang amat peribadi sifatnya, sehingga akan janggal (tetapi hal in sering terjadi) jika ada yang mengatakan, ‘’Sedap sekali bau perfummu. Saya minta sedikit, ya? Cuba titiskan di saputangan saya, leher saya…’’Apalagi jika hal serupa ini terjadi dalam perjalanan keparti. Bukankah tidak lucu apabila dua orang wanita ataupun lelaki muncul bersama-sama dengan pakaian yang sama pula? Kecuali mereka sudah sepakat untuk berpakaian seragam.

 

Meskipun saya sudah memilihkan berbagai perfume untuk anda masing-masing, tidak bererti perfum yang lain pasti tidak sesuar untuk dipakai. Misalnya, wanita diibaratkan seperti udara yang tidak dapat diramalkan keadaannya dengan pasti. Boleh jadi wanita yang Nampak pendiam, sesungguhnya amat berapi-api, sehingga hanya diperlukan pemanasan sedikit saja untuk membuatnya terbakar. Boleh jadi anda waktunya tenang, tetapi ada ketika anda juga menjadi erotis atau katakanlah ghairah. Atau anda termasuk golongan yang mempunyai bermacam-macam perasaan. Hari ini kelihatan lembut, besok mungkin amat bergelora. Bila anda tergolong demikian, anda dapat menggunakan bermacam-macam  perfum yang disesuaikan dengan keadaan.

 

Dengan sendirinya anda tidak perlu menggunakan perfum yang sama dari tahun ke tahun. Berlainan dengan pakaian yang ditentukan pula oleh bentuk badan, maka perfume ditentukan atau disesuaikan dengan perasaan dan pembawaan atau mood kita. Tetapi hendaknya kita tidak menggunakan perfume yang terlalu merangsang ketika menghadiri suasana sedih ataupun ketika menjenguk orang sakit.

 

Saya lebih suka membeli perfume dalam botol berukuran sedang, tidak terlalu bersar, sehingga apabila saya ingin menggantinya, maka tidak banyak yang tinggal bakinya. Biasanya saya membeli perfume dan losyen yang sama. Perfume disapukan pada tubuh dan ini dapat bertahan agak lama. Rasanya akan segar apabila dua atau tiga kali sehari saya menyemburkan losyen pada tubuh. Saya juga menitiskan perfume pada sepotong kapas, kemudian saya gosokkan ke seluruh tubuh, dan setelah itu diselitkan pada coli bahagian depan. Kapas itupun tidak saya buang, melainkan saya selitkan di antara pakaian dalam atau di antara tuala.

 

Sebaiknya kita tidak terlalu menjimat perfume, sehingga waktu memakainya sama sekali tidak tercium kerana sudah menjadi satu dengan bau badan. Teman saya berpendapat bahawa lebih baik ia mengeluarkan wang untuk perfume daripada untuk perhiasan. Malahan dia akan memilih perfume daripada makanan, walaupun dia lapar, ini perumpamaan saja. Rupanya dia boleh hidup kerana menyedari bahawa ia wangi. Begitulah dia yang saya kenal, selalunya tidak pernah melupakan perfume.