Wajah dan Kaki Harus Sama Bersih

Pernah seorang lelaki berkata, ‘’Wajahnya memang cantik, tubuhnya juga indah, tapi cuba lihat kuku kakinya, jari-jariya, kotornya!’’ Seringkali kita mendengar seseorang dipuji, tetapi selalu diikuti oleh kata ‘tetapi’. Memang tidak ada yang sempurna di dunia ini, tetapi hendaknya ketidak sempurnaan itu bukan disebabkan oleh kelalaian kita terhadap kebersihan diri sendiri. Kita seringkali melihat wanita atau lelaki yang cantik dan gagah, tetapi kuku-kuku jarinya kelihatan begitu hitam penuh dengan kekotoran.

 

Kebersihan sebenarnya bermual dari mandi secara teratur. Belakang telinga digosok, begitu pula celah-celah jari kaki dan tangan, kemudiannya ketiak, serta semua lekukan anggota badan baik yang nampak dari luar ataupun tidak. Seminggu sekali mandilah dengan sempurna. Ertinya, apabila ingin mandi di rumah, rendamlah badan dalam air hangt-hangat kuku. Anda boleh menyiram badan berulang-kali kemudian menggosokkannya sampai bersih. Rambut dicuci bersih, kuku dipotong, jangan dibiarkan sampai terlalu panjang.

 

Kalau anda tidak mempunyai masa untuk mengeccat kuku, biarkanlah kuku tersebut dengan warna aslinya. Ada wanita yang mengecat kukunya tetapi kemudian membiarkan beberapa kuku lainnya dengan cat kuku yang sudah lama. Sungguh tidak kemas dan tidak elok dipandang mata!

 

Kaki sama pentingnya dengan tangan. Untuk menjadi ratu cantik, maka penilaian yang paling utama adalah kaki yang cantik. Walaupun tidak berminat untuk mengikuti pertandingan ratu cantik, anda tidak boleh mengabaikan perawatan kaki. Kita hanya mempunyai sepasang kaki, di atas kaki itulah kita dapat berdiri dengan kaki itulah kita berjalan. Jadi kaki dan kuku perlu dirawat. Jangan memperlakukan anggota badan kita yang satu ini seperti pelapik kaki saja, terbentang di muka pintu, dipijak dan digosok. Seperti juga perawatan tangan, kaki hendaknya diurut dan disapu krim. Tidak ada perbezaan dalam cara merawat kaki dan wajah sertan anggota badan yang lainnya.

 

Bagi saya, krim untuk wajar sesuai juga untuk digunakan pada kaki. Kerana itu, kaki dan wajah hendaknya sama bersihnya. Jangan sampai hanya wajah saja yang lebih bersih daripada kaki dan anggota badan yang lainnya. Manalah tahu, ada seseorang ingin mencium kaki dan kuku anda.

 

Kaki yang tidak lurus memang merupakan petanda buruk yang tidak dapat dihindarkan lagi, tetapi jari-jari kaki yang tidak dijaga merupakan kecuaian pemiliknya sendiri. Kuku kaki yang dijaga menunjukkan keperibadian seseorang, baik lelaki ataupun wanita.

 

Ada orang yang tidak menghiraukan bahagian bawah tubuhnya. Yang dipelihara hanyalah bahagian di paras pusat ke atas. Mereka tidak mempedulikan pakaian dalamnya. Asal memakai pakaian yang cantik sudah cukup. Seluar dalam tidak menjadi soal. Begitulah, mereka hanya merawat wajah, sementara kaki dan kasut diabaikan. Mereka berpendapat lebih baik membeli perhiasan daripada kasut. Ada juga mereka yang beranggapan bahawa membeli kasut merupakan suatu pembaziran. Kerananya, mereka seringkali mengenakan kasut lama dan kotor yang hampir tidak pernah dibersihkan. Mereka berpendapat kasut hanya sebagai alas kaki sahaja.

 

Yang lebih buruk lagi, ada yang mengenakan kasut mahal tetapi kakinya tidak dijaga. Cuba perhatikan orang-oranag yang ada di sekitar anda, pasti ada lelaki yang memakai sarung kaki yang lusuh. Sarung kaki itu mungkin sudah longgar, sehingga berkerut bahkan samai melorot. Begitu juga apabila mereka membuka kasut di khalayak ramai, kaki mereka mengeluarkan bau yang busuk. Bukan saja mereka cuai pada diri sendiri, tetapi juga tidak bertimbang rasa terhadap keadaan sekeliling melalui kaki mereka yang berbau itu. Orang seperti ini cenderung berbuat cuai juga dalam hal-hal lainnya. Kebersihan badan kita menampakkan disiplin hidup. Kalau kita cuai terhadap badan sendiri, apalagi dengan urusan yang berhubungan dengan orang lain.

 

Keadaan kuku jari kaki memang tidak terlalu kelihatan seperti halnya wajah. Namum dari hal-hal yang kecil dapatlah dilihat bagaimana seorang merawat dirinya sendiri. Tentu masih banyak lagi pengecualian. Banyak orang yang kaki dan kukunya kotor tapi baik hati. Namum bukankah jauh baik apabila kebaikan itu diikuti dengan kuku dan kaki yang bersih? Bukankah penampilan pertama adalah apa yang Nampak dari luar? Yang akan memberikan kesan pertama bukan hanya wajah. Keadaan kaki dan kuku yang bersih akan terus menyentuh hati.

 

Dalam suatu penerbangan, saya duduk bersebelahan dengan seorang lelaki keturunan Perancis. Dia berpakaian rapi, duduk di kelas satu. Ketika saya perhatikan, kukunya kotor tidak terkira. Dari perbualan kami, tahulah saya bahawa lelaki itu bekerja sebagai penjaga lembu. Yang menjadi tanda tanya bukan pekerjaannya menjaga lembu, tetapi kukunya yang kotor.

 

Ramai orang yang sanggup mengeluarkan banyak wang untuk membeli pakaian mahal,, tetapi tidak mahu membeli ketip kuku. Mereka yang berkuku kotor, mungkin juga malas mencuci rambut. Kuku-kuku kotor mungkin kerana sering menggaru kepala. Kebersihan kuku tidak bergantung kepada cara kita masing-masing. Kerana itu, seorang mekanik yang setiap hari membetulkan kereta atau motosikal, tidak mungkin berkuku kotor dan hitam.

 

Seorang wanita yang selalu memasak dan mencuci dapur, tidak mungkin mempunyai tangan dan kuku yang kotor, sekadar untuk membuktikan bahawa dia pandai memasak dan mempunyai dapur-dapur yang bersih. Memang sering kita mendengar wanita mengatakan, ‘’Aaaiih…, tangan saya kasar sekali, tapi…, saya bukan seperti kamu yang tidak pernah ke dapur. Sampai dapur pun saya cuci sendiri. Pembantu saya tidak boleh dipercayai.’’

 

Menurut pendapat saya, jauh lebih baik kita dihormat kerana mempunyai tangan dan kuku yang bersih, daripada dikagumi kerana mempunyai dapur yang bersih. Namum hal ini tidak bererti dapur di rumah say tidak bersih. Sebenarnya, kecantikan merupakan kesatuan yang merangkumi seluruh keadaan kita, baik secara lahiriah atau rohaniah, termasuk cara hidup.